Oleh pada 09 Nov 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Two Is Better Than One…

Untuk julung kalinya, program realiti Hero Remaja dan Dewi Remaja bergabung bagi mencari bakat-bakat muda dalam industri seni, di bawah jenama "Hero Dewi Remaja".

Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Astro Ria terus berganding bahu dalam musim ini sebagai penganjur dan penyiar rasmi.

Program ini bakal membawakan perspektif yang baharu dengan pengemasan kandungan yang lebih menyegarkan, seiring dengan tujuan untuk mencipta bakat seni yang berkualiti dan membentuk personaliti terunggul.

Hero Dewi Remaja 2023 akan memperkenalkan seramai 16 remaja yang memiliki potensi untuk dikembangkan, bersama bakat yang hebat, karisma serta karakteristik yang sesuai sebagai figura awam.

          

hero dewi remaja

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

        

Konsep

Dalam Hero Dewi Remaja 2023, remaja yang telah dipilih sebagai model peranan, diperkenalkan untuk menunjukkan bakat dan kebijaksanaan mereka kepada khalayak.

Musim ini akan membawa cabaran yang unik dan mencabar kerana mereka perlu berganding bahu dalam menjalankan tugasan.

Bagi menyediakan Hero dan Dewi ini dengan pengetahuan yang sesuai dan praktikal dengan kehidupan, tugasan dan cabaran dirangka dengan beragam isi yang menarik dan memberi manfaat.

Selain itu, barisan Hero dan Dewi turut akan memeriahkan senarai selebriti di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment.

         

Ujibakat

Ujibakat pencarian Hero Dewi Remaja 2023 telah berlangsung di empat lokasi berbeza dari 26 Ogos hingga 17 September 2023. Kesemua finalis dipilih melalui empat sesi ujibakat yang diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya. Seramai lebih daripada 850 orang peserta yang mengambil bahagian. Menariknya, selama empat minggu sesi ujibakat berlangsung, tontonan video di media sosial telah melebihi 30 juta.

        

Tarikh ujibakat:

Kuala Lumpur – Concorde Hotel KL (26 dan 27 Ogos 2023)

Pulau Pinang – Vouk Hotel, Georgetown (2 dan 3 September 2023)

Sabah – The Palace Hotel, Kota Kinabalu (9 dan 10 September 2023)

Selangor – Eastin Hotel, Petaling Jaya (16 dan 17 September 2023)

        

Kriteria Dan Syarat Penyertaan Hero Remaja 2023

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.

2. Bujang / belum pernah berkahwin.

3. Berumur antara 18 hingga 25 tahun (pada 31 Disember 2023).

4. Ketinggian melebihi 165 sentimeter (cm)

        

Kriteria Dan Syarat Penyertaan Dewi Remaja 2023

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.

2. Bujang / belum pernah berkahwin.

3. Berumur antara 18 hingga 25 tahun (pada 31 Disember 2023).

4. Ketinggian melebihi 152 sentimeter (cm).

        

hero remaja 184

Kredit foto: Instagram Official Hlive

        

Peserta / Finalis

Lapan Hero dan lapan Dewi diumumkan sebagai finalis Top 16 selepas dua bulan sesi uji bakat berakhir.

Senarai penuh peserta HeroDewi Remaja 2023:

        

Hero

1. Razin Qidran (24, Kuala Lumpur)

2. Azri Safix (22, Kuala Lumpur)

3. Fitri (24, Kuala Lumpur)

4. Jaysong (21, Kuala Lumpur)

5. Aiman Ameer (23, Johor)

6. Hakim (22, Selangor)

7. Jay (18,Selangor)

8. Evertts (25, Sabah)

         

Dewi

1. Amira Rafik (23, Selangor)

2. Adrina (24, Kelantan)

3. Qist (22, Kelantan)

4. Azqa (23, Sabah)

5. Cora (23, Sabah)

6. Myra (24, Kedah)

7. Arabella (18, Pahang)

8. Nurel (21, Sarawak)

        

Baca: Biodata Qistina Rania, Finalis Dewi Remaja 2023

Baca: Biodata Evertts Gomes, Finalis Hero Remaja 2023

Baca: Biodata Fitri Farok, Naib Juara Hero Remaja 2023, Cucu Pelakon Normah Damanhuri, Anak Saudara Kepada Usahawan Kak KM

Baca: Biodata Nurel Baharin, Juara Dewi Remaja 2023

Baca: Biodata Aiman Ameer, Juara Hero Remaja 2023

Baca: Biodata Arabella Ellen, Finalis / Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Baca: Biodata 16 Peserta / Finalis Hero Dewi Remaja 2023

       

hero remaja 2023

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

         

Pengacara Dan Juri Tetap

Scha Alyahya, pelakon dan model terkenal yang pernah memenangi Dewi Remaja 2005/06, diberi mandat untuk sekali lagi menjadi juri tetap, mentor dan hos program, selepas kali terakhir pengalamannya sebagai juri tetap dalam Hero Remaja 2021.

Keputusan memilih Scha dianggap tepat kerana selaku selebriti serba boleh, dia telah membawa nama sebagai salah seorang alumni Dewi Remaja yang paling berjaya dan dikenali hingga kini.

         

Format Penjurian

Dalam usaha untuk melahirkan bintang yang juga dapat memberi contoh positif kepada remaja di luar sana, peserta akan dinilai dari pelbagai aspek meliputi personaliti, bakat, pengetahuan am dan cara mereka berkomunikasi.

         

Undian

Di samping bersaing dalam episod cabaran, 16 finalis terpilih juga akan diukur dalam aspek populariti serta duo terbaik melalui sistem undian peminat yang akan dilancarkan bermula 10 November hingga malam finale.

Ini akan menentukan siapa yang akan menjadi pemenang dalam kategori anugerah Hero dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.

Setiap hari, undian boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Remaja di www.remaja.my/herodewi

         

dewi remaja 2023

Kredit foto: Instagram Nu Ideaktiv Sdn Bhd

         

Waktu Siaran

Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan menemui penonton menerusi kaca TV bermula 10 November 2023, dengan siaran setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Semua lapan (8) episod penuh program ini juga tersedia untuk tontonan secara dalam talian (online) melalui penstriman On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go, serta Sooka.

       

Baca: Akhirnya Didedahkan! Ini Senarai Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Senarai Dan Biodata 16 Finalis / Peserta Dewi Remaja 2022

        

*Melalui program pencarian bakat dan personaliti Hero dan Dewi Remaja, telah muncul pelapis pempengaruh, penghibur dan ikon terkemuka dalam industri hiburan tempatan, mengenalkan nama-nama seperti Badrul Muhayat, Eizlan Yusof, Azhar Sulaiman, Syafiq Kyle, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Meerqeen, Aniq Suhair, Nadhir Nasar, Rozita Che Wan, Neelofa, Izara Aishah, Intan Ladyana, Mawar Rashid, Tiara Jacquelina, Anna Jobling dan ramai lagi.

        

Senarai Pemenang / Juara Hero Remaja

Hero Remaja 1990 - Esma Daniel

Hero Remaja 1993/1994 - Suhaidi

Hero Remaja 1997 - Wan Shahlim

Hero Remaja 1999 - Kusyairi Ahmad

Hero Remaja 2001 - Zed Zaidi

Hero Remaja 2004 - Zawen Anwar

Hero Remaja 2007/2008 - Kamal Adli

Hero Remaja 2012 - Fattah Amin

Hero Remaja 2017 - Alif Muhaimin

Hero Remaja 2020 - Nadhir Nasar

Hero Remaja 2021 - Mierul Aiman

       

Senarai Pemenang / Juara Dewi Remaja

Dewi Remaja 1985/1986 - Tengku Anis Tengku Ismail

Dewi Remaja 1987/1988 - Aleeza Kasim

Dewi Remaja 1990/1991 - Jasmeen Dhillon

Dewi Remaja 1994/1995 - Wan Khadijah Wan Othman

Dewi Remaja 1997/1998 - Juliana Banos

Dewi Remaja 2002/2003 - Annahita Bakavoli

Dewi Remaja 2005/2006 - Scha Al-Yahya

Dewi Remaja 2009/2010 - Neelofa

Dewi Remaja 2014/2015 - Raysha Rizrose

Dewi Remaja 2018/2019 - Tiada Pemenang (Kemenangan asalnya milik Haneesya Hanee telah ditarik balik)

Dewi Remaja 2019/2020 - Shaza Bae

Dewi Remaja 2022 - Tracie Sinidol

        

Kredit video: CAPSULE Hero Dewi Remaja 2023 Episod 1 : First Time Jumpa!

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)