Kredit foto: Instagram Aryan Naim

Siapa Aryan Naim (Aryan)? Muhammad Naim Zamri atau nama terkenalnya, Aryan Naim merupakan antara remaja yang telah disenarai pendek untuk bersaing dalam rancangan realiti, Pencarian Hero Remaja 2021.

Musim kesebelas program itu turut membariskan 11 lagi finalis iaitu Aqil Taqee (Aqil), Mierul Aiman (Mierul), Alif Haiqal (Haiqal), Afiq Hamidon (Afiq), Syazani Zainal (Syazani), Ideen Azman (Ideen), Zaim Yazid (Zaim), Amir Ahnaf (Amir), Fazziq Muqris (Fazziq), Farhan Nordin (Farhan) dan Zaid Erakad (Akad).

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Pemilik nama penuh, Muhammad Naim bin Zamri.

2. Dikenali dengan nama 'Aryan Naim'.

3. Berumur 24 tahun (2021).

4. Lahir pada 27 Julai 1997 di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan.

5. Berketinggian 170 sentimeter (cm).

6. Kediamannya terletak di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

7. Menamatkan pengajian di Politeknik Shah Alam dengan kelulusan di peringkat diploma.

8. Sewaktu persekolahan, beliau aktif mewakili daerah dalam sukan olahraga, selain melibatkan diri dalam acara badminton. Pernah merangkul pingat perak di peringkat kebangsaan.

9. Berjinak-jinak dalam bidang seni sejak tahun 2017 sebagai seorang model, sebelum menempatkan diri dalam bidang lakonan.

10. Kini mengumpul lebih 14,000 pengikut di laman sosial Instagram menerusi nama akaun @aryannaimz_.

Fakta Menarik

1. Anak pertama dari empat orang adik beradik. Dua daripadanya adalah lelaki, manakala dua lagi perempuan.

2. Mempunyai pasangan kembar tidak seiras bernama Mohd Zaim yang mana waktu kelahiran mereka hanya berbeza lapan minit. Minat kedua-dua mereka bagaimanapun tumpah dalam aliran yang berbeza - Mohd Zaim lebih cenderung mengusahakan aktiviti perniagaan, sementara dirinya ke arah bidang seni.

3. Pernah mengalami masalah gagap sewaktu kecil yang membataskan aspek komunikasinya, namun mengatasi kelemahan itu dengan cara menenangkan diri ketika berbicara.

4. Bertapak dalam dunia seni tanah air sejak umur 20 tahun dan setakat ini sudah menjayakan iklan-iklan komersil, termasuk membuat penampilan dalam drama-drama tempatan.

5. Hasratnya bergelar model runway tidak kesampaian kerana tidak mempunyai ketinggian yang cukup, namun masih berpeluang merealisasikan impian bergelar model katalog.

6. Ingin mendapat peluang memegang pelbagai jenis watak dalam bidang lakonan.

7. Gemar menyanyi, menari dan melancong.

8. Satu perkataan yang digunakan untuk menggambarkan dirinya adalah 'ikhlas'.

9. Sudah tujuh kali menyertai sesi ujibakat Hero Remaja sebelum layak dinamakan sebagai peserta.

Baca: Biodata Amir Ahnaf, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Alif Haiqal, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Afiq Hamidon, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Syazani Zainal, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Zaid Erakad, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Farhan Nordin, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Zaim Yazid, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Fazziq Muqris, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Ideen Azman, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Aqil Taqee, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Mierul Aiman, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Info Program Hero Remaja 2021 (Prelude)

Baca: Biodata: 10 Fakta Nadhir Nasar (Juara Hero Remaja 2020) Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2021

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2020

Gambar

aryan naim 458

hero remaja 652

hero remaja 2021 504

aryan hero remaja

aryan naim umur

aryan naim ig 640

finalis hero remaja 2021 573

peserta hero remaja 2021 938

senarai hero remaja 2021 76

Kredit foto: Instagram Aryan Naim

Video

Kredit video: Top 12 Hero Remaja 2021 : Aryan Naim

Sumber:

1. Profil Aryan Naim

2. Top 12 Hero Remaja 2021 : Aryan Naim

3. Hero Remaja 2021 Prelude Episod 4




Hakcipta iluminasi.com (2017)