Oleh pada 16 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

    

Pencarian Dewi Remaja 2019 memulakan misinya dalam mengetengahkan personaliti remaja contoh kepada generasi baharu masa kini.

Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Remaja, berkata, istimewanya kali ini Dewi Remaja bakal memperkenalkan kategori pengetahuan am sebagai salah satu kriteria pemarkahan yang perlu dipenuhi para peserta sewaktu penilaian.

"Antara kelainan yang ditampilkan dalam edisi kali ini adalah dari segi permarkahan juri dimana kami memperkenalkan kategori pengetahuan am.

"Kami merasakan kategori ini penting kerana seseorang finalis harus mempunyai pakej yang menyeluruh terutamanya dari aspek personaliti, latar belakang akademik dan mereka harus peka dengan hal-hal semasa," katanya.

Beliau membuat kenyataan di sidang media dan pengumuman peserta Dewi Remaja Edisi Ke-10 (2019/2020) yang berlangsung di The Starling, Damansara Utama pada Selasa.

Antara lain, Fiezreen berkata, para juri turut mengambil kira dalam soal cara finalis mempersembahkan diri mereka.

"Cara mereka mempersembahkan diri juga menjadi satu kriteria penting dalam pemarkahan, kami tidak mengambil kira aspek bakat semata-mata," katanya.

Berikut merupakan senarai 12 peserta atau finalis Dewi Remaja 2019.

   

1. Nina Amin, 23 tahun, Selangor

nina amin dewi remaja 2019

   

2. Adriannna Fernandez Azmi, 19 Tahun, Kuala Lumpur

dian dewi remaja 2019

   

3. Tengku Shatirah Amanda binti Tengku Ahmad Badrulddin, 19 Tahun, Kelantan

amanda dewi remaja 2019

    

4. Yusmyra Natasha binti Abdullah, 24 Tahun, Kuala Lumpur

myra dewi remaja 2019

   

5. Nur Saidah Syahirah binti Kamarudin, 23 Tahun, Selangor

saidah dewi remaja 2019

    

6. Aishah binti Azhan, 24 Tahun,Selangor

ash dewi remaja 2019

   

7. Nursyaza Azra, 19 Tahun, Negeri Sembilan

azra dewi remaja 2019

    

8. Sharlina Gilbert Mojinun, 23 Tahun, Sabah

shalin dewi remaja 2019

   

9. Nurul Hanynaa binti Harizal, 23 Tahun, Selangor

nynaa harizal dewi remaja 2019

    

10. Nur Nafissa Adriana binti Abdul Ghafar, 21 Tahun, Johor

adriana dewi remaja 2019

    

11. Norsyamira Izzati Mohd Nazir, 22 Tahun, Selangor

syamira dewi remaja 2019

    

12. Shaza Nuriman Mohamad Zamri, 24 Tahun, Kuala Lumpur

shaza dewi remaja 2019

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

   

Pemilihan finalis dibuat selepas disaring dari Top 20, sekaligus menggagalkan impian lapan gadis lain untuk berada dalam senarai akhir.

Program musim ini bakal diadili oleh juri tetap, pelakon Scha Alyahya dan Yusry Abdul Halim.

Manakala, Amelia Henderson memegang tanggungjawab sebagai hos.

Dewi Remaja 2019 bermula 26 Oktober 2019, bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

     

Sumber berita: Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)