Oleh pada 03 Jul 2021 kategori

Malam ini penonton buat pertama kalinya bakal disajikan dengan episod pertama Hero Remaja 2021 edisi 'Prelude'.

Diacarakan Shaza Bae (juara Dewi Remaja 2019), perjalanan barisan finalis musim ini bermula dalam pencarian yang dibuat menerusi sesi ujibakat.

hero remaja 2021 audition

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Musim Kesebelas

Pencarian Hero Remaja telahpun memasuki edisi yang kesebelas yang mana penganjuran terawalnya pada 1990/1991.

Justeru tidak hairan jika kita melihat sebahagian selebriti lelaki tempatan yang menjayakan dunia lakonan, pengacaraan dan peragaan hari ini, rata-ratanya merupakan alumni daripada program ini sendiri.

Selepas lebih tiga dekad penganjuran, pengaruh Hero Remaja dapat dilihat dengan jelas menerusi reaksi positif yang ditinggalkan warganet di alam maya khususnya platform media sosial.

nadhir hero remaja

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar

Nadhir Nasar, Juara Hero Remaja 2020

Kali terakhir, kita menyaksikan Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (Nadhir Nasar) dijulang sebagai juara pada edisi 2020 selepas menewaskan 11 orang finalis yang disenarai pendek, menerusi persaingan yang meletakkan kesemua mereka di bawah satu bumbung dalam tempoh hampir 2 bulan, untuk menjalani penggambaran 8 buah episod.

Nadhir kini antara yang diberi kepercayaan membawakan watak-watak lakonan dalam naskhah-naskhah popular, sekaligus menjadi antara bakat baharu menyinar yang melibatkan diri dalam drama bersiri, telefilem mahupun bidang peragaan.

hero remaja 2020 614

Kredit foto: Instagram Azim Yusof

Aniq Suhair, Imran Aqil, Meerqeen, Hariz Hamdan, Haziq Nazimuddin, Jabir Meftah Antara Yang Menyerlah

Tidak hanya beliau, lain-lain finalis edisi 2020 juga sudah mula mengejar karier dalam dunia seni, menjadi antara pendatang baharu yang diintai penerbit, antaranya Aniq Suhair, Imran Aqil, Meerqeen, Hariz Hamdan, Haziq Nazimuddin dan Jabir Meftah.

hero remaja

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Pencarian Peserta / Finalis Hero Remaja 2021 

Menerusi rancangan Hero Remaja 2021 (Prelude), penonton berpeluang menyaksikan pelbagai telatah para remaja yang hadir menjalani sesi ujibakat.

Mereka bukan sahaja tampil dengan bermacam kebolehan, malah ragam yang tersendiri!

hero remaja 2021 episod

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Episod 1

Episod pertama yang akan ditayangkan pada hari ini akan mengimbas semula momen-momen ketika sesi uji bakat minggu pertama.

Kesemua lapan episod 'Hero Remaja 2021 Prelude' akan membawa penonton melihat sesi pengenalan serta persiapan para finalis sebelum berdepan cabaran utama dalam menentukan siapakah yang bakal ditabalkan sebagai juara Hero Remaja 2021.

peserta hero remaja 2021

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Siapa Juri Tetap / Mentor?

Antara yang menjadi persoalan besar setiap kali tibanya penganjuran musim baharu tentunya identiti figura yang bakal mengisi kerusi juri tetap sekaligus bertanggungjawab mengadili serta menjadi mentor kepada peserta.

Jika tahun lalu, kita menyaksikan gandingan Scha Al Yahya (Dewi Remaja 2005/06) dan Datuk Hans Isaac memegang mandat ini, namun siapa pula yang akan dilantik pada musim ini?

finalis hero remaja 2021

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

Edisi Prelude ke udara mulai 3 Julai 2021 selama lapan episod, setiap hari Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria (CH 104).

Manakala siaran ulangan pula pada Ahad, jam 12 tengah hari.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, strim Hero Remaja 2021 di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

Baca: Akhirnya Didedahkan! Ini Senarai 12 Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Ideen Azman, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Mierul Aiman, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Fazziq Muqris, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Alif Haiqal, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Syazani Zainal, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Amir Ahnaf, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Farhan Nordin, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Zaim Yazid, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Zaid Erakad, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Afiq Hamidon, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Aryan Naim, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Aqil Taqee, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

   

juara hero remaja 2020

Kredit foto: Instagram Nadhir Nasar

Senarai Pemenang Hero Remaja

1990 - Esma Daniel

1993/1994 - Suhaidi

1997 - Wan Shahlim

1999 - Kusyairi Ahmad

2001 - Zed Zaidi

2004 - Zawen Anwar

2007/2008 - Kamal Adli

2012 - Fattah Amin

2017 - Alif Muhaimin

2020 - Nadhir Nasar

Lagi bintang kelahiran Hero Remaja yang berjaya sebagai selebriti, seperti Badrul Muhayat, Norman Hakim, Eizlan Yusof, Azhar Sulaiman, Syafiq Kyle, Fizo Omar, Idris Khan, Saharul Ridzwan dan ramai lagi.

hero remaja 2021 prelude

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Baca: Biodata Nadhir Nasar,  Juara Hero Remaja 2020

Baca: Senarai 12 Peserta Hero Remaja 2020

Baca: Info Penuh Program Hero Remaja 2020

Baca: Keputusan Hero Remaja Final / Finale 2020

   

Kredit foto: Finale HERO REMAJA 2020 | Sesi Q&A

   

Sumber:

1. Instagram Majalah Remaja

2. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)