Kredit foto: Instagram Ideen Azman

Siapa Ideen Azman (Ideen)? Ahmad Nuruddeen Azman atau nama terkenalnya, Ideen Azman merupakan antara remaja yang berjaya terpilih untuk menyertai program realiti, Pencarian Hero Remaja 2021.

Musim kesebelas rancangan realiti itu turut mempertaruhkan 11 lagi finalis iaitu Mierul Aiman (Mierul), Fazziq Muqris (Fazziq), Amir Ahnaf (Amir), Aqil Taqee (Aqil), Alif Haiqal (Haiqal), Afiq Hamidon (Afiq), Aryan Naim (Aryan), Syazani Zainal (Syazani), Zaid Erakad (Akad), Farhan Nordin (Farhan) dan Zaim Yazid (Zaim).

    

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Pemilik nama sebenar, Ahmad Nuruddeen bin Azman.

2. Menggunakan nama komersial, Ideen Azman.

3. Berumur 21 tahun (2021).

4. Berasal dari negeri Melaka.

5. Lahir pada 13 Jun 2000.

6. Berketinggian 178 sentimeter (cm).

7. Anak ketiga daripada empat orang adik beradik.

8. Penuntut semester ketiga di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan diploma teater.

9. Menggunakan Instagram atas nama akaun @ideenazman yang sehingga kini mencatatkan lebih 2,900 pengikut.

Fakta Menarik

1. Berfizikal tinggi lampai.

2. Berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, selain berkemampuan bermain instrumen muzik gitar, piano, dram, trompet dan saksofon.

3. Sering memasuki pertandingan nyanyian dan meminati cabang seni itu sejak usia kecil. Juga mengikuti pengajian bidang muzik sejak zaman sekolah.

4. Meminati semua genre muzik dan sering merakamkan lagu-lagu cover.

5. Menyukai sukan renang yang dipelajari daripada ibunya ketika umur enam tahun. Beliau memiliki lesen menyelamat, ILS (International Life Saving) sejak usia 15 tahun dan kini berkhidmat sebagai tenaga pengajar dalam sukan itu, mengikut jejak langkah ibunya.

6. Meminati bidang seni lukisan serta sukakan permainan rollerblade yang menjadi hobinya sejak umur 15 tahun.

7. Menyifatkan dirinya sebagai seorang 'fast learner'.

8. Menyimpan angan-angan memasuki Hero Remaja sejak lima tahun lalu ketika masih di bangku sekolah.

9. Ingin menjadikan Hero Remaja sebagai platform memperoleh ilmu dan pengalaman, selain menambah kenalan untuk memastikan dirinya benar-benar bersedia sebelum memasuki bidang seni.

Baca: Biodata Aryan Naim, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Syazani Zainal, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Zaim Yazid, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Afiq Hamidon, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Farhan Nordin, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Zaid Erakad, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Amir Ahnaf, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Alif Haiqal, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Aqil Taqee, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Mierul Aiman, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Fazziq Muqris, Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

 

Baca: Info Program Hero Remaja 2021 (Prelude)

Baca: Biodata: 10 Fakta Nadhir Nasar (Juara Hero Remaja 2020) Yang Ramai Tak Tahu!  

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2021

Baca: Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2020

Gambar

ideen azman

ideen hero remaja

ideen azman umur

ideen azman family

ideen azman ig

hero remaja 2021 peserta 309

ideen azman birthday

hero remaja 2021 391

finalis hero remaja 2021 54

senarai hero remaja 2021 985   

Kredit foto: Instagram Ideen Azman

Video

Kredit video: Top 12 Hero Remaja 2021 : Ideen Azman

Sumber:

1. Profil Ideen Azman

2. Top 12 Hero Remaja 2021 : Ideen Azman

3. Hero Remaja 2021 Prelude Episode 3




Hakcipta iluminasi.com (2017)