Oleh pada 25 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Alya Iman

   

Pelakon Alya Iman menjawab tuduhan yang mengatakan dirinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan yang juga suami orang.

Nur Alya Iman Azmil dalam kenyataannya, menjelaskan secara terperinci pertunangan yang pernah diikatnya bersama seorang lelaki anak dua.

"Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata.

"Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua," katanya dalam satu kiriman Whatsapp kepada portal Astro Gempak.

Menyambung cerita, model hijab dan pakaian muslimah berusia 19 tahun ini berkata, hubungan yang dijalinkan terpaksa dihentikan selepas mengetahui perkara itu berlaku di luar pengetahuan isteri individu berkenaan.

   

Baca: Biodata Alya Iman

   

alya iman azmil

Kredit foto: Instagram Alya Iman

   

"Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mengetahui bahawasanya kewujudan Alya tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut.

"Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana Alya merasa bersalah," katanya.

Dalam pada itu, Alya yang juga anak pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini mengharapkan sokongan daripada semua pihak, di samping memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan peristiwa itu.

"Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

"Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik.

"Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.

"Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik," akhirinya.

Terdahulu, pelakon drama Bukan Kahwin Paksa dan Senafas Rindu ini menjadi bualan hangat di media sosial selepas isteri ahli perniagaan berkenaan mendakwa dia telah menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Alya antara lain pernah terpalit dengan gosip cinta bersama pelawak Zizan Razak, namun turut dinafikannya.

    

Sumber berita: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)