Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Kredit foto: azhan.co 

Sebelum ini, Cik Pang menerusi Harian Metro mendedahkan Sherry Ibrahim sedang dibuai cinta baru bersama seorang ahli perniagaan hingga tak tidur malam dibuatnya. Status gosip tersebut masih menjadi tanda tanya sehingga Sherry sendiri tampil menjawab dakwaan tersebut. 

Saya masih belum bertemu pengganti selepas lapan bulan bergelar solo. Sebab itu saya terkejut apabila mendapat tahu nama saya dikaitkan bercinta dengan ahli perniagaan pula.

Sumber: Harian Metro 

Menurut Sherry, beliau ada didekati oleh beberapa lelaki namun masih belum bertemu calon yang sesuai. 

s1

Kredit foto: astrogempak.com

Pada usia sekarang, saya juga ingin berkahwin dan membina keluarga. Bukan tiada lelaki yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu calon yang sesuai. Saya percaya jodoh itu akan tiba apabila sampai masanya nanti. Keluarga juga tidak mendesak kerana mereka juga memahami. Buat masa ini, fokus saya adalah terhadap kerjaya sebagai pelakon dan pengacara serta perniagaan yang diusahakan. 

Sumber: Harian Metro

Sememangnya dalam membuat pemilihan apatah lagi soal jodoh, perlu berhati-hati kerana ikatan perkahwinan diharapkan untuk kekal sepanjang hayat. Daripada terus mempersoalkan status bujang Sherry, apakata kita doakan sahaja semoga Sherry bertemu jodoh dengan segera dan yang lebih penting, jodoh yang serasi dan sesuai. 

Sumber berita: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)