Oleh pada 03 Oct 2017 kategori

gosip dengan khai bahar ini jawab baby shima

Kredit foto: Youtube Baby Shima

Penyanyi Baby Shima menganggap gosip peminat yang 'menjodohkan' dirinya dengan penyanyi Khai Bahar sebagai lumrah dalam kehidupan selebriti.

Kata Shima, dia enggan mengambil serius dengan usikan tersebut kerana hakikatnya mereka hanyalah sekadar berkawan. 

"Biasalah tu kalau peminat 'jodoh-jodohkan' artis kesukaan mereka. Sedangkan kami hanya berkawan sahaja.

"Lebih-lebih lagi ramai mengenali saya dan Khai di aplikasi Smule, jadi mereka fikir kami sesuai menjadi pasangan kekasih.

"Sampaikan ada yang kata kami bercinta hanya kerana pernah berduet bersama dalam persembahan nyanyian," katanya menurut laporan portal Mstar Online.

Dalam perkembangan terkini, Shima kini sibuk mengadakan sesi promosi untuk single terbarunya.

Penyanyi itu kini semakin dikenali di Indonesia selepas dilamar sebuah syarikat rakaman di sana.

Shima akui terkejut dengan rezeki yang diterima yang mana meletakkan namanya di industri hiburan negara seberang.

"Saya sekarang bernaung bawah syarikat Nagaswara Indonesia dan sedang sibuk dengan rangka promosi single terbaharu berjudul Makan Hati.

"Lagu tersebut dicipta oleh komposer Yogi dan hanya akan diedarkan di Indonesia kerana ia bergenre dangdut dan lebih dekat dengan peminat," dedahnya.

Shima turut menanam azam untuk lebih komited dalam menumpukan kerjayanya di sana.

Apatah lagi dia sudah selesa hingga merasakan seperti berada di negara sendiri.

Sokongan para peminat yang datang ke persembahan yang diadakan benar-benar membuatkannya terharu.

"Selepas ini saya akan lebih serius dalam industri muzik dan mahu bina nama ke tahap yang lebih tinggi.

"Peminat Indonesia juga sangat sporting, apabila saya buat persembahan mereka turut sama menari.

"Mereka memberi sokongan yang tak berbelah bagi dan terasa bagai berada di kampung halaman sendiri," katanya lagi.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)