Oleh pada 22 Jul 2018 kategori

dikatakan ada hubungan dengan suami sharifah sakinah pramugari tampil bersuara 1

Kredit foto: Instagram @memeyronees & Instagram Aliff Adha

Seorang wanita tampil menepis dakwaan kononnya kekasihnya adalah suami kepada aktres Sharifah Sakinah seperti didakwa seorang netizen, baru-baru ini.

Pramugari itu menjelaskan salah faham yang timbul barangkali kerana beliau tidak pernah mendedahkan foto teman lelakinya secara penuh.

"Bila benda ini sudah tular makin teruk dan kawan-kawan serta keluarga pun dah nasihatkan, jadi saya terpaksa muat naik gambar kekasih saya.

"Dan ya, teman lelaki saya bukan suami dia (Sharifah Sakinah) atau suami siapa-siapa, bukan tunang atau kekasih siapa-siapa. Saya tidak tahu macam mana orang boleh kata sama," tulisnya di Instagram.

dikatakan ada hubungan dengan suami sharifah sakinah pramugari tampil bersuara 2 311

Kredit foto: Instagram @memeyronees

Jumaat lalu, Sakinah, 29, menerusi Instagram Story berkongsi paparan skrin mesej peribadi diterima daripada seorang wanita yang mendakwa suaminya berlaku curang.

Ibu kepada Anais Adha itu lantas melayangkan amaran kepada mana-mana pihak luar agar tidak mencampuri hal ehwal rumah tangganya.

Sementara itu, pramugari yang dikenali sebagai Memey itu berkata, beliau sedapat mungkin enggan mendedahkan foto kekasihnya atas faktor privasi tetapi berbuat demikian demi meleraikan isu yang melanda.

"Saya tak suka dedahkan siapa kekasih saya sebab tidak mahu orang tahu dia kerja apa, anak siapa.. semua tu.

"Tolong faham, itu privasi saya dan tidak ada sebab lain pun saya nak sorok.

"Pada yang dah fitnah saya tu, saya harap anda sedar kesan perbuatan tu. Sekarang anda boleh cakap tak tuduh dan hanya tanya. Tanya ke macam tu kalau sampai hantar gambar kami dekat dia?," soalnya.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, seorang juruterbang berkahwin pada Mac 2015 dan sehingga kini dikurniakan seorang anak berusia setahun.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)