Oleh pada 13 May 2017 kategori

mira filzah jawab gosip cinta dengan zizan razak 1

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

Kerapkali diajukan dengan persoalan status hubungannya bersama pelawak Zizan Razak, aktres Mira Filzah akui tidak berasa rimas.

Sebagai selebriti, dia sedar gosip cinta sudah menjadi asam garam dunia hiburan. 

mira filzah jawab gosip cinta dengan zizan razak 2

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

Antara saya dan Zizan tidak ada cinta, kami hanya kawan artis saja. Setakat ini saya masih tidak jemu untuk menjawab soalan sebegitu. Nak kata rimas, tak juga sebab saya yang pilih untuk membabitkan diri dalam bidang ini.

Sumber: Utusan Online

Mira turut menyentuh isu trend peminat yang gemar memadankan artis kegemaran mereka. Dia bagaimanapun melihat situasi itu daripada sudut positif kerana ia mampu melariskan jenama yang dijayakan pasangan artis berkenaan.

mira filzah jawab gosip cinta dengan zizan razak 3

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

Apa yang saya dapat lihat sekarang ini, peminat suka memadankan artis ini dengan artis itu. Buktinya, ramai peminat yang suka melihat jika Fattah Amin bercinta dengan Neelofa hingga diwujudkan #Loffattah. Satu lagi pasangan yang peminat nak lihat mereka bersatu ialah Ayda Jebat dengan Redza Rosli. Bagi saya kisah cinta begitu sebagai satu trend masa kini yang dimahukan oleh peminat, pada hal artis tak ada apa-apa pun. Sebenarnya, apa yang dibuat oleh peminat itu ada baiknya kerana secara tidak langsung dapat mempromosi produk yang dijayakan oleh artis berkenaan.

Sumber: Utusan Online

Mira juga tidak menolak sekiranya pasangannya nanti adalah di kalangan golongan selebriti kerana percaya soal jodoh menjadi ketentuan Allah SWT. 

mira filzah jawab gosip cinta dengan zizan razak 4

Kredit foto: Beautifulnara 


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)