Kredit foto: Astro Gempak

Konsert Separuh Akhir AF Megastar yang berlangsung semalam menyaksikan hanya lima bintang melangkah ke peringkat akhir minggu hadapan.

Mereka adalah Marsha, Bob, Idayu, Syamel dan Shahir.

Manakala dua peserta disingkirkan sekaligus selepas menerima pungutan markah tercorot iaitu Amir Jahari dan Amir.

Tuah menyebelahi Idayu apabila dinobatkan sebagai Star Of The Week sekaligus melayakkannya membawa pulang kad e-gift bernilai RM2,000 tajaan Go Shop dan trofi sumbangan Astro.

Berikut kami kongsikan senarai markah dan kedudukan para peserta dalam konsert yang berlangsung di Royal Teater Shah Alam malam tadi.

1. Idayu: 59.1% 

Tugasan Solo: Segala Perasaan (Datuk Siti Nurhaliza) & Tugasan Duet: Kerna Ku Sanggup (Agnes Monica) bersama Azharina

2. Bob: 55.4%

Tugasan Solo: Asal Kau Bahagia (Armada) & Kerna Hati Ini Telah Dilukai (Ajai & Krisdayanti) bersama Dayang Nurfaizah

3. Marsha: 53.5% 

Tugasan Solo: Menahan Rindu (Wany Hasrita) & Tugasan Duet: Lay Me Down (Sam Smith) bersama Jaclyn Victor

4. Syamel: 46.5% 

Tugasan Solo: Sedalam-Dalam Rindu (Tajul) & Tugasan Duet: Di Pintu Mahligai (Iklim) bersama Black

5. Shahir: 28.5% 

Tugasan Solo: Warkah Untuk Ku (Ara) & Tugasan Duet: Hello (Adele) bersama Awi Rafael

6. Amir J: 26.0% 

Tugasan Solo: Sabar (Ismail Izani) & Tugasan Duet: Kenangan Terindah (Samsons) bersama Bam Samsons

7: Amir: 21.1% 

Tugasan Solo: Kullul Hubbi (Faizal Tahir) & Tugasan Duet: Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir) bersama Siti Nordiana.

Konsert Akhir AF Megastar ke udara 22 Oktober ini, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)