berentap af megastar akhir syamel risaukan kesihatan 1

Kredit foto: Instagram Syamel

Rupanya bukan persaingan yang merunsingkan finalis akhir AF Megastar, Syamel untuk berentap malam ini, sebaliknya dia lebih bimbang akan faktor kesihatan.

Penyanyi berusia 24 tahun itu takut kesihatannya terjejas hingga mengganggu persiapan.

"Apa yang saya bimbangkan adalah soal kesihatan. Harap saya sihat dan tidak ada apa-apa terjadi. Saya hanya mahu jadikan pentas akhir AF Megastar sebagai momen indah dan berharga dalam kerjaya seni," katanya memetik laporan portal BH Online.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lebih Sempurna itu berkata, dia juga lebih mementingkan kualiti persembahan daripada mengejar takhta juara.

berentap af megastar akhir syamel risaukan kesihatan 2

Kredit foto: Instagram Syamel

"Saya tak fikir soal siapa pencabar terdekat. Saya percaya setiap peserta ada kelebihan tersendiri. Menang atau kalah, letak ketepi. Tak menang pun tak mengapa, janji dapat buat persembahan dengan baik. Itu sudah buat saya puas hati... InsyaAllah," ujarnya.

Sementara itu, Syamel yang juga naib juara Akademi Fantasia 2015 menganggap persaingan daripada peserta lain bukanlah tekanan yang wajar difikirkan.

Malam ini, beliau bakal membawa dua buah lagu yang mana salah satu daripadanya adalah single baru ciptaannya sendiri.

"Selain single baharu ciptaan sendiri, Biar Cinta, saya akan mendendangkan lagu Datuk Jamal Abdillah berjudul Seniman Menangis," jelasnya.

Penyanyi yang memegang trofi Artis Baharu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-22 itu memberitahu kehadirannya dalam rancangan realiti berkenaan adalah untuk berkongsi bakat nyanyian selain meraih pengalaman baru.

Syamel bakal dicabar Marsha, Bob, Idayu dan Shahir untuk merebut trofi juara malam ini.

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)