Orang ramai sering mengatakan bahawa kepintaran dimiliki sejak lahir oleh mereka yang bertuah, namun hal ini tidak semestinya benar.
Menurut pakar, persekitaran di sekeliling anda boleh menjejaskan kemahiran otak anda dan cara anda berfikir secara drastik.
Walau apa pun keadaannya, didapati bahawa semua orang pintar menunjukkan tingkah laku yang sama dan mempunyai banyak persamaan.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 9 perkara yang kerap dilakukan oleh individu pintar.
1. Tidak mengambil tahu hal orang lain
Menilai orang lain dan bergosip adalah perkara-perkara yang dielakkan oleh orang yang bijak. Mereka tidak terlibat dalam "cakap kosong" dan tidak pernah terganggu atau kisah dengan apa yang berlaku dalam kehidupan orang lain.
Malah, menurut kajian baru-baru ini, orang pintar amat gembira apabila mereka dibiarkan bersendirian supaya mereka boleh melakukan perkara yang mereka mahukan tanpa sebarang gangguan.
Mereka bukan penyendiri atau loner, tetapi otak mereka memerlukan sedikit ruang untuk bernafas dan berfungsi.
2. Banyak buat lawak
Ini memang tidak dapat dinafikan. Seseorang yang mampu untuk menukar setiap perkara kecil kepada satu jenaka dan membuatkan orang di sekelilingnya ketawa boleh dianggap sebagai genius.
Menurut saintis, hal ini memerlukan kemahiran kreatif yang tinggi untuk melakukan jenaka, malah kaitan antara idea kreativiti dan kepintaran telah lama berkait.
3. Bercakap dengan diri sendiri
Tahukah anda bahawa antara manusia paling genius yang pernah wujud di zaman moden iaitu Albert Einstein bercakap dengan diri sendiri?
Para penyelidik telah mendapati bahawa orang yang sering bercakap dengan diri mereka sendiri tak kiralah sama ada dalam minda atau secara terangan, adalah lebih bijak daripada mereka yang tidak.
Bercakap dengan diri sendiri dapat menajamkan otak, meningkatkan ingatan dan membantu menguruskan pemikiran.
4. Suka dengar muzik instrumental
Semua orang mendengar muzik tetapi mereka yang kelihatan kerap mendengar muzik adalah genius.
Dalam kajian terbaru, didapati bahawa bukan sahaja mereka yang boleh bermain alat muzik mempunyai kepintaran tinggi, tetapi mereka yang sering mendengar muzik juga tersangat pintar.
Kajian itu juga menambah bahawa orang pintar memilih untuk mendengar muzik tanpa vokal berbanding lagu dengan lirik yang tak bermakna.
Jadi jika anda adalah salah seorang daripada mereka yang sukakan rentak dan irama berbanding lagu berlirik, anda mungkin lebih pintar daripada yang anda sangkakan.
5. Mereka "work smart" bukan "work hard"
Bertentangan dengan kepercayaan popular, orang pintar tidak belajar atau bekerja sepanjang masa.
Sebaliknya, mereka sebenarnya malas dan kerana alasan yang sama, mereka cuba mencari cara yang paling mudah untuk menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka dengan sempurna tanpa perlu bekerja keras.
Menurut sains, orang yang kurang aktif secara fizikal cenderung untuk lebih bijak daripada orang-orang yang berusaha keras sepanjang masa.
Orang pintar sering menggunakan otak mereka dan hasilnya mereka memerlukan kurang kognisi berbanding orang lain.
6. Sentiasa mencari jawapan
Orang yang pintar sering kali mempunyai rasa ingin tahu. Mereka akan berasa terganggu jika tidak mengetahui sesuatu dan sentiasa mencara jawapan serta meneroka misteri.
Menurut satu kajian, mempunyai rasa ingin tahu untuk mengetahui lebih lanjut adalah satu tanda yang jelas mengenai kecerdasan otak.
Orang pintar juga banyak membaca dan sering menyimpan catatan harian.
7. Mengaku salah sendiri
Menurut Jeff Bezos, pengasas Amazon dan manusia terkaya di dunia, tanda kepintaran terbesar adalah keupayaan untuk menerima kesilapan dan belajar daripadanya.
Tiada siapa yang sempurna tetapi orang-orang yang cukup berani untuk mengakui salah mereka adalah yang paling pintar.
Secara semulajadi, manusia cenderung untuk mempercayai bahawa mereka betul dan orang lain salah.
Tetapi ia memerlukan otak yang sangat berfungsi untuk memahami sudut pandangan orang lain dan mencari kesalahan dalam diri sendiri.
8. Gemar makan coklat
Menurut kajian, kerap makan coklat dapat meningkatkan fungsi otak dan sebagai hasilnya, menjadikan anda lebih peka dan lebih bijak.
Didapati bahawa orang-orang yang sering makan coklat mempunyai ingatan yang lebih baik dan sangat hebat apabila melibatkan kognisi dan penaakulan.
9. Tidak banyak bercakap
Orang pintar tidak mengambil bahagian dalam perbualan yang tidak memberikan faedah. Mereka kurang bercakap kerana kerap dikelilingi oleh pemikiran mereka.
Didapati bahawa orang yang lebih pintar cenderung untuk kurang bercakap dengan orang lain dan terdapat sebab mereka bertindak demikian.
Menurut pakar, orang pintar lebih menyendiri dan kurang bercakap kerana pemikiran mereka terlalu logik untuk tidak meneruskan perbualan yang tidak memberikan manfaat dengan apa cara sekalipun.
Mereka juga tidak begitu kisah dengan omong kosong dan lebih memilih untuk melakukan sesuatu yang lebih produktif.
Rujukan:
1. Weforum
3. Life Hack
4. Inc