orang pintar suka bersendirian

Sains mempunyai penjelasan kepada banyak misteri dalam kehidupan seharian kita.

Malah, keupayaan sains untuk menjelaskan fenomena tidak terhad kepada realiti fizikal atau material sahaja.

Ia juga digunakan untuk menerangkan dengan jelas emosi dan perasaan manusia yang abstrak.

Sebagai contoh, adakah anda tahu bahawa apabila anda meluangkan masa melihat alam semula jadi, anda akan berasa lebih gembira?

Dan kualiti dan kuantiti masa yang dihabiskan dengan rakan-rakan memberikan anda kepuasan? 

sherlock

Lebih menarik, Journal of Psychology British menerbitkan sebuah kajian yang mendakwa bahawa orang intelek tinggi lebih gemar menghabiskan masa mereka bersendirian.

Norman Li dan Satoshi Kanazawa, individu yang bertanggungjawab di atas kajian ini telah menggunakan "Evolusi Psikologi" sebagai asas untuk tesis mereka.

Menurut Evolusi Psikologi, evolusi dalam menyelesaikan cabaran yang unik merupakan perkara yang penting dalam kehidupan.

Lebih ramai yang terlibat, lebih tinggi peluang untuk bertahan hidup.

Dan mereka yang mampu menyelesaikan masalah ini dengan sendirinya tidak merasakan keperluan orang lain untuk berasa bahagia atau selamat.

Dalam erti kata lain, orang yang sangat pintar tidak merasakan keperluan evolusi untuk dikelilingi oleh kawan-kawan.

Kepadatan penduduk, kecerdasan dan persahabatan di zaman moden

kepadatan penduduk

Untuk tesis ini, Norman Li dan Satoshi Kanazawa membuat kaji selidik terhadap hampir 16,000 orang. Kumpulan yang difokuskan adalah berumur 18 hingga 28 tahun.

Kajian ini dijalankan untuk mengukur kesihatan, kecerdasan dan kepuasan hidup seseorang.

Dan kesimpulan daripada tinjauan ini adalah manusia berasa lebih bahagia dan puas apabila mereka menghabiskan waktu dengan rakan-rakan.

Sebaliknya, berada dalam kumpulan yang lebih besar dikaitkan dengan perasaan tidak gembira.

Namun lain pula bagi mereka yang sangat pintar dan cerdas akalnya, di mana kedua-dua pemerhatian ini tidak benar, kerana mereka lebih suka bersendirian.

Teori kebahagiaan Savannah

manusia perlukan peneman 756

Teori ini mengambil kira evolusi manusia sebelum kita beralih dari gaya hidup pemburu kepada pertanian. Otak kita berkembang untuk hidup di kawasan hutan yang besar dan mencari makanan.

Gaya hidup semasa kita pada hari ini sangat bertentangan dengan perkara ini dan ia adalah punca kepada peningkatan rasa tidak bahagia dalam populasi manusia.

Kepadatan penduduk tertumpu di kawasan kecil dan biasanya kita dikelilingi oleh orang yang tidak dikenali, kurang masa untuk bersosial dengan kawan-kawan.

Jadi, untuk berasa gembira, kita membina persahabatan yang bermakna. Tetapi orang-orang cerdas tidak terganggu dengan hal ini dan lebih senang hidup sendiri. 

Kenapa orang pintar lebih suka bersendirian?

orang pintar lebih suka menyendiri

Kecerdasan dan kepintaran, seperti kemahiran hidup yang lain, adalah berdasarkan prinsip penyesuaian.

Mereka yang dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan cabaran-cabaran yang dihadapi, mendapati adalah lebih mudah untuk mereka selesaikannya bersendirian, sekaligus tidak berasa perlu kepada berteman.

Inilah sebabnya mengapa orang-orang yang sangat pintar lebih berkembang maju di kawasan bandar dan sering berpindah ke kawasan bandar dari luar bandar.

Ia adalah kerana mereka tidak mengalami kemurungan dan rasa tidak bahagia seperti orang lain apabila mereka perlu melakukan sesuatu tanpa teman di tempat baharu.

Tidak bermakna orang pintar adalah "loner"

bersendirian 339

Hakikat bahawa orang pintar tidak berasa perlu untuk mempunyai hubungan dalam kumpulan bukanlah bermaksud mereka tak mampu untuk membina persahabatan.

Tetapi, mereka lebih cekap menyesuaikan diri untuk hidup dalam populasi yang padat dengan kenalan rapat dalam jumlah yang sedikit. Ini tak bermakna mereka tidak menghargai atau membentuk ikatan yang bermakna.

Dengan kata lain, jika seseorang itu mahu hidup bersendirian, ia tidak bermakna mereka kesepian. Mereka hanya spesis evolusi yang lebih baik dan mampu berkembang maju tanpa bantuan orang lain.

Rujukan:

1. Research Gate

2. Daily Positive

3. Inverse



Hakcipta iluminasi.com (2017)