social anxiety girl

Gangguan kebimbangan sosial atau social anxiety disorder adalah masalah mental yang melampaui tahap malu atau introvert.

Ia melibatkan ketakutan yang melampau dalam interaksi sosial dan mengganggu kehidupan seharian mereka yang berhadapan dengan masalah ini.

Gejala gangguan sosial ini biasanya bermula pada usia 13 tahun dan berterusan sehingga dewasa. Menurut kajian, kebanyakan orang yang mengalami masalah ini menunggu sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum mendapatkan pertolongan.

Dan bagi mereka yang dibelenggu masalah ini, tingkahlaku mereka adalah agak sama dan didorong oleh rasa takut yang berlarutan. iluminasi.com ingin kongsikan 7 perkara yang paling biasa dilakukan oleh individu dengan masalah kebimbangan sosial.

1. Mereka membayangkan akan memalukan diri sendiri

7 perkara biasa yang dilakukan individu dibelenggu social anxiety 4

Sama ada mereka akan bertemu dengan orang baru atau sedang berjalan ke perhimpunan sosial, individu dengan kebimbangan sosial sentiasa membayangkan senario yang memalukan diri mereka.

Mereka bimbang bahawa mereka akan mengatakan atau melakukan sesuatu yang salah dan menggambarkan orang lain terkejut dengan tingkah laku mereka.

2. Mereka mengelak dari situasi di mana mereka mungkin akan dihakimi

social anxiety judgement

Kebimbangan sosial membautkan orang memikirkan perkara seperti, "orang lain pasti akan fikir saya ni bodoh" atau "Saya akan merosakkan keadaan dan mesti semua orang akan fikir saya ni loser". 

Ketakutan yang melampau terhadap penolakan daripada orag lain menyebabkan mereka mengelakkan daripada berada dalam situasi sosial sekerap yang mungkin.

3. Mereka hanya selesa dengan orang tertentu

7 perkara biasa yang dilakukan individu dibelenggu social anxiety 5

Seperti introvert, kebanyakan orang yang mengalami kebimbangan sosial berasa selesa dengan beberapa individu tertentu sahaja, termasuklah kawan baik, ibu bapa atau adik-beradik.

Berinteraksi dengan individu selain daripada kumpulan tadi boleh membawa kepada peningkatan kebimbangan yang sangat serius. Sering kali, membawa orang yang mereka selesa bersama-sama ke kedai runcit atau perhimpunan sosial membuatkan interaksi mereka menjadi kurang menakutkan.

4. Mereka bimbang orang lain menyedari ketakutan mereka

7 perkara biasa yang dilakukan individu dibelenggu social anxiety 6

Sama ada mereka bercakap dalam mesyuarat atau mereka cuba untuk membuat ucapan kecil dengan kenalan, individu dengan kebimbangan sosial takut jika kebimbangan mereka menjadi ketara dan disedari oleh orang ramai. 

Mereka cenderung untuk mengalami gejala-gejala fizikal seperti wajah menjad kemerah-merahan, tapak tangan berpeluh, tangan menggeletar atau sesak nafas, dan mereka yakin bahawa semua orang boleh tahu apabila mereka berasa gugup.

5. Mereka mengalami ketakutan sosial tertentu

7 perkara biasa yang dilakukan individu dibelenggu social anxiety 8

Bagi sesetengah orang yang mengalami masalah kebimbangan sosial, ketakutan mereka berlaku apabila mereka perlu melakukan ucapan awam. Tetapi sesetengah daripada mereka pula mengalami kebimbangan melampau terhadap perkara seperti menulis di hadapan orang lain, atau makan di tempat awam.

Malah, ramai di antara mereka yang mengalami ketakutan untuk bercakap di telefon.

6. Mereka kritik kemahiran sosial sendiri

7 perkara biasa yang dilakukan individu dibelenggu social anxiety 9

Orang yang dibelenggu kebimbangan sosial kerap menghabiskan masa menganalisis interaksi sosial mereka. Mereka memainkan semula perbualan dalam fikiran mereka berulang-ulang kali dan meneliti komunisi mereka.

Mereka juga sering membesar-besarkan kelemahan mereka dan menilai diri mereka sendiri dengan kasar serta mengkritik diri sendiri.

7. Tanggapan mereka sering menjadi ramalan yang memuaskan hati sendiri

7 perkara biasa yang dilakukan individu dibelenggu social anxiety 7 779

Tanggapan negatif yang berkaitan dengan kebimbangan sosial kerap kali berubah menjadi ramalan-ramalan yang memuaskan diri sendiri. Seseorang yang beranggapan "Orang selalu fikir saya ini pelik", mungkin akan bersendirian semasa penglibatan sosial.

Sikap bersendirian atau sering tidak hadir dalam acara sosial menghalang orang lain untuk berinteraksi dengannya, yang memperkuatkan kepercayaannya bahawa dirinya janggal dalam bersosial.

Rujukan:

1. Inc

2. Life Hack

3. Metro


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)