Oleh pada 16 Oct 2023 kategori

Dalam dunia teknologi yang pesat membangun, kewujudan pelbagai pengetahuan baru dalam bidang tersebut menyebabkan banyak perubahan berlaku kepada tamadun manusia.

Sebagai usaha untuk melabelkan teknologi-teknologi baru ini, biasanya masyarakat barat khususnya akan mengambil istilah atau perkataan yang sedia ada untuk diguna sebagai rujukan ke atas apa yang baru tercipta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tindakan itu bukan saja memperkembangkan penggunaan bahasa, bahkan ada kalanya menggantikan terus makna lama yang dianggap tidak lagi seiring dengan masa. Berikut adalah 10 istilah berkait teknologi yang sudah berubah 100% maknanya jika dibandingkan dengan istilah awalnya.

1. Kalkulator

kalkulator ubah maksud

Sebut kalkulator, semua orang menggambarkan mesin kira mudah alih bersaiz poket yang boleh dibeli dimana-mana sahaja kan?

Kalkulator dalam bahasa Inggeris, diambil adalah istilah Latin yang merujuk kepada individu yang tugasnya melakukan urusan kira-kira. Istilah ini hanya mula diguna untuk merujuk mesin kiraan, sejak abad 18 sehinggalah sekarang.

2. Komputer

komputer perubahan makna

Sama seperti kalkulator, komputer juga pada awalnya merujuk kepada seorang individu bertaraf pakar yang mampu melakukan perkiraan aritmetik kompleks secara manual.

Istilah komputer mula dirujuk kepada mesin yang mampu melakukan kiraan matematik sekitar penghujung abad ke 19, lebih lambat berbanding kalkulator.

Istilah asal yang diguna bagi merujuk pakar kiraan aritmetik dalam bahasa Latin adalah adalah komputator.

3. Hacker

hacker makna berbeza

Sebelum dikaitkan dengan individu yang memecah masuk akses komputer orang lain secara tidak sah, hacker sebenarnya merujuk secara am mana-mana individu yang mempunyai minat tinggi terhadap peranti komputer.

Ini bermakna kira-kira beberapa dekad dahulu, semua orang yang suka komputer layak dikatakan hacker. Tetapi sekarang kalau sebut 'aku hacker', terus kita anggap dia suka pecah masuk sistem orang lain.

4. Keyboard

keyboard papan kekunci

Zaman sekarang keyboard dah wujud dalam pelbagai bentuk, sama ada secara fizikal mahupun secara maya yang ada pada skrin telefon bimbit kita.

Pasti ramai tak menyedari keyboard sebenarnya pada awalnya hanya merujuk kepada bahagian pada alat muzik, seperti piano, organ dan sebagainya, yang akan ditekan untuk menghasilkan bunyi atau nada.

5. Artificial

artificial buatan artis

Ramai pasti dah biasa mendengar frasa artificial intelligence atau kepintaran buatan yang menjadi antara trend popular dalam bidang teknologi kan? Artificial zaman sekarang dah diketahui merujuk kepada sesuatu yang tidak asli.

Tetapi istilah artificial sebenarnya merujuk kepada sesuatu produk atau karya yang dihasilkan individu berkemahiran tinggi dalam bidang seni, seperti lukisan, ukiran kayu, arca dan sebagainya.

Sekitar abad ke 15 berlaku perubahan makna dalam istilah ini, yang kekal diguna sehingga sekarang. Sebab itulah didepannya ada suku kata 'art.'

6. Tablet

tablet cueniform

Beberapa dekad dahulu, sebut tablet semua orang akan menggambarkan batu berbentuk segi empat yang digunakan masyarakat terdahulu untuk menulis.

Kita tahu zaman sekarang tablet merujuk kepada peranti bersaiz besar, yang biasanya diguna untuk tujuan pendidikan.

Uniknya, penggunaan istilah tablet bukan merujuk kepada batu yang ditulis dengan mengukir. Sebaliknya istilah ini juga dipinjam daripada istilah tabuleta yang membawa makna meja.

7. Fail

fail file makna lama

Pernah tak anda terfikir kenapa kita panggil sampul yang mengumpul dokumen-dokumen kita sebagai fail atau files dalam bahasa Inggeris?

Sebenar-benarnya file merujuk kepada tali yang digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk menyusun dokumen, bagi memudahkannya disusun untuk dirujuk. Masyarakat Perancis zaman dahulu selepas mencetak atau menulis dokumen mereka, akan menyusun semua dokumen itu menurut turutan menggunakan tali.

Dalam bahasa Perancis, 'menurut turutan' dirujuk sebagai file.

Istilah ini akhirnya dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris, tetapi dikhususkan untuk merujuk kepada tali yang digunakan, sebelum diperkembangkan penggunaannya seperti apa yang kita fahami sekarang.

8. Klik

klik click makna asal perkataan

Sebut klik atau click dalam era digital, biasanya merujuk kepada perbuatan memilih atau menekan sesuatu, sama ada dengan tetikus atau jari pada skrin.

Tetapi tahu tak, istilah klik itu asalnya merujuk kepada bunyi jarum yang berbunyi?

Click digunakan oleh masyarakat barat terdahulu untuk merujuk bunyi lemah tetapi jelas yang terhasil, setiap kali jarum jam bergerak.

Walaupun perbuatan menekan tetikus masih menghasilkan bunyi yang menepati sifat makna asalnya, penggunaannya sudah diperbesarkan melalui pengenalan frasa seperti click-bait, cliche dan juga clicker.

Penggunaannya juga sudah diperluaskan tidak lagi hanya mencakupi pergerakan jarum jam semata-mata.




Hakcipta iluminasi.com (2017)