Oleh pada 18 Oct 2017 kategori

najib kena tunafoto dengan tuna

Perkataan 'Tunafoto' tiba-tiba meletup selepas Dewan Bahasa dan Pustaka mengumumkan penggunaanya. Ramai mentertawakan tindakan pengenalan perkataan baru itu sedangkan hakikatnya perkataan 'tuna' sebenarnya memang sudah lama termaktub sebagai perkataan yang membawa maksud 'mencacatkan.'

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang cantik dan sebenarnya tidak mengelirukan jika difahami penggunaan sebenarnya. Namun memang diakui ada banyak perkataan yang perlu kita pelajari terlebih dahulu yang berkemungkinan bunyinya janggal kerana kita jarang atau mungkin juga tidak pernah mengamalkannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 8 perkataan Bahasa Melayu yang sepatutnya kita gunakan sebagai ganti kepada perkataan-perkataan cedok yang kerap kita amalkan selama ini.

1. TUNAFOTO

tunafoto

Jika kita lihat perkataan 'tuna'; kita akan dapati maksud perkataan itu bukan sekadar membawa maksud untuk merujuk kepada nama ikan tuna, malahan sebagai perkataan yang merujuk kepada kecacatan, kecelaan atau sesuatu yang tidak menyenangkan. Oleh kerana itu tuna+foto membawa maksud gambar yang mempunyai kecacatan atau kecelaan yang tidak disengajakan.

2. SURI TELADAN

suri teladan

Selalu benar kita gunakan 'dia role model aku!' dalam ayat, jadi apa kata kita beralih kepada menggunakan suri teladan sebagai pengganti. Selain bunyinya yang jauh lebih lembut, suri itu sendiri sebenarnya membawa maksud seseorang yang patut dicontohi.

3. GEGANTUNG

gegantung

"Bro! Boleh tak kau turunkan 'bunting' yang kau gantung semalam?" Selesa benar kita menggunakan 'bunting' untuk merujuk kepada papan tanda yang digantung sedangkan sudah ada perkataan gegantung tersedia untuk kita gunakan. Perkataan 'bunting' juga boleh mengelirukan kita kerana ia mungkin bermaksud seseorang itu sedang mengandung ataupun daerah Banting di Selangor.

4. PASCANILAI

pascanilai

Selepas tamat saja apa-apa acara, kita pun mulalah nak buat perbincangan post-mortem. Geli kan sebenarnya bila kita sebut tu? Gunakanlah perkataan pascanilai selepas ini. Kita dah kerap gunakan perkataan pasca dan kita dah ada bandar bernama Nilai, jadi pascanilai sepatutnya tidak lagi asing untuk digunakan.

5. KIRA DETIK

kira detik

Setiap tahun bila nak masuk 1 Januari atau 31 Ogos, kita akan countdown. Countdown ini dah jadi sinonim benarlah dengan kita sehinggakan bila ditanya apa dia ganti perkataan countdown, ramai yang akan terpinga-pinga dan kata 'kira turun' atau 'kira bawah.' Amat jelas melalui kamus DBP, kira detik merujuk kepada pengiraan masa secara terbalikbagi menentukan detik permulaan pelancaran atau permulaan.

6. BILIK ACU

bilik acu

Mungkin ramai yang dah biasa gunakan istilah ini dalam kehidupan seharian mereka apabila menceritakan tentang bilik untuk Adik Bongsu mereka seperti "pergilah tidur dalam bilik Acu." Namun bilik acu juga merujuk kepada bilik persalinan untuk mencuba pakaian atau 'fitting room' yang kerap digunakan oleh masyarakat kita.

7. PERSANTAIAN

persantaian

"Jom bercuti. Kita sewa resort mana-mana, mesti best!" merupakan ayat yang pasti kerap kita gunakan jika kita ingin merujuk kepada rumah-rumah sewa yang kerap disediakan di tepi kawasan peranginan untuk bercuti. Perkataan 'resort' itu sendiri sebenarnya mengelirukan kerana boleh merujuk kepada rumah sewa peranginan ataupun usaha seseorang dalam sesuatu tindakan, contohnya 'my last resort.' Gunakan persantaian. Senang.

8. KATA PIKAT

kata pikat

"Ajar aku pick-up line yang sedap-sedap untuk pancing gadis." Perkataan pick-up line itu sendiri membawa maksud lokasi di mana sesuatu itu diambil atau lebih teruk lagi, sebagai satu bentuk maksud menghina kerana menyamakan wanita sebagai satu produk yang boleh dikutip-kutip sebegitu saja. Lelaki, amalkanlah penggunaan kata pikat. Bunyinya lembut, dengarnya pun enak dan golongan wanita pun tidaklah diletak dalam satu situasi objektifikasi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)