Tidak ada negara bangsa, tidak kira betapa kuatnya ekonomi mereka, tidak kira betapa bersatu padanya, dapat bertahan selama-selamanya.
Semua negara akhirnya akan lenyap dari muka Bumi. Sesetengahnya akan hilang dengan perlahan-perlahan manakala yang lain akan musnah dengan tiba-tiba.
Dan terdapat kemungkinan beberapa negara akan "pupus" dalam sepuluh tahun akan datang.
BESARKAN TEKS A- A+
Pelbagai faktor yang rumit menyumbang kepada berlakunya keruntuhan sesebuah negara dan jika ia tidak ditangani dengan pantas, maka bak kata orang Barat, "the end is near".
iluminasi.com kongsikan 8 buah negara yang mungkin akan lenyap dalam masa 10 tahun akan datang.
8. Lesotho
Lesotho adalah negara monarki mutlak terakhir di Afrika. Ia adalah sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh Afrika Selatan.
Raja mereka pada dasarnya adalah gila, sehingga Lesotho telah lama menjadi negara miskin.
Tetapi baru-baru ini ia menjadi semakin buruk sehinggakan rakyat Lesotho sedang mencari jalan keluar.
Satu kempen di negara ini memohon Afrika Selatan untuk menyerang Lesotho membuatkan ia tidak akan wujud sebagai negara merdeka.
Raja monarki akan digulingkan dan ia akan menjadi sebuah wilayah Afrika Selatan.
Sokongan untuk kempen berkembang pesat kerana jangka hayat di Lesotho telah jatuh ke 34 tahun.
Di kawasan bandar, kira-kira 50% wanita Lesotho dijangkiti HIV dan angka ini terus meningkat.
Dengan ini, kerajaan Afrika Selatan boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja.
7. Libya
Selama 24 tahun, Libya diperintah oleh Kolonel Gaddafi. Tetapi pada tahun 2011 dia terbunuh dalam kebangkitan negara Arab.
Sejak itu, Libya telah menjadi negara retak dengan kawasan yang berbeza yang dipegang oleh kumpulan pelampau yang berbeza.
Masalahnya bermula apabila kerajaan baru Libya gagal menghapuskan semua kumpulan yang lain yang semakin "lapar".
Jadi negara itu terjebak dalam perang saudara dengan pantas. Situasi adalah jauh lebih baik ketika Gaddafi memegang kuasa.
Malah, Barrack Obama telah memberitahu bahawa ketidaksediaan untuk menghadapi era pasca pasca-Gaddafi adalah kesilapan terbesarnya.
Dan secara jujurnya, Libya tidak lagi menjadi negara sebuah negara sebenar.
Ia telah dibahagikan kepada 3 negara yang berlainan, tetapi ia masih diiktiraf sebagai satu negara.
Hanya masa yang akan menentukan untuk PBB menyedari bahawa Libya tidak lagi wujud sejak 2014.
6. Great Britain
Bagi yang tak tahu, United Kingdom adalah gabungan empat buah negara iaitu England, Scotland, Wales, dan Ireland Utara.
Sekiranya mana-mana negara ini meninggalkan kesatuan itu, ia akan menjadi satu masalah besar. Tetapi jika Scotland atau England meninggalkan United Kingdom, maka kesatuan atau negara ini akan lenyap.
Pada tahun 2017, rakyat Scotland mengundi menentang negara mereka daripada keluar United Kingdom. Tetapi kerajaan Scotland mahukan kemerdekaan sepenuhnya.
Penduduk Scotland kini berpecah sekitar 50/50 mengenai masalah ini.
Oleh itu, ia tidak mustahil bagi Scotland untuk meninggalkan kesatuan ini satu hari nanti dan jika ia berlaku, United Kingdom tak akan dapat bertahan.
5. Korea Utara
Korea Utara adalah berbeza dari negara-negara lain dalam senarai ini atas alasan yang jelas.
Terlalu banyak sekatan dikenakan ke atas Korea Utara sehinggakan kerajaan mereka tidak mampu memberi makan kepada kebanyakan penduduknya.
Ia adalah antara negara yang paling miskin di dunia dan diburukkan lagi oleh program senjata nuklear mereka yang mahal.
Terdapat tiga perkara yang mungkin akan berlaku pada Korea Utara.
Yang pertama adalah kerajaan mereka runtuh dan masyarakat berpecah sehingga ia bersatu semula dengan Korea Selatan.
Yang kedua ialah mereka cuba menyerang Korea Selatan, dalam hal ini kita akan melihat hasil yang serupa.
Yang ketiga adalah bahawa Korea Utara benar-benar menjadi negeri naungan oleh China dan menjadi wilayah China.
Dalam ketiga-tiga kebarangkalian ini, yang terakhir adalah yang paling munasabah untuk berlaku.
4. Syria
Sama seperti Libya, Syria telah berada dalam keadaan perang saudara sejak kebangkitan dunia Arab.
Tetapi diktator Syria tidak digulingkan dan masih menguasai 40% daripada tanah negara ini dan 66% daripada penduduknya.
Yang lain dikawal oleh pemberontak Syria, orang Kurdi atau ISIS.
Ia adalah konflik yang paling dahsyat pada abad ke-21 yang pernah berlaku dan tidak kelihatan seperti akan berakhir dalam masa terdekat.
Syria mungkin tidak akan pernah bersatu semula kerana pembahagian etnik dalam negara ini.
Orang-orang Kurdi mahukan sebuah negara merdeka di Utara-Syria dan secara dasarnya, itulah yang dimiliki mereka ketika ini.
Apa yang kita kenal sekarang sebagai Syria pada mulanya dicipta sebagai tanah jajahan di empayar Perancis, bukan sebagai sebuah negara merdeka. Jadi itulah sebabnya pembahagian etnik begitu jelas kelihatan.
3. Kosovo
Pada tahun 2008, Kosovo menjadi negara merdeka. Sehingga ke saat itu, ia merupakan negeri naungan PBB kerana tidak dapat beroperasi sebagai sebuah negara.
Dan sebelum itu Kosovo adalah sebahagian daripada Serbia, tetapi telah berpisah dari Serbia dalam perang saudara yang kejam.
Hari ini Kosovo adalah negara yang sangat lemah, dengan ekonomi kecil yang masih dalam pemulihan dari perang dan dengan institusi mereka tidak dihormati.
Agak tidak masuk akal bagi Kosovo untuk wujud sebagai sebuah negara. 92% daripada penduduknya adalah etnik Albania dan mereka berkongsi sempadan dengan Albania.
Penyelesaian yang jelas adalah dengan Albania menyerap Kosovo dan agak mengejutkan kerana perkara ini masih belum berlaku.
Perdana menteri Albania secara terbuka menyatakan bahawa penyatuan kedua-dua negara tidak dapat dielakkan.
2. Kiribati
Disebabkan peningkatan paras laut, keseluruhan pulau ini berisiko untuk lenyap sepenuhnya. Maldives akan mula lenyap, diikuti dengan Micronesia.
Negara pulau Kiribati adalah rumah kepada seratus ribu orang penduduk. Tetapi pulau-pulau mereka ini mula hilang dan mereka perlu mencari rumah baru.
Jadi kerajaan mereka sedang merancang untuk memindahkan mereka ke Fiji. Fiji juga sebuah negara pulau, jadi mungkin ia bukan rancangan terbaik.
1. Kesatuan Eropah
Kesatuan Eropah pada asasnya adalah sebuah negara federalis yang sama dengan Amerika Syarikat.
Ia mempunyai bendera sendiri, sistem undang-undang sendiri untuk menguatkuasakan undang-undang sendiri, ia diwakili dalam G20 dan tidak lama lagi mempunyai tentera sendiri.
Dengan semua perkara ini, ia boleh dipanggil sebagai sebuah negara. Tetapi ia adalah sebuah negara yang sedang dalam kesulitan. Di seluruh benua ini kita melihat peningkatan gerakan Anti Kesatuan.
Pendapat umum keanggotaan Kesatuan jatuh di kebanyakan negara anggota dan Great Britain tidak lama lagi akan meninggalkan kesatuan itu.
Ini akan menjadi tamparan hebat bagi kesatuan ini, yang mungkin akan menjadi inspirasi kepada ahli-ahli lain untuk turut keluar. Dilihatkan agak sukar bagi Kesatuan Eropah untuk bertahan dalam 10 tahun akan datang.