Bagi seorang rakyat Malaysia, keluhan-keluhan berkenaan tingginya harga kereta di negara sudah menjadi satu lumrah kebiasaan.

Cakap-cakap berkenaan ketidakmampuan masyarakat kita untuk mendapatkan kereta yang berbaloi dibeli pada harga yang berpatutan yang didorong oleh kewujudan dua perusahaan autombobil nasional (yang bakal bertambah menjadi 3 dengarnya) - akan terus kedengaran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pembeli yang terbelit dengan harga tinggi, hutang 9 tahun serta kadar bayaran muka yang sukar diperolehi menjadi cerita biasa rakyat Malaysia. Bagaimana pula dengan rakyat negara luar?

Singapura - negara termahal bagi pemilik kereta?

syarat kelayakan beli kereta pinjaman bulanan gaji

Jika anda merasakan pembelian kenderaan di Malaysia sudah menyukarkan, di Singapura kesukarannya layak dikatakan berkali-kali ganda tahapnya disebabkan keperluan mengawal jumlah kenderaan atas jalanraya.

Untuk setiap pembelian sebuah kenderaan, semua pemilik kenderaan di Singapura perlu membayar kos pendaftaran, GST, duti eksais, cukai jalan dan juga cukai khas, sekiranya mereka membeli kenderaan diesel.

Situasi di Singapura menjadi lebih mahal apabila COE atau 'certificate of entitlement' diambil kira, yang melonjakkan harga kereta Singapura ke tahap tertinggi di dunia.

Tidak cukup dengan COE, mereka juga mempunyai yuran tambahan yang dikenali sebagai ARF atau 'additional registration fee' yang akan dikenakan ke atas kereta berharga SGD20,000 ke atas berdasarkan harga asalnya.

Selain itu Singapura juga mengenakan penalti tambahan kepada kenderaan yang mengeluarkan enapan karbon melebih 211g/km di antara SGD5,000 ke SGD20,000.

Kelayakan pinjaman ketat

kereta baru atau kereta lama

Kita belum bercakap berkenaan pinjaman bank lagi.

Untuk setiap kenderaan yang mempunyai harga asal bawah SGD20,000, kelayakan pinjaman maksima ditetapkan pada kadar 70% jumlah pinjaman sahaja sementara bagi kereta lebih tinggi, kelayakannya adalah 60%.

Ini bermakna rakyat Singapura perlu menyediakan sama ada 30% atau 40% deposit bayaran muka bagi setiap pembelian kenderaan baru.

Setiap rakyat Singapura juga hanya dibenarkan menggunakan keseluruhan 60% pendapatan mereka untuk bayaran bulanan pinjaman tak kiralah kereta, rumah dan lain-lain. Sekiranya nisbah pinjaman mereka telah melebihi 60%, kelayakan mereka untuk melakukan pinjaman juga menurun. (rujukan)

Apa pula kisahnya dengan Filipina?

penjual kereta terpakai jadi pilihan

Jika anda lakukan perbandingan di antara harga kereta di Filipina dengan harga di Malaysia, kedua-dua negara nampak seimbang dari segi kosnya.

Sebagai contoh, sebuah Honda City paling rendah spesifikasi dijual pada harga P820,000 atau sekitar RM70,000.

Bagaimanapun kini harga kereta di Filipina akan mengalami turun naik tahun ke tahun disebabkan oleh Akta TRAIN 2018 (pautan PDF) atau 'Tax Reform for Acceleration and Inclusion' yang diperkenalkan, dalam mengawal pelbagai duti yang dikenakan khasnya dalam harga pasaran kenderaan.

Tempoh pinjaman pendek bayaran muka tinggi

pasaran terpakai kereta filipina

Akta baru itu memperkenalkan cara kiraan lebih mudah serta menurunkan jumlah duti yang perlu dibayar, seterusnya merendahkan harga kereta.

Kenderaan yang berharga maksima P600,000 (RM51,250) hanya akan dikenakan duti pada kadar 4%. Maksima duti dikenakan adalah 50% bagi kenderaan berharga lebih P4,000,000 (RM342,000).

Walaupun begitu syarat pinjaman di Filipina lebih ketat berbanding kita.

Kadar minima bayaran muka ditetapkan adalah 20% untuk semua pinjaman sementara tempoh maksima pembayaran pula hanyalah selama 72 bulan atau 6 tahun.

Seseorang itu perlu mempunyai pendapatan tetap bulanan sebanyak P30,000 atau P40,000 bagi sesetengah bank (sekitar RM2560 ke RM3415) untuk melayakkan mereka melakukan pinjaman.

Warga Indonesia tidak ramai memiliki kereta?

syarat kelayakan pemilikan kereta

Kebergantungan Indonesia kepada industri automotif menjadikan negara itu merangka strategi pasaran kereta yang mesra pengguna. Bagaimanapun jangan pula anda menyangka membeli kenderaan lebih mudah di sana, berbanding kita.

Secara amnya harga kenderaan di Indonesia lebih murah berbanding di sini. Sebagai contoh, sebuah Toyota Avanza di Malaysia yang termurah berharga RM77,900 namun di sana harganya bermula pada kadar IDR200 juta atau sekitar RM56,000.

Walaupun begitu kadar pemilikan kereta di sana agak rendah (pautan PDF), hanya sekitar 499 kereta untuk setiap 1,000 penduduk berbanding kita yang mencecah 896 kereta untuk kadar serupa

Namun kadar pemilikan kenderaan di sana sudah meningkat tahun ke tahun, daripada 2.6 juta kenderaan pada 1997, kepada 6.8 juta tahun 2007 dan kini 15.4 juta dalam tahun 2017 - dibantu oleh dasar kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Presiden Jokowi yang mengutamakan dasar automotif dan infrastrukturnya.

Syarat kelayakan untuk memiliki kenderaan di Indonesia juga longgar - tetapi tidak selonggar kita! Mereka masih perlu membayar cukai eksais, cukai nilai tambahan, cukai pemilikan tahunan yang dikira 2% daripada nilai sebenar kereta setiap tahun serta insurans.

Pinjaman pendek, faedah tinggi, deposit melambung

kereta lama di indonesia

Mengapa kadar pemilikan kenderaan di sana rendah berbanding kita?

Ini kerana syarat minima bayaran muka di Indonesia memerlukan bakal pembeli meletakkan sekurang-kurangnya 25% sebagai bayaran muka. Tempoh pinjaman mereka juga lebih singkat iaitu maksima 7 tahun atau 84 bulan.

Yang memburukkan keadaan adalah kadar faedahnya yang agak tinggi bergantung kepada tempoh bayaran balik, daripada 3.98% untuk pinjaman 2 tahun kepada 6.5% untuk pinjaman 7 tahun.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, kerajaan Indonesia sedang dalam langkah melonggarkan syarat-syarat ini bagi memacu industri automotif mereka untuk lebih cergas. Kenderaan mesra alam tertentu akan diberikan pengecualian bayaran muka berbanding kadar asal 5 ke 10% sebelum ini, bermula 1 Oktober 2020.

Semua ini dilakukan bagi memenuhi visi Presiden Jokowi berkaitan ibu negara Indonesia baru di Kalimantan, yang diramal akan menjadi ibu negara pertama dunia mempunyai 100% kenderaan mesra alam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)