corrp1485536909471 aspr 1 503 w938 h624 e

Ianya selamat untuk dikatakan bahawa tiada negara di muka bumi ini yang terlepas daripada gejala najis rasuah dan korupsi. Daripada negara kelas ketiga sehinggalah kepada negara maju, semuanya terlibat dengan gejala ini. Bezanya adalah sama ada ianya besar atau kecil dan juga jelas atau tersembunyi sahaja.

rasuah 1

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka yang mengamalkan gejala ini sama ada sedar atau tidak, perbuatan mereka secara perlahan-lahan merosakkan masa depan negara serta rakyat lain. Namun, perkara itu tidak diendahkan kerana ianya memberikan ganjaran yang besar sama ada kepada si pemberi mahupun si penerima. Ganjaran yang sementara ini sebenarnya telah menghancurkan masa depan negara yang masih panjang.

korupsi

Rasuah biasanya disembunyikan dengan sengaja, jadi adalah mustahil untuk diukur secara jelas. Untuk mengukur tahap sesuatu rasuah, proksi digunakan oleh agensi-agensi seperti Transparency International. Agensi-agensi tidak mengambil kira sektor swasta walaupun mereka juga menyumbang kepada rasuah dalam negara secara keseluruhannya. Transparency International juga telah memberitahu bahawa negara yang mempunyai skor bersih dalam korupsi tidak terlepas daripada najis ini. Tiada negara yang bebas daripada korupsi.

raja dadah dan korupsi pablo escobar

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 5 negara yang berada pada kedudukan teratas dunia dalam masalah korupsi dan rasuah.

5. Sudan

sudan

Sudan merupakan pengeksport besar bagi emas, arang batu, Arabic gum dan juga minyak. Antara faktor rasuah terbesar adalah kerana kekurangan peraturan dalam kerajaan, kurangnya sifat bertanggungjawab, ketidakstabilan yang meluas dalam kancah politik dan juga kurangnya keberkesanan dalam undang-undang kerajaan.

Sudan merupakan salah satu negara yang paling korup di dunia dengan kedudukan ke-177 daripada 183. Banyak pelabur asing melabur dalam sektor pembinaan dan juga pengangkutan namun tidak dapat lari daripada gejala rasuah. Sebab yang munasabah adalah sikap tidak bertanggungjawab dan kawalan daripada rejim negara itu.

4. Libya

libya

Libya adalah sebuah negara yang mempunyai rizab minyak terbesar di Afrika dan salah satu yang terbesar di dunia. Ekonominya bergantung kepada minyak dan juga menyumbang 70% kepada keluaran negara kasar (GDP) dan 90% kepada hasil kerajaan. Pilih kasih dan rasuah menjadi perkara biasa sehinggakan syarikat-syarikat bergelut dengan persaingan yang tidak adil dengan perniagaan milik negara.

Semasa pemerintahan Gaddafi, terdapat rasuah yang sangat teruk dan menjadi semakin buruk selepas revolusi. Jabatan undang-undang selepas revolusi menjadi sebuah jabatan yang sangat lemah. Sehingga kini, penghasilan perlembagaan masih dalam proses dan undang-undang kekal sebagai sesuatu yang amat teruk.

3. Afghanistan 

afghanistan

Eksport Afghanistan adalah karpet, herba perubatan dan juga buah kering. Rakyat Afghanistan sendiri mengatakan korupsi merupakan masalah terbesar bagi negara mereka. Faktor utama disebalik korupsi yang meluas dan berleluasa adalah ketidakstabilan di kawasan tersebut. Rejim tersebut tidak cukup stabil untuk merangka struktur kerajaan yang baik sehinggakan Afghanistan terperangkap dalam satu demi satu perperangan untuk berdekat-dekad lamanya.

Antara salah satu skandal terbesar dalam negara itu adalah skandal bank Kabul melibatkan presiden Afghanistan dan gaya hidupnya yag terlalu mewah.

2. Guinea-Bissau

guinea bissau

Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama negara ini, namun kedudukan Guinea-Bissau dalam indeks rasuah semakin merosot semenjak 2012. Terdapat kebiasaan dalam melepaskan diri daripada dikenakan sebarang hukuman oleh mereka yang melakukan kesalahan, dan juga rakyat tidak mempunyai hak terhadap maklumat.

Menurut Heritage Foundation, korupsi merupakan ciri-ciri asas kepada kerajaan Guinea-Bissau. Faktor utama bagi rasuah yang berleluasa adalah disebabkan pengedaran dadah yang tidak terkawal hingga menjadi perkara biasa. Guinea-Bissau merupakan syurga bagi raja dadah dari Colombia. Kemiskinan yang sangat teruk memberikan manfaat besar kepada perniagaan dadah.

1. Venezuela 

venezuela

Menurut NGO di Venezuela, sepanjang 25 tahun yang lalu hampir $100 billion daripada hasil minyak telah disalahgunakan oleh mereka yang berkuasa. Ekonomi Venezuela bergantung kepada eksport minyak yang merupakan 96% daripada jumlah keseluruhan eksport negara.

75% daripada rakyat Venezuela percaya terdapat korupsi dan rasuah yang berleluasa di negara itu. Pengedaran dadah, dakwaan terhadap kerajaan yang menyokong pertubuhan pengganas, rasuah dan sikap kroni (nepotisma) adalah bentuk rasuah biasa di negara ini. 

Alhamdulillah, Malaysia tiada dalam ranking ini, dan syukurlah Malaysia masih aman.

Hindari rasuah, sayangilah negara anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)