Pemilihan pelakon untuk memainkan sesuatu watak dalam filem atau drama, sangat bergantung kepada wajah sebenar pelakon tersebut.

Wajah memainkan elemen yang sangat penting dalam menentukan identiti watak yang dimainkan serta memberikan kita gambaran awal, apakah sifat di sebalik watak tersebut.

Bagi sesetengah pelakon di Hollywood, malangnya wajah mereka distereotaipkan hanya layak untuk membawa watak yang menjengkelkan orang lain dan karier mereka pun hanya berlegar di kalangan watak tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah lima aktor Hollywood yang pada kami tidak bernasib baik; mempunyai wajah 'menjengkelkan' sehingga tidak dapat lari daripada ditawarkan watak-watak sama, sedemikian rupa.

1. Quentin Tarantino

quentin tarantino pegang watak aneh

Dalam dunia nyata, pengarah terkenal Quentin Tarantino dikatakan seorang yang sangat teliti, mesra tetapi aneh. Namun wajahnya itu mampu membuatkan sesiapa saja kurang selesa dan itulah yang berlaku kepada beliau dalam filem yang dibintanginya.

Mungkin dia sendiri menyedari perkara tersebut, kerana kebanyakan watak filem popular yang dibintanginya walaupun dalam filem arahan sendiri pun; dia membawa perwatakan aneh dan menakutkan, sesuai dengan wajahnya.

Saksikan sendiri watak Richard Gecko yang dipegang beliau dalam filem 'From Dusk Till Dawn', Mr. Brown dalam filem 'Reservoir Dogs' atau Jimmie Dimmick dalam 'Pulp Fiction.'

Semuanya mempunyai identiti yang sesuai dengan wajahnya - aneh, pelik dan kurang menyenangkan orang yang menonton lakonannya. Belum diambil kira penampilan gilanya dalam filem 'Little Nicky' bersama aktor Adam Sandler.

2. Jaden Smith

aktor karate kid jaden smith

Penampilan pertama beliau bersama ayahnya, pelakon terkenal Will Smith dalam filem 'The Pursuit of Happyness' membuatkan semua penonton cair.

Namun kerjaya Jaden Smith tampak mula mengalami perubahan ketara selepas itu, apabila pengaruh-pengaruh buruk mula membelenggu beliau sekaligus mengubah sekali penampilannya - lebih mirip kepada rupa remaja tipikal yang bermasalah.

Selepas berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi menghilangkan hak penjagaan ibu bapanya agar boleh dia menentukan hidup sendiri pada usia 15 tahun, Jaden terus hanyut.

Penampilan dirinya ketara mengalami perubahan seiring dengan hidupnya yang kini semakin tunggang langgang, terkenal dengan ciapan yang tidak masuk akal di Twitter, pendokong teori konspirasi dan kini mengakui dirinya seorang homoseksual secara terbuka.

3. Billy Zane

titanic bily zane watak dibenci

Jarang sekali wajah kacak mampu dikaitkan dengan watak-watak antagonis, tetapi itulah ringkasan karier Billy Zane selama ini yang sudah berlangsung selama 30 tahun.

Wajahnya yang kacak tetapi mempunyai aura kegelapan yang terselindung, membuatkan Zane lebih dikenali sebagai watak penjahat, seperti watak yang dipegangnya dalam filem Dead Calm bersama pelakon cantik Nicole Kidman.

Bagaimanapun karier Zane sebagai seorang penjahat dalam filem terpahat selepas membintangi filem 'Titanic', memegang watak Cal Hockley - memanfaatkan sepenuhnya wajah kacak tetapi kurang menyenangkan itu, membuatkan penonton rasa tidak tenteram setiap masa.

Dia menyerlah dalam filem tersebut, menjadi antagonis utama penghalang hubungan cinta Jack Dawson dan Rose Bukater. Fenomena Titanic membuktikan kepada dunia, ramai gadis akan memilih wajah comel Leonardo Di Caprio - berbanding wajah kacak dan 'macho' Billy Zane walaupun dia lebih kaya.

4. Steven Seagal

steven seagal wajah poyo tak ingat

Steven Seagal merupakan hero terkenal semasa era filem aksi Hollywood, sebaris dengan Sylvester Stallone, Arnold Scharzennegger dan Bruce Willis - namun kariernya menjunam selepas peminat filem menyedari dia hanya mampu berlakon dalam satu dimensi sahaja.

Untuk setiap filem popular beliau dimana Seagal memainkan watak hero, wajahnya yang selalu kelihatan sangat-sangat-sangat 'konfiden' mengundang rasa marah pada penonton disebabkan mimik mukanya.

Jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain satu genre dengan beliau, Steven Seagal-lah satu-satunya pelakon watak hero yang mempunyai wajah berpewatakan penjahat.

Malangnya sangkaan ini benar. Pendedahan berkenaan sikap buruk beliau selama ini mula kedengaran. Dia terlibat dalam beberapa kontroversi selepas penglibatannya dalam siri realiti televisyen, membawa kepada masalah dengan pihak berkuasa.

Lebih teruk, beberapa orang pelakon wanita terkenal mula mendedahkan dakwaan cabul yang dilakukan oleh Seagal, semasa mereka menjalani uji bakat.

Beberapa dakwaan berkaitan kes-kes rogol gadis bawah umur sejak tahun 90-an yang berlaku, juga baru saja didedahkan beberapa tahun kebelakangan ini oleh mangsanya.

5. Will Poulter

will poulter cemerlang dalam bandersnatch

Kami yakin Will Poulter dalam dunia nyata adalah seorang yang baik. Temuramahnya bersama media menunjukkan dia adalah seorang peramah dan lucu.

Bagaimanapun karier Poulter di Hollywood amat jelas hala tujunya, disebabkan oleh wajahnya yang jelas sangat sesuai untuk memainkan beberapa stereotaip watak sahaja - sama ada watak baik, teramat lurus bendul atau watak jahat yang mempunyai rancangan tersendiri.

Jika dia memegang watak baik pun, kebiasaannya watak yang dipegang beliau bermula sebagai seorang yang angkuh dan sombong - sebelum insaf dipenghujung cerita.

Nama beliau ketika ini belum benar-benar terkenal, tetapi Poulter aktor kelahiran England, sudah membuktikan kemampuan memecah masuk industri Hollywood selepas membintangi filem Chronicles of Narnia dan siri The Maze Runner.

Namun beliau dilihat masih gagal memecah stereotaip watak yang seringkali terlekat, akibat wajahnya yang berkemungkinan besar akan menjadi kekangan utama beliau untuk berkembang sebagai 'hero' di Hollywood.

Tonton saja filem 'Midsommar' dan anda akan faham kenapa Poulter berbakat, tetapi kita rasa nak saja tumbuk dia sepanjang kemunculan dia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)