Iklan adalah antara satu cara yang sangat efektif untuk menarik perhatian dan mempengaruhi pengguna agar membeli sesuatu produk.
Ia perlulah tidak terlalu panjang, menarik dan mempunyai kata-kata trademark supaya mudah diingati. Namun beberapa iklan cuba untuk menjadi lebih kreatif daripada yang lain, namun akhirnya mendapat hasil yang sebaliknya.
iluminasi.com kongsikan 8 iklan paling pelik dan menakutkan pernah dihasilkan.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Little Baby's Ice Cream
Adalah sangat mudah untuk menjual ais krim kerana semua orang sukakannya. Jadi, Little Baby's Ais Krim memutuskan untuk mencari kelainan dengan menghasilkan iklan yang memberikan orang mimpi ngeri.
Pendekatan ini mungkin memakan diri sendiri jika orang ramai tidak dapat melupakan perasaan menakutkan melalui iklan ini, membuatkan ais krim mereka tak laku!.
2. Baby Laugh A-Lot
Memiliki anak patung yang boleh ketawa adalah sesuatu yang menjengkelkan ibu bapa. Tetapi Baby Laugh A-Lot berjaya melepasi tahap menjengkelkan dengan ketawa sehingga membuatkan seseorang itu berasa seram.
Iklan ini dikeluarkan pada tahun 1970-an dan memperlihatkan bagaimana anak patung itu dimaksudkan untuk menjadi peneman kanak-kanak.
Cara dan bunyi anak patung ini ketawa mampu menakutkan seluruh generasi kanak-kanak dan menjadi mimpi ngeri. Cuba bayangkan anda terbangun di tengah malam dan terdengar tawa sebegini!
3. Kleenex Jepun
Ini komersil Kleenex dari Jepun ini mempunyai banyak elemen menyeramkan.
Antaranya adalah nyanyian yang comel tetapi berhantu, interaksi aneh antara wanita dan kanak-kanak, dan bayi syaitan itu sendiri, yang nampaknya tidak suka membuang hingusnya sendiri.
Tidak hairanlah orang menganggap komersial sebagai satu sumpahan.
4. Iklan tayar Jepun
Menurut iklan dari Jepun ini, alasan utama anda perlu menggunakan tayar berkualiti tinggi untuk kereta anda bukannya kerana keadaan jalan raya atau cuaca.
Ia supaya anda mampu mengatasi kelajuan makhluk halus yang cuba membunuh anda di jalan raya.
5. Iklan pertama Ronald McDonald
Jika difikirkan sejenak, Ronald McDonald adalah maskot yang agak menyeramkan dan mengganggu. Namun pada permulaan pengenalannya, ia lebih menakutkan.
Pada tahun 1960an, watak Ronald McDonald dimainkan oleh Willard Scott dengan menggunakan cawan kertas sebagai hidung dan tali pinggang magik yang menghasilkan burger dari mana-mana sahaja.
Willard mendakwa dirinya adalah pencipta Ronald McDonald. Dan walaupun versi Ronald McDonald selepasnya boleh diterima, namun permulaannya sungguh tidak menyenangkan.
6. Sugar Krinkles: Krinkles the Clown
Sebelum Ronald McDonald, badut dari akhir tahun 1950-an ini telah dicipta dengan tujuan untuk kelihatan comel dan mesra, tetapi ia dikatakan secara perlahan-lahan membantu semua orang di seluruh dunia berasa takut dengan badut.
Iklan untuk produk Sugar Rice Krinkles ini sangat menyeramkan dan mungkin mampu membuatkan anda tidak berselera untuk bersarapan.
7. Rejuvenique Electric Facial Mask
Dalam dunia infomersial, iklan ini boleh dikatakan yang paling menakutkan.
Satu mesej kepada semua yang membeli produk ini, iaitu tak dapat disangkal bahawa anda akan menakutkan semua orang yang tinggal bersama anda.
Topeng muka ini ditarik balik dari pasaran sejurus selepas iklan ini dikeluarkan pertama kali, dan penulis pasti anda dapat melihat mengapa.
11. Lynx: Chocolate man
Iklan ini dimaksudkan untuk menjadi lucu, tetapi ia jauh tersasar landasan.
Seorang lelaki menyemburkan semburan deodoran Lynx, yang membuatkannya berubah menjadi "lelaki coklat yang ceria".
Lelaki coklat tersebut kelihatan santai mematahkan hidungnya, membiarkan tangannya dicuri mencuri dan menawarkan kepada gadis-gadis untuk menggigitnya.
Semua ini dilakukan sambil melontarkan senyuman yang menakutkan.