Ketika ini Google merupakan antara syarikat yang paling berjaya. Kita tahu ia merupakan sebuah syarikat yang sangat bercita-cita tinggi. Dalam hanya 17 tahun ia berubah daripada sebuah program komputer yang tidak berfungsi kepada syarikat awam yang paling bernilai di dunia.

Ia dikembangkan kepada laman berkongsi video, rangkaian media sosial, sistem telefon bimbit, pengkomputeran cloud dan banyak lagi. Pendek kata, di mana sahaja yang boleh menjana wang, Google akan berminat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ciptaan google yang telah dipatenkan

Idea-idea baru yang dihasilkan Google sudah tentu perlu dipatentkan dan terdapat banyak produk ciptaan Google yang dipatenkan. Malah, Google pernah mempatenkan 10 idea dalam sehari.

Dan ada di antara idea-idea yang dipatenkan ini sangat pelik dan aneh, jadi kami ingin kongsikan 5 antara produk paten Google yang sangat pelik dan juga futuristik.

1. Aplikasi pembahagi bil makanan

aplikasi pembahagi bil bayaran paten milik google yang pelik tapi canggih 4

Pasti anda pernah mengalami situasi ini di mana anda keluar makan dengan rakan-rakan anda dan mengalami masalah untuk menetukan siapa yang perlu membayar bil. Jawapan mudah adalah dengan berkongsi bayaran, tapi kadang-kadang ada di antara anda tidak mempunyai wang tunai.

aplikasi pembahagi bil bayaran paten milik google yang pelik tapi canggih

Jangan risau, Google mempunyai penyelesaian. Antara salah satu paten yang dimiliki oleh Google adalah aplikasi yang bertujuan membahagikan bil bayaran. Aplikasi ini secara automatiknya membahagikan jumlah bayaran bil dan membahagikan kepada setiap orang.

Malah, ia juga menawarkan pembayaran secara terus dari aplikasi ini, namun tak semua tempat menggunakannya. Senang kan? Lepas ni rakan anda dah tak boleh nak buat alasan tak mahu bayar la kan?

2. Sarung telefon kalis air

sarung telefon kalis air paten milik google yang pelik tapi canggih

Google memiliki satu patent iaitu sarung telefon bimbit yang sangat spesifik sejak tahun 2004. Sarung telefon ini adalah 100% kalis air namun tak mengganggu isyarat telefon. Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara dan mikrofon serta sangat tahan lasak.

Namun, Google tidak pula menggunakan paten ini yang membuatkan ramai beranggapan mungkin Google sendiri menganggap ciptaan ini tidak begitu praktikal. Ataupun mungkin Google masih belum bersedia mengeluarkannya.

3. Tongkat berkamera

tongkat berkamera paten milik google yang pelik tapi canggih 4 825

Jika difikikrkan idea menghasilkan kayu berkamera ini sangat bagus bagi perniagaan kecil. Ia mungkin sangat berguna bagi sesetegah orang, tongkat yang boleh mengambil gambar dan video ketika anda berjalan-jalan. 

Jadi anda tak perlu lagi memegang kamera jika ingin merakam diri sendiri. Mungkin idea ini relevan untuk pelan mengembangkan Google Maps. Tongkat ini dipasangkan dengan kamera dan sensor lokasi.

tongkat berkamera paten milik google yang pelik tapi canggih 655

Terdapat satu suis di bahagian bawah tongkat ini yang membuatkan tongkat ini mengambil gambar setiap kali ia ditekan ke tanah. Agak bijak idea ini sebenarnya namun mungkin kekurangannya adalah ia mungkin bersaiz besar dan sukar untuk disimpan, seperti payung.

4. Implan mikrofon pada tekak

implan mikrofon pada tekak paten milik google yang pelik tapi canggih 4

Dengar bunyinya memang sangat hi-tech kan, sebuah mikrofon bersaiz kecil ditanam ke dalam tekak seseorang. Dengan ini, anda tak perlu lagi memegang telefon untuk bercakap, anda boleh terus bercakap.

Mikrofon ini akan disambungkan secara wireless ke telefon pintar anda, atau mungkin terdapat peranti lain.

implan mikrofon pada tekak paten milik google yang pelik tapi canggih

Ia boleh dianggap idea yang sangat futuristik dan hebat. Cara yang akan digunakan untuk menanam mikrofon ini sama dengan teknik menanam ink ke dalam kulit menjadi tatu.

Agak-agak anda dah bersedia atau tidak untuk melihat orang ramai bercakap sendirian tanpa menggunakan telefon? Mungkin akan nampak macam orang kurang siuman.

5. Peranti intra-oktik

kanta lekap tenaga suria paten milik google yang pelik tapi canggih 2

Anda ada masalah penglihatan dan tak mahu memakai cermin mata kerana tak kelihatan kacak atau cantik? Atau anda seorang suka bersukan dan cermin mata menjadi penghalang kepada minat anda? 

Jangan risau, masalah anda mungkin akan selesai, dengan idea yang dipatenkan oleh Google. Pada tahun 2014, Google memfailkan patent untuk peranti yang boleh membetulkan penglihatan anda tanpa perlu memakai cermin mata atau kanta lekap setiap hari.

Anda perlu menjalani pembedahan yang membolehkan doktor memasukkan peranti intra-oktik ke dalam kapsul lensa anda untuk ia berfungsi.

6. Kanta lekap tenaga suria

kanta lekap tenaga suria paten milik google yang pelik tapi canggih

Dan bercakap mengenai kanta lekap, Google juga mempunyai paten terhadap kanta lekap yang dikuasakan oleh tenaga suria.

Kanta lekap yang dipatenkan pada tahun 2012 ini mampu mengukur tahap glukosa dalam air mata menggunakan cip tanpa wayar dan sensor glukosa yang kecil. Ia juga boleh mengetahui suhu dalaman badan, kandungan alkohol dalam darah dan membaca maklumat pada kod bar. 

Tak cukup dengan itu, ia boleh mengetahui maklumat persekitaran pemakai dengan mengesan alergen seperti rumput atau debunga pokok, haiwan peliharaan berbulu dan habuk.

Sensor pengesan foto dan sel suria pada kanta lekap ini akan menyerap cahaya memberikan tenaga kepada peranti ini untuk berfungsi. Pengesan foto juga boleh menerima maklumat membuatkan peranti ini berkebolehan berkomunikasi dengan komputer dan telefon pintar.

7. Jam ujian darah

kanta lekap tenaga suria paten milik google yang pelik tapi canggih 3

Seperti kanta lekap tenaga suria, jam tangan pintar ini mampu memberikan teknik untuk memantau tahap glukosa bagi pesakit diabetis. Mekanisma dalam jam tangan pintar ini sangat mengagumkan. Jika ia berhasil dicipta, jam ini mampu melakukan ujian darah tanpa menggunakan jarum.

Apabilaa hendak mengambil darah, jam ini akan menghantar lonjakan gas ke ruang yang mempunyai partikel mikro yang kemudiannya menusuk ke dalam kulit, menyedut darah dan menyalurkan ke dalam jam bagi ujian dijalankan.

Dengan ini, anda boleh melakukan ujian darah di mana sahaja anda berada.

8. Pelekat bahagian hadapan kereta

pelekat kereta bahagian hadapan paten milik google yang pelik tapi canggih 4

Ketika google menghasilkan kereta tanpa pemandu, mereka memikirkan kemungkinan ia membahayakan orang lain kerana tidak mempunyai pemandu. Dengan ini, mereka menghasilkan satu idea yang mampu mengurangkan masalah ketika berlakunya kemalangan.

Mereka mahu membuatkan perlanggaran menjadi lebih selamat, dalam kata lain kurang membahayakan jika melanggar manusia. Paten ini difailkan pada tahun 2014 yang mengetengahkan idea memasang lapisan pelekat di bahagian hadapan kereta tanpa pemandu.

pelekat kereta bahagian hadapan paten milik google yang pelik tapi canggih

Pelekat tersebut pula akan ditutup oleh sesuatu yang tidak melekat. Dan apabila anda terlanggar seseorang, lapisan luar tidak melekat itu akan secara automatiknya dikeluarkan membuatkan lapisan pelekat terdedah. Dengan ini, orang yang dilanggar akan melekat di hadapan kereta anda.

Dahsyatkan? Kalau langgar gajah pula macam mana, agak-agak melekat tak?

9. Sensor kesihatan jantung

sensor jantung paten milik google yang pelik tapi canggih

Pada tahun 2015, satu paten yang sangat pelik telah difailkan oleh Google di mana beberapa sensor dipasangkan di beberapa bahagian dalam bilik air termasuklah pada cermin, pelapik kaki, dan juga tempat duduk tandas.

Sensor-sensor ini bertujuan mengukur tahap kesihatan jantung anda. Sebagai contoh, sensor pada pelapik kaki mampu merekodkan degupan jangtung dengan mengukur tindakbalas elektrikal pada badan anda.

Rujukan :

1. Business Insider 

2. United States Patent and Trademark Office [1] [2] [3] [4] [5]

3. Esk

4. How Stuff Works




Hakcipta iluminasi.com (2017)