destinasi pelancongan menyeramkan

Anda suka ditakutkan? Suka berada dalam suasana seram? Bagi kita di Malaysia yang gemarkan cabaran menyeramkan, aktiviti biasa yang dapat kita buat sama ada melawat rumah hantu yang dijalankan di taman ria ataupun bagi mereka yang lebih berani, boleh cuba melawat kawasan-kawasan yang dikatakan 'keras' seperti Highland Tower untuk merasai pengalaman seram-seram sejuk.

Bagi beberapa buah negara luar, mereka sendiri secara rasmi mempunyai tarikan yang membawa makna tersendiri dan yang lebih penting, mampu menakutkan pengunjung-pengunjung yang hadir. Anda mahu pengalaman ngeri? Berikut adalah lima lokasi pelancongan yang menyeramkan, terletak di serata dunia.

Sekiranya anda pernah ke lima tempat ini, kongsikan pengalaman anda bersama kami.

1. Kampung Nagoro, Jepun

kampung nagoro jepun

Kampung Nagoro di Jepun merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Shikoku, Jepun. Pada luarannya kampung ini kelihatan seperti sebuah kampung biasa, namun apabila anda melihat lebih dekat, anda pasti akan dapat melihat keganjilan kampung ini.

Berikutan jumlah penduduk kampung yang semakin mengecil dianggarkan kurang daripada 35 orang, Tsukimi Ayano, seorang wanita 60-an yang mendiami kampung tersebut bertindak menggantikan mana-mana penduduk yang telah berhijrah keluar atau meninggal dunia - dengan patung yang direka sendiri, disusun seolah-olah mereka masih hidup menjalankan aktiviti harian.

patung dalam kampung jepun

Sekiranya anda dapat ke sana, Tsukimi menawarkan perkhidmatan membawa anda melawat tempat menarik di sana, dengan salah satu tarikan adalah sekolah tidak berfungsi yang kelasnya diisi dengan patung-patung pelajar. (rujukan)

2. Hospital Beelitz-Heilstätten, Jerman

hospital lama jerman

Jujurnya, kami sendiri tidak pasti bagaimana hendak menyebut nama hospital ini. Hospital ini digunakan pada tahun 1898 sehingga tahun 1930 sebagai pusat rawatan penyakit tuberkulosis, di mana pesakit-pesakit diasingkan.

Selepas itu, hospital ini menempatkan tentera yang menjadi mangsa gas beracun semasa perang dunia pertama. Adolf Hitler juga pernah mendapatkan rawatan di sana selepas cedera di muka dan kaki, dalam peperangan Somme.

destinasi pelancongan menyeramkan 7f699

Ketika ini, beberapa unit kecil hospital ini masih lagi digunakan sebagai lokasi kajian penyakit saraf, bagaimanapun kebanyakan bangunan lama hospital ini sudahpun ditinggalkan begitu saja tanpa dijaga. Sesiapa pun boleh keluar masuk menjadikan keadaannya semakin teruk sebelum usaha pemulihan dimulakan pada tahun 2015, menjadikan hospital ini yang terkenal dengan imej menyeramkan, bertukar menjadi pusat tarikan pelancong. (rujukan)

3. Penjara Amna Suraka, Iraq

muzium amna suraka

Turut sama digelarkan sebagai 'Penjara Merah,' Penjara Amna Suraka adalah salah satu legasi tinggalan pemerintahan Saddam Hussein yang masih dipelihara sehingga kini diubah menjadi Muzium Negara Jenayah Perang Iraq. Bangunan ini dahulu adalah pusat aktiviti badan penyiasatan tentera, sebelum pemberontak Peshmerga berjaya menguasainya pada awal 90-an.

Penjara ini semasa zamannya, pernah menempatkan tahanan-tahanan perang yang terdiri daripada penunjuk perasaan, golongan pelajar serta pemberontak Kurdish. Ketika ini, sebahagian besar peralatan perang yang digunakan tentera Iraq seperti kereta kebal dan meriam, masih lagi menghiasi perkarangan muzium ini. Dindingnya pula berlubang-lubang akibat kesan tembakan semasa pertempuran.

w1siziisinvwbg9hzhmvcgxhy2vfaw1hz2vzl2vlzmi2zjhhyjnlzdfln2q3of9buybub3j0dxjlideuanbnil0swyjwiiwidgh1bwiilcj4mzkwpijdlfsiccisimnvbnzlcnqilcitcxvhbgl0esa4msatyxv0by1vcmllbnqixv0

Terdapat tiga jenis pameran di sini di tiga blok berbeza. Yang pertama diubah untuk mempamerkan kebudayaan Kurdish, sebuah lagi blok bekas penjara yang rosak akibat dibedil bom dan satu lagi bangunan digunakan untuk mereka semula jenis-jenis seksaan yang pernah dijalankan dahulu, semasa pemerintahan Saddam Hussein ke atas mereka yang tidak bernasib baik. (rujukan)

4. Perkuburan Capuchin, Itali

capuchin catacombs palermo

Nama rasminya adalah Catacombe dei Cappucini, dibuka pada abad ke 16 selepas kawasan perkuburan di kawasan gereja Capuchinm yang terletak di Palermo mulai padat. Kawasan perkuburan itu dikatakan mahu dikhaskan untuk ahli-ahli gereja namun kaedah unik mengawet mayat yang dilakukan di situ, menarik minat orang ramai untuk turut sama 'dikebumikan' di sana.

Golongan bangsawan mula menawarkan ganjaran yang tinggi untuk dikebumikan, sehinggakan kejayaan ditempatkan di situ dianggap sebagai simbol darjat seseorang. Apa yang membezakan perkuburan ini dengan perkuburan lain adalah kesemua mayat akan diawet dan dipakaikan pakaian yang cantik sebagai pameran, dengan mayat-mayat ditegakkan seolah-olah berdiri.

capuchin makam mumia

Mayat terakhir dibawa masuk pada tahun 1920-an, dengan jumlah keseluruhan mayat yang ditempatkan di sini berjumlah lebih 8,000 mayat secara berdiri dan 1252 lagi dipamerkan dalam kaedah berbungkus seperti mumia. (rujukan)

5. Taman patung Veijo Rönkkönen, Finland

taman patung di finland

Veijo Rönkkönen merupakan seorang artis yang bekerja di sebuah kilang kertas selama 41 tahun, sambil menjaga ladangnya yang terletak di kawasan pedalaman Parikalla, Finland. Veijo lahir pada tahun 1944 dan meninggal dunia pada tahun 2010, mempunyai satu hobi yang pelik.

Lebih gemar menghabiskan masa sendirian, Veijo meluangkan masanya dengan membina patung-patung yang memaparkan pelbagai jenis situasi. Patung pertamanya disiapkan pada tahun 1961 dan jumlah keseluruhan patung yang ada, hampir 450 buah semuanya. Semasa hidupnya, walaupun patung yang dibuat mula menjadi tarikan orang ramai, Veijo membiarkan saja pelawat datang tanpa langsung bertegur sapa.

patung menghiasi taman finland

Bagi mereka yang pernah berkunjung di sana, bahagian yang paling menyeramkan adalah gabungan lebih 200 patung yang dibuat berada dalam posisi yoga. Seramai 25,000 orang pengunjung datang ke sini setiap tahun melihat sendiri hasil tangan Veijo yang terkenal. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mudah terkejut kerana ada beberapa patung memang sengaja diletakkan di tempat-tempat tersembunyi bagi menakutkan pengunjung.

Selain itu, beberapa patung yang ada di situ, giginya diperbuat daripada gigi manusia sebenar yang tidak diketahui siapa pemilik asalnya. (rujukan)


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)