Minuman berkarbonat seperti Coca-Cola, Pepsi, Sprite, dan sebagainya amat popular di seluruh dunia. Pergi sahaja ke mana-mana negara pasti anda akan menjumpai air minuman berperisa karbonat. Namun, ianye juga merupakan antara minuman yang mempunyai gula tertinggi iaitu sebanyak 44 gram bagi setiap tin.

Jumlah gula setinggi ini sering dikaitkan dengan masalah obesiti. Malah, jenis gula yang digunakan dalam air minum berkarbonat adalah High Fructose Corn Syrup (HFCS), yang tidak boleh dijadikan sebagai sumber tenaga oleh badan. Jadi ia ditukarkan menjadi lemak semata-mata.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengapa HFCS digunakan? Kerana kosnya yang sangat rendah. iluminasi.com ingin kongsikan kepada anda apa yang berlaku kepada badan anda dalam masa satu jam selepas meminum satu tin minuman berkarbonat.

10 minit pertama

gadis cantik minum air coke coca cola 400

Dalam 10 minit pertama : 10 sudu teh gula akan masuk ke dalam sistem badan anda, yang mana jumlah ini adalah 100% pengambilan harian yang disyorkan. Anda tidak segera muntah dari rasa manis yang teramat kerana asid fosforik dan perasa lain mengurangkan rasanya.

20 minit

Gula dalam darah anda mencanak naik menyebabkan pemecahan insulin. Hati anda akan memberikan respon terhadap hasil ini dengan menukarkan gula kepada lemak.

Bagi haiwan, atau tikus makmal, fruktos sampai ke hati dalam kuantiti yang mencukupi dengan kelajuan yang mencukupi, dan hati akan menukarkannya kepada lemak. Ini mengasilkan situasi yang dipanggil rintangan insulin, iaitu masalah asas obesiti dan penyebab kepada penyakit jantung dan diabetes tahap 2. Ia juga boleh menjadi penyebab kepada banyak barah.

ini apa yang berlaku kepada badan anda selepas sejam minum coke 3

40 Minit

Penyerapan kafein sudah selesai. Anak mata anda menjadi luas, tekanan darah anda meningkat sebagai respon kepada hati anda yang merembeskan lebih banyak gula ke dalam saluran darah. Reseptor adenosin dalam otak anda disekat untuk mengelakkan rasa mengantuk.

45 Minit

Penghasilan dopamin ditingkatkan oleh badan anda merangsang rasa seronok dalam otak anda. Cara ini adalah cara yang sama heroin berfungsi.

Selepas 60 minit

Asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zin dalam usus yang meningkatkan metabolisma anda. ini diburukkan lagi dengan dos gula yang tinggi dan pemanis buatan juga meningkatkan perkumuhan kalsium.

ini apa yang berlaku kepada badan anda selepas sejam minum coke 4

Ciri-ciri diuretik kafein mula memainkan peranan yang membuatkan anda kencing. Ia akan memastikan anda membuang kalsium, magnesium dan zink yang sedang menuju ke tulang anda.

Apabila rasa seronok dan "rush" dalam badan anda berkurangan, anda akan mula mengalami apa yang dipanggil "sugar crash". Anda mungkin akan mula rasa marah atau lembab. Anda juga mungkin akan kencing segala air yang terdapat dalam air berkarbonat itu tadi.

Air kencing yang dibuang ini juga akan membawa nutrien yang penting untuk tubuh anda, yang boleh digunakan untuk perkara lain seperti menghidrasi tubuh anda atau menguatkan tulang dan gigi.

awek gadis coca cola coke

Tanda-tanda dehidrasi

Air Berkarbonat bukan sahaja tinggal kandungan fruktos malah mengandungi tinggi garam halus dan kafein. Pengambilan bahan-bahan ini dengan kerap dalam kadar yang tinggi akan meningkatkan tekanan darah, penyakit jantung, diabetis dan obesiti.

Kajian oleh Universiti Harvard menunjukkan bahawa minum satu tin minuman gula bergas meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 20%.




Hakcipta iluminasi.com (2017)