Tuhan menciptakan setiap makhluk di dunia ini dengan pelbagai keunikan masing-masing. Manusia diberikan akal fikiran agar kita boleh berfikir baik buruk sesuatu perkara. Akal fikiran ini jugalah elemen utama yang membezakan kita dengan haiwan.
Sekiranya kita benar-benar menghayati dan mengkaji haiwan, tumbuh-tmbuhan dan hidupan lain di sekeliling kita, sebenarnya banyak perkara yang dapat kita pelajari. Malah, dalam bidang sains juga para saiintis telah membuat banyak penemuan menarik yang diiinspirasikan daripada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
BESARKAN TEKS A- A+
Pernahkah anda dengar mengenai Shinkansen, kereta api terlaju di Jepun? Bagi yang tidak tahu, teknologi pembuatan di sebaliknya diiinsprasikan daripada burung hantu, penguin dan burung raja udang. Perkara ini pernah kami tulis dahulu dalam artikel Inilah Kereta Api Laju Shinkansen Yang Terinspirasi Daripada Haiwan Dan Alam Sekitar.
Selain itu, sebenarnya banyak lagi teknologi yang sudah terhasil diinspirasikan daripada haiwan. Kali ini, pihak ingin berkongsi 7 daripadanya.
1. Jarum - Nyamuk
Jarum suntikan sememangnya satu yang menyakitkan, tidak kira bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa. Sama anda untuk mengambil darah atau memasukkan cecair (ubat, vaksin dll) ke dalam tubuh badan, jarum suntikan sememangnya mengerikan.
Cuba fikir, apabila seekor nyamuk "menggigit" anda, pernahkah anda merasa sakit? Anda hanya merasa gatal apabila nyamuk tersebut sedang menyedut darah anda bukan? Para saintis menggunakan keupayaan menggigit nyamuk ini untuk membuat jarum kurang menyakitkan bagi manusia.
Para penyelidik dan jurutera di Universiti Kansai di Jepun mengambil inspirasi dari jarum nyamuk (disebut proboscis) untuk merekebantuk jarum khas. Jarum yan dicipta juga sedikit bergetar pada sekitar 15 Hz, meniru gigitan sebenar yang memudahkan kemasukan jarum ke dalam kulit dan mengurangkan rasa sakit. Ujian telah membuktikan bahawa jarum ini berfungsi dengan sempurna.
2. Pelekat - Mussels
Haiwan berkulit keras bawah laut ini telah memberi inspirasi kepada saintis untuk membuat salah satu pelekat terkuat di pasaran. Para penyelidik telah berjaya mengkaji bagaimana haiwan ini mampu melekat kuat pada permukaan basah dan telah mereplikasinya menjadi pelekat untuk penggunaan komersial.
Para penyelidik ini kemudiannya mencipta model polimer biomimetik yang mengandungi protein dengan asid amino DOPA, yang memberikan lekatan gam. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal ACS Applied Materials and Interfaces, saintis mendapati bahawa gam ini menunjukkan 10 kali lebih baik daripada pelekat komersial lain ketika digunakan untuk mengikat aluminium yang digilap.
3. Kotak hitam pesawat - Burung belatuk
Pernahkah anda terfikir bagaimana burung belatuk dapat menghancurkan batang pokok sepanjang hari dan tidak menghadapi masalah pada kepalanya? Ini kerana tengkorak mereka mempunyai penyerap hentakan semulajadi dan para saintis mengambil inspirasi daripada reka bentuk semuljadi haiwan in untuk mereka bentuk kotak hitam pesawat.
Seperti yang anda tahu, "kotak hitam" merupakan peralatan wajib yang mesti ada pada mana-mana pesawat. Ianya merakamkan segala data penting yang boleh digunakan oleh pasukan penyiasat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini pada pesawat tersebut.
Para penyelidik dari University of California, Berkeley, menggunakan video dan CT scan burung belatuk dan mendapati bahawa tengkorak haiwan ini mempunyai empat struktur yang menyerap kejutan mekanikal dan paruhnya juga mempunyai bahagian yang dipenuhi dengan cairan seperti span dan serebrospinal yang berfungsi untuk menghalang getaran dan gegaran otak. Para saintis menggunakan idea untuk membuat perakam penerbangan atau kotak hitam yang benar-benar tahan lasak. .
4. Helikopter - Burung Madu
Burung Madu memiliki kemampuan untuk terbang ke belakang dan melayang di tempatnya yang menjadikannya serupa dengan helikopter. Penyelidik dari Universiti Stanford dan Universiti Wageningen menerbitkan satu kajian setelah mengesan daya kilas dari sayap 12 spesies burung Madu.
Kumpulan penyelidik ini mendapati bahawa nisbah panjang sayap burung dengan lebarnya menentukan kemampuan mereka untuk mempertahankan daya melayang.
Khususnya, burung Madu dengan nisbah aspek yang lebih besar (3.5 hingga 4.0 untuk burung Madu) menggunakan daya tenaga yang lebih sedikit. Para jurutera berharap dapat menggunakan maklumat ini dalam reka bentuk helikopter.
5. Agen antibeku di bank darah - Ikan Kod
Para saintis mendapati bahawa ikan Kod Artik telah mengembangkan mekanisme evolusi agar mereka tidak membeku di perairan ais yang mereka tinggal.
Ikan Kod tidak membeku kerana mereka mempunyai protein antibeku (secara harfiah disebut glikoprotein antibeku) yang beredar di dalam darah mereka untuk memastikannya berada dalam bentuk cecair dan bukan ais.
Penenemuan ini memberikan inspirasi kepada para penyelidik di Universiti Warwickkk untuk membuat polimer baru untuk mengekalkan darah dalam bentuk cecair yang dikenali sebagai alkohol polivinil yang bertindak seperti antibeku dan mencegah pembekuan darah yang dapat membunuh sel.
6. Kanta lekap dan lensa kamera -Gecko
Haiwa ini mungkin menjadi kunci untuk meningkatkan alat bantu penglihatan bagi manusia. Gecko adalah salah satu daripada segelingtir haiwan yang dapat melihat warna pada waktu malam, dan penglihatan mereka juga 350 kali lebih sensitif daripada manusia.
Penyelidik dari Universiti Lund mendapati bahawa haiwan ini hanya mempunyai kepadatan kon yang lebih tinggi di retina mereka, yang bermaksud mereka dapat mengesan gelombang cahaya yang lebih spesifik.
Penyelidik berharap penemuan ini dapat meningkatkan kemampuan dan kualiti lensa kamera dan juga penciptaan lensa sentuh multifokal pada masa akan datang.
7. Baju "wet suit" - Memerang
Para saintis di MIT telah meniru bulu memerang dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Physical Review Fluids. Mereka mencipta kain khas yang menyerupai bulu yang menggunakan mekanisme yang sama dengan memerang untuk mengekalkan kehangatan badan.
Bagi yang tidak tahu, wetsuit berlainan daripada pakaian renang biasa. Wetsuit dipakai untuk mengekalkan kehangatan badan, seterusnya mengelakkan badan menjadi terlalu sejuk. Pakaian ini biasanya dipakai oleh individu yang terlibat dengan sukan kayak, pennyelam, peluncr air dan lain-lain sukan air.
Memerang "menyimpan" udara di antara rambut pada bulunya ketika berada di dalam air. Daripada udara inilah ia mendapat haba untuk mengekalkan kehangatan melalui bulu mereka yang lebat..
Kredit: