Dengan pasaran haiwan peliharaan yang semakin meningkat di China dan pemiliknya yang bersedia untuk berbelanja besar, pasaran untuk pengklon haiwan peliharaan dilihatkan bakal melonjak.
Pengklonan haiwan kesayangan adalah diharamkan di banyak negara tetapi diluluskan di negara-negara termasuk Korea Selatan dan Amerika Syarikat, di mana penyanyi Barbra Streisand mengumumkan pada tahun lalu bahawa dia telah menglonkan anjingnya.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan kes pertama seperti ini berlaku di China. Selepas kucing Huang Yu mati, dia memasukkannya ke dalam peti sejuk dan berharap agar para saintis dapat "menghidupkan" semula haiwan kesayangannya itu.
Dan 7 bulan kemudian, hasrat dan impian Huang tercapai setelah membelanjakan wang sekitar RM146,000.
Garlic asal dengan Garlic klon
(Garlic 2.0)
Dia berhubung dengan sebuah makmal yang berpangkalan di Beijing iaitu Sinogene, yang telah berada dalam industri pengklonan haiwan peliharaan sejak tahun 2005 dan meminta mereka untuk mengklon kucingnya, Garlic.
Dengan kepakaran yang ada, Sinogene berjaya melakukannya dan menjadikan Garlic 2.0 sebagai kucing klon China yang pertama.
Di China, tiada undang-undang terhadap kekejaman haiwan.
Untuk mengklon Garlic, saintis mengambil sel kulit dari haiwan tersebut dan menanamkannya ke dalam telur yang diperolehi dari kucing lain dan menghasilkan 40 embrio klon.
Embrio tersebut kemudiannya ditanamkan ke dalam 4 ekor ibu tumpang yang mana berjaya membawa kepada 3 kehamilan.
(Saintis di makmal Sinogene melakukan proses pengklonan kucing)
2 daripada ibu kucing tersebut mengalami keguguran dan yang terakhirnya berjaya melahirkan Garlic 2.0.
Walaupun mereka yang sangat cintakan haiwan peliharaan dan mempunyai kekayaan yang dahsyat telah lama mengklon kucing di Amerika Syarikat, namun ini adalah yang pertama di China.
Proses ini menunjukkan bahawa China sedang menjadi kuasa besar pengklonan dan Sinogene kelihatan bertekad untuk meneruskannya.
Makmal tersebut dilaporkan sedang dalam usaha mengklon seekor kuda dan kemudiannya mungkin akan mengklon haiwan terancam termasuklah panda dan harimau China Selatan.
Huang sangat gembira ketika melihat Garlic 2.0 dan berkata bahawa persamaan antara kedua-dua kucing itu adalah lebih daripada 90%.
Personaliti haiwan itu juga dikatakan serupa dengan Garlic yang lama.
Dan walaupun Sinogene menganggap pengklonan itu berjaya, namun Huang masih sedikit tidak berpuas hati.
Garlic 2.0 dikatakan mempunyai warna yang sedikit berbeza dengan Garlic yang lama meskipun laporan menunjukkan bahawa DNA haiwan itu berpadanan.
Ia dikatakan kelihatan seperti anak atau sepupu kepada Garlic, berbanding kucing klon.
Rujukan:
1. Fast Company
2. Sun Daily
3. Geek