Zaman sekarang, untuk menghasilkan api amatlah mudah. Kita boleh mendapatkan sekotak mancis atau membeli pemetik api yang menggunakan cecair gas bagi memulakan api.

gobek api lighter pemetik api melayu zaman kuno

Mancis misalnya merupakan teknologi diambil daripada idea masyarakat China yang telah berusia lebih 1500 tahun lamanya, menggunakan kaedah yang serupa sejak dulu sehingga sekarang. Perubahan bahan buatan mancis yang kita gunakan sekarang jauh lebih selamatlah berbanding versi awal mancis. Pemetik api pula merupakan sebuah ciptaan yang dibangunkan ahli kimia Jerman bernama Johann Dobereiner pada awal abad ke 19.

Bagi masyarakat Nusantara zaman dahulu, teknologi penghasilan api merupakan satu keperluan yang penting kerana kegunaannya yang banyak untuk memasak dan sudah pastilah menyalakan rokok daun. Oleh sebab itulah masyarakat Melayu zaman dahulu menghasilkan sejenis alat yang digelarkan 'gobek api' bagi memudahkan proses penghasilan api, dengan cara yang selamat.

Teknologi lama warisan turun temurun yang dilupakan

gobek api alam melayu dulu dulu

Gobek api merupakan teknologi orang Melayu yang ketika ini semakin dilupakan serta jarang sekali disebut-sebutkan. Ada pendapat mengatakan peralatan ini sebenarnya telah wujud sebelum penciptaan mancis lagi, tetapi setakat ini belum ada kajian yang membuktikannya.

Gobek api dalam bahasa Inggeris digelarkan sebagai 'fire piston' atau 'fire syringe', berikutan bentuknya yang menyerupai jarum suntikan serta sistem omboh atau piston yang menjadi punca utama bagaimana haba dihasilkan di dalamnya.

gobek api pemetik api zaman hang tuah

Berikutan kelemahan sistem masyarakat Melayu zaman dulu dalam melindungi teknologi serta hakcipta mereka, ini menyebabkan paten-paten yang ada pada sebuah gobek api dikuasai oleh masyarakat barat khasnya orang England dan Perancis.

Perkara ini tetap juga berlaku walaupun sudah banyak catatan yang dilakukan oleh penjelajah barat ke kepulauan nusantara, menemui penggunaan alat gobek api oleh masyarakat setempat di kawasan Nusantara dalam jumlah yang ramai. Orang putih pun gila claim tau. 

Catatan penggunaan gobek api

gobek api ciptaan melayu pemetik api lighter

Salah satu catatan direkodkan menyebut berkenaan kelompok masyarakat Melayu yang tinggal di tepi Sungai Teluban di kawasan bernama Ayer Katiah. Sekiranya diselidiki, kawasan tersebut kini berada dalam wilayah Patani, Thailand. Seorang jurutera perlombongan Inggeris bernama Henry Louis hadir ke kawasan tersebut sekitar tahun 1890-an dan mendapati penduduk kampung itu gemar merokok beramai-ramai.

Bagi menyalakan rokok mereka, salah seorang daripada penduduk Ayer Katiah menggunakan sejenis alat yang belum pernah dilihat Louis sebelum itu, berupa sebatang kayu sepanjang 2 ke 3 inci yang dihias dengan ikatan rotan. Lelaki itu meletakkan serpihan daun kering yang tidak diketahui apa bahannya, sebelum batang kayu itu dipamkan sehingga menghasilkan haba membakar serpihan daun yang dimasukkan ke dalam lubang. 

cara nyalakan gobek api melayu

Merasa aneh dengan peralatan itu, Louis meminta lelaki itu menghadiahkan kepadanya gobek api tersebut. Gobek api itu akhirnya diserahkan oleh Louis kepada Muzium Geologi, London untuk dikaji dan disimpan di situ. 

Bahan buatan gobek api

gobek api melayu fire piston

Dengan menggunakan prinsip omboh atau 'piston' menggunakan udara termampat, udara yang dipamkan berulang kali akan mencapai suhu yang agak tinggi. Masyarakat Melayu zaman dahulu menggunakan pucuk keduduk yang telah dikeringkan, yang diletakkan di dalam omboh sebagai bahan bakar apabila suhu telah meningkat.

Setiap gobek api terbahagi kepada dua bahagian, batang berlohong yang akan menjadi ruang pembakaran dan batang pam yang mempunyai pemegang, bagi memudahkan pengguna memampatkan udara.

gobek api melayu 9ih41

Kebanyakan gobek api diperbuat daripada kayu yang diukir halus atau tanduk kerbau yang lebih tahan lama. Setiap satu mempunyai bentuk yang berbeza-beza, bergantung kepada seni pertukangan pembuatnya dengan elemen rekaan yang digunakan juga tidak sama di antara satu gobek dengan gobek lain.

Gobek api yang diperbuat daripada kayu kebiasaannya mempunyai warna kayu yang lebih cerah, sementara gobek yang diperbuat daripada tanduk akan mengekalkan warna asal tanduk tersebut yang gelap.

gobek api cara orang melayu nyalakan api zaman dulu 9ih42

Peralatan ini biasanya hanya dimiliki golongan yang berkemampuan sahaja, bagi memudahkan mereka menghisap rokok yang dikenali dengan nama curut atau 'cheroot' dalam bahasa Inggeris.

Ada juga pendapat mengatakan gobek api merupakan alat yang dijadikan asas dalam penciptaan enjin beromboh (kereta api) oleh pencipta Eropah, tetapi pendapat itu sudah pastilah sudah disangkal masyarakat sana.

Cara gunakan gobek api

Rujukan

MIchael Backman Ltd.

A Malay Fire Syringe (PDF)



Hakcipta iluminasi.com (2017)