Iceland merupakan satu negara yang mempunyai banyak perkara yang mengagumkan. Antaranya ialah pemandangannya yang indah, fenomena alam semula jadi yang unik, tempat letaknya ratusan gunung berapi dan banyak lagi.

Reykjavik - ibu negara Iceland

Bukan sekadar itu sahaja, Iceland merupakan negara pertama yang melantik wanita sebagai pemimpin negara. Iceland juga merupakan salah satu negara paling bersih dengan penduduk yang paling gembira di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

fenomena aurora di iceland

Fenomena Aurora di Iceland

Di sebalik pelbagai keunikan ini, Iceland sebenarnya tidak mempunyai beberapa perkara yang mungkin dianggap biasa oleh penduduk di negara-negara lain di seluruh dunia. Hal ini juga mungkin menyumbang kepada keunikan Iceland itu sendiri. Berikut adalah beberapa perkara biasa yang tidak terdapat di Iceland.

7. Kereta Api

bas di iceland

Di Iceland, pengangkutan awam hanya merujuk kepada perkhidmatan bas sahaja. Ini kerana, di sana tiada perkhidmatan kereta api laju, tram atau kereta api bawah tanah. Tiada pilihan lain bagi pelancong untuk mengembara di sekitar pulau itu melainkan menggunakan bas.

Namun, perkhidmatan bas di Iceland tidaklah sekerap atau secekap berbanding perkhidmatan bas di negara lain. Harganya agak mahal dan ia mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke suatu destinasi. 

Jika anda merancang untuk menggunakan perkhidmatan bas di Iceland, anda perlulah merancang dengan teliti. Ini kerana terdapat sesetengah destinasi di Iceland yang hanya mempunyai satu jadual perjalanan bas sahaja dalam sehari.

6. Penyakit anjing gila (Rabies)

penyakit anjing gila

Ia mungkin berita baik bagi kebanyakan orang tetapi tidak bagi pemilik anjing peliharaan yang ingin membawa masuk haiwan kesayangan mereka ke negara itu. Bagi anjing peliharaan yang ingin dibawa masuk ke Iceland, haiwan itu perlu melalui tempoh kurantin yang panjang dan mahal kosnya.

Sekiranya ingin juga membawa anjing masuk ke negara itu, pastikan anda membuat persiapan terlebih dahulu seperti memberikan vaksin yang diperlukan dan menempah tempat di ruang kuarantin lebih awal. Disebabkan langkah-langkah berjaga yang ketat ini, tiada sebarang laporan berlakunya penyakit anjing gila yang bahaya.

5. Haiwan reptilia

perkara yang tak wujud di iceland

Di Iceland, tiada haiwan reptilia seperti ular atau biawak. Ini bermakna anda juga tidak dibenarkan untuk membawa masuk sebarang haiwan peliharaan eksotik reptilia ke negara itu.

Antara sebab mengapa haiwan reptilia tidak dibenarkan di bawa masuk kerana Iceland mempunyai banyak spesies burung yang bersarang di atas tanah. Jika haiwan reptilia ini terlepas, ia dikhuatiri boleh menjejas ekosistem asal negara itu.

biawak

Selain itu, haiwan reptilia sangat bergantung kepada kelembapan dan suhu panas. Ia menerangkan mengapa tiada haiwan reptilia di Iceland, Greenland atau Antartika kerana cuaca sejuknya yang agak ekstrem berbanding tempat lain.

4. Nyamuk 

nyamuk 971

Tahukah anda bahawa negara kecil ini sebenarnya bebas nyamuk. Tidur malam anda mungkin akan lebih nyenyak di Iceland tanpa perlu bimbang mengenai wabak bawaan nyamuk seperti Malaria, Denggi atau Chikungunya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Times, negara itu begitu sejuk sehingga ia mempunyai tiga musim beku sepanjang tahun berbanding negara-negara lain yang hanya mempunyai satu musim beku sahaja. Nyamuk mungkin tidak mempunyai waktu yang cukup untuk membiak kerana suhu air akan menjadi sejuk dan beku semula.

tiada nyamuk

Akan tetapi, saintis mengesyaki bahawa Iceland mungkin tidak akan menjadi negara yang bebas nyamuk untuk selama-lamanya. Pemanasan global yang berlaku bermakna serangga itu mempunyai peluang untuk membiak di negara itu apabila suhunya cukup sesuai.

3. Pokok

pemandangan di iceland

Walaupun Iceland mempunyai pelabagai jenis tumbuhan tetapi ia hampir tidak mempunyai pokok. Namun, ini bermakna bukan tiada langsung pokok di negara ini. Pada waktu dahulu, pendatang Viking telah menebang sebahagian besar hutan di Iceland untuk kegunaan harian, ruang perladangan dan penternakan.

Selama ratusan tahun, banyak pokok yang ditebang sehingga hampir menjangkau 95 peratus pokok di negara itu. Sejak dari itu, Iceland berusaha keras untuk mewujudkan kawasan penanaman semula hutan.

pemandangan di iceland 2

Walaupun mempunyai pemandangan yang indah, para pelancong mungkin akan berasa sedikit janggal kerana hampir kebanyakan kawasannya tidak mempunyai pokok.

2. McDonald

kfc di iceland

KFC di Iceland

Iceland mempunyai begitu sedikit restoran makanan segera. Jangan terkejut apabila mendapati restoran makanan segera paling terkenal dunia iaitu McDonald tiada di negara ini. McDonald telah menarik diri dari negara yang mempunyai populasi 300,000 orang ini setelah berlaku krisis ekonomi yang teruk di Iceland.

Selain itu, penduduk Iceland mempunyai kesedaran yang tinggi dalam penjagaan makanan. Mereka lebih gemar memilih makanan yang berkhasiat dan segar sebagai diet. Dilaporkan bahawa ayam yang dijual di KFC di negara itu mempunyai rasa yang lebih segar dan sihat kerana tidak menggunakan pelbagai jenis bahan pengawet seperti KFC di negara-negara lain.

1. Kelab tarian eksotik

kelab tarian eksotik

Pada tahun 2010, Iceland telah mengharamkan semua kelab tarian eksotik sehingga mendapat gelaran "Negara paling menegakkan hak wanita di dunia" dari akhbar Guardian.

Walaupun tiada gerakan politik yang ditubuhkan di Iceland untuk mengharamkan kelab seumpama ini, namun ia adalah amat sukar untuk membuka kelab tarian eksotik di kebanyakan kawasan kediaman di negara ini.

strip club

Akan tetapi, tidak semua melihat perkara ini sebagai satu langkah yang baik. Disebabkan pengharaman kelab tarian eksotik ini, penubuhan kelab-kelab haram dilihat semakin meningkat. Ini menjurus pula kepada masalah pekerja kelab haram ini tidak mendapat perlindungan yang sepatutnya dan penyalahgunaan visa pelancong.

Rujukan:

1. Tiada nyamuk di Iceland

2. Perkara pelik mengenai Iceland

3. Iceland mengharamkan kelab tarian eksotik




Hakcipta iluminasi.com (2017)