Oleh pada 18 Jun 2018 kategori

5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland

Sekali lagi pasukan bola sepak Iceland mengejutkan dunia apabila berjaya mengikat finalis Piala Dunia 2014, Argentina dengan jaringan 1-1.

Perkara ini adalah sangat menakjubkan kerana ini adalah kempen Piala Dunia yang pertama disertai oleh Iceland dalam sejarah bola sepaknya, namun berjaya menidakkan pasukan yang diketuai oleh pemain yang dikatakan terbaik di dunia iaitu Lionel Messi.

Bagaimana mereka boleh mencapai kejayaan sebegini hebat? Iluminasi.com ingin kongsikan 5 fakta menarik mengenai pasukan bola sepak Iceland.

1. Negara paling kecil yang layak ke Piala Dunia

negara paling kecil layak ke piala dunia 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland

Iceland merupakan negara pertama dalam sejarah Piala Dunia yang mempunyai populasi kurang daripada 1 juta dan berjaya bertanding dalam pentas bola sepak terulung ini.

Populasi negara ini hanyalah seramai 334,252 orang, kurang daripada penduduk Alor Setar, Kedah, dengan anggaran 1 per 3 daripada penduduk pulau ini tinggal di ibu negara, Reykjavik.

Hebatnya negara ini, mereka berjaya layak ke Piala Dunia dengan hanya populasi yang sangat kecil manakala negara berpopulasi tinggi seperti Amerika Syarikat dengan populasi seramai 325 juta orang, gagal melayakkan diri. 

negara paling kecil layak ke piala dunia 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 2

Tidak cukup dengan itu, Iceland bukan sahaja satu per empat saiz Trinidad dan Tobago iaitu negara terkecil yang layak pada Piala Dunia yang lalu, malah tidak semua rakyat Iceland layak untuk bermain untuk pasukan bola sepak lelaki negara ini.

45% daripada populasi Iceland adalah sama ada terlalu tua atau muda untuk dipertimbangkan menyertai pasukan, dan baki 55% lagi, kira-kira separuh daripadanya adalah wanita.

Namun, mereka masih berjaya bermain di pentas dunia dan berada di kedudukan ke-22 terbaik dunia. Populasi rakyat Malaysia adalah kira-kira 32 juta, hampir 100 kali ganda populasi Iceland namun masih bergelut di pentas AFC dan berada di kedudukan ke-171 daripada 200 negara.

Sudah cukup luar biasa untuk Iceland berada pada tahap ini, apatah lagi mampu mengikat Argentina 1-1. 

2. Sangat berjaya di peringkat dunia

berjaya di peringkat dunia 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 2

Sebelum 9 Oktober, yang juga dikenali sebagai Hari Leif Erikson di Amerika Syarikat bersempena dengan penjelajah Viking purba yang merupakan hero Iceland, detik-detik paling membanggakan bagi negara ini berlaku pada kejohanan Eropah pada tahun 2016. 

Iceland bukan sahajaa layak menyertai kejohanan tersebut malah telah mengalahkan salah satu gergasi bola sepak dunia, England, di peringkat kalah mati.

2 gol pada separuh masa pertama membuktikan bahawa negara kecil ini sangat hebat dan telah mengejutkan dunia bola sepak dengan melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

berjaya di peringkat dunia 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 963

Kekalahan tersebut sangat memalukan bagi England (ranking ke-12 dunia)yang terdiri daripada pemain terkemuka dunia yang bergaji tinggi, dan membuatkan jurulatih Roy Hodgson meletakkan jawatan serta-merta.

Namun England bukan satu-satunya pasukan berprofil tinggi yang dimalukan oleh Iceland, malah Belanda (ranking ke-17 dunia) juga tewas 2 kali di peringkat kelayakan menentang Iceland memastikan pasukan Oranje itu tersingkir dari kejohanan UEFA EURO 2016 sepenuhnya.

3. Bina kejayaan perlahan-lahan

bina kejayaan perlahan lahan 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 2

Di sebalik kehebatan dan kejayaan yang dikecapi sekarang ini, Iceland bukanlah negara yang kuat dari segi sukan bola sepak sebelum ini. Malah, sehingga tahun 2012, mereka dianggap sebagai pasukan belasahan di Eropah, berada di kedudukan serendah ke-131 dunia.

Dan untuk menyelesaikan masalah ini, Persekutuan Bola Sepak Iceland atau Knattspyrnusamband Íslands, memilih untuk melabur untuk padang dan jurulatihnya.

bina kejayaan perlahan lahan 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 3

Sebelum ini, Iceland menawarkan hanya sedikit latihan untuk jurulatih bola sepak, yang memerlukan jurulatih yang mahu menjadi jurulatih berkelayakan untuk mengembara ke tanah besar Eropah dan mempelajari mengenai sukan ini.

Namun kini Iceland menawarkan kursus yang murah bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi jurulatih bola sepak di mana-mana peringkat. Daripada 334,252 penduduk Iceland, hampir 700 atau 0.21% mempunyai lesen A atau B dari EUFA untuk melatih bola sepak.

bina kejayaan perlahan lahan 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 4

Ini memudahkan generasi bola sepak akan datang negara ini untuk mendapatkan latihan daripada jurulatih yang tahu bagaimana untuk melatih sukan bola sepak.

Iceland juga mula membina stadium berkubah (tertutup) supaya penduduk negara ini masih boleh bermain dan berlatih pada musim sejuk. Kini Iceland mempunyai 11 stadium berkubah, 22 padang terbuka dan 100 stadium lain, memastikan pemain bola sepak muda Iceland mempunyai tempat untuk bermain.

bina kejayaan perlahan lahan 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland

Projek ini mengambil masa bertahun-tahun untuk membuahka hasil. Namun pada tahun 2014, Iceland mula mengorak langkah dan berjaya berada di kedudukan 25 negara terbaik bola sepak, yang mana sebelum itu negara ini tidak pernah berada di kedudukan bawah 100.

Mungkin Malaysia perlu menjadikan perubahan ini sebagai contoh.

4. Jurulatih Iceland adalah seorang doktor gigi

jurulatih iceland adalah doktor gigi 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 3

Dalam filem Mighty Ducks yang kedua, jurulatih pasukan hoki kebangsaan Iceland dilatih oleh Wolf "The Dentist" Stansson, yang mendapat nama gelarannya kerana beliau sering menghentam pemain pawan sehingga patah gigi.

Namun dalam kehidupan sebenar, pasukan bola sepak kebangsaan Iceland dilatih oleh Dr. Heimir Hallgrimsson, seorang doktor gigi. Bagi mana-mana negara malah di Malaysia sekalipun, idea untuk seorang jurulatih bola sepak yang juga melakukan kerja sambilan adalah sesuatu yang luar biasa.

jurulatih iceland adalah doktor gigi 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 1

Namun, Heimir Hallgrimsson, jurulatih Iceland pertama yang mendapat lesen A, bukan sahaja menggandakan tugasnya sejak menyertai pasukan Iceland pada tahun 2011, malah sangat seronok melakukan tugas tersebut.

Apabila pasukan Iceland tidak berlatih atau bermain, Heimir akan melakukan tugasnya sebagai doktor gigi yang mana beliau memberitahu masih melakukannya terutamanya supaya beliau dapat merawat pesakitnya dan bertemu dengan orang-orang yang dirinduinya.

jurulatih iceland adalah doktor gigi 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland

Malah, Heimir adalah seorang yang berpersonaliti baik. Ketika beliau menyertai pasukan ini pada tahun 2011, sokongan peminat untuk skuad ini adalah tersangat hambar, boleh dikatakan sebagai tiada sokongan langsung, memandangkan pasukan ini hanya memenangi 4 perlawanan dalam 6 tahun sebelumnya.

Jadi, untuk berhubung dengan peminat, Heimir memulakan tradisi di mana beliau akan bertemu dengan penyokong di sebuah bar di Reykjavik sebelum perlawanan, untuk membincangkan barisan dan taktik pasukan.

Tradisi ini berterusan sehingga kini, dan Iceland masih belum tewas dalam perlawanan kompetetif ketika bermain di tempat sendiri selama 4 tahun. 

hannes halldorsson penjaga gol iceland 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 2

Selain itu, penjaga gawang Iceland, Hannes Halldorsson yang berjaya menepis sepakan penalti Lionel Messi juga mempunyai pekerjaan lain iaitu seorang pengarah filem, yang mana beliau hanya menjadi pemain bola sepak profesional bermula tahun 2013.

5. Tidak bermain untuk kelab ternama dunia

gylfi sigurdsson 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 2

Jika anda melihat skuad Eropah di pentas Piala Dunia, pasukan-pasukan ini biasanya dipenuhi dengan pemain-pemain ternama dunia daripada 4 liga terkemuka Eropah iaitu Liga Perdana Inggeris, La Liga, Seria A dan German Bundesliga.

Namun, ia tidak berlaku dalam skuad Iceland. Daripada 23 pemain yang dipilih oleh Heimir dalam untuk 2 perlawanan terakhir kelayakan menentang Turki dan Kosovo, hanya seorang permaain bermain dalam 4 liga tersebut, iaitu Gylfi Sigurdsson yang bermain untuk Everton.

aron gunnarsson 5 fakta menakjubkan tentang pasukan bola sepak iceland 2

Dalam skuad piala dunia, hanya 3 orang pemain daripada 4 liga tersebut beraksi iaitu Johann Berg Gudmundsson (Burnley) dan Gylfi Sigurdsson (Everton) dan Alfreð Finnbogason (FC Augsburg). Kapten pasukan Iceland, Aron Gunnarsson bemain untuk kelab Cardiff City.

Nota: Jika Malaysia melakukan perubahan seperti Iceland, mungkin kita boleh berada di kedudukan 100 terbaik dunia. Itu sudah cukup membanggakaan

Rujukan:

1. Heavy

2. Iceland

3. Adventure


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)