Bagi sesetengah orang, kopi bukan setakat minuman harian. Ianya sudah menjadi gaya hidup. Biasa diminum pada waktu pagi, kandungan kafein yang ada kopi dikatakan mampu memberikan kesegaran dan mengatasi perasaan mengantuk pada waktu pagi.

Di Malaysia, kita banyak mengikut budaya UK yang lebih gemar meminum teh daripada kopi. Walau bagaimanapun, kopi turut mempunyai peminatnya tersendiri di Malaysia dan hal ini dapat dilihat dengan pertambahan bilangan jumlah kafe-kafe yang menawarkan minuman kopi seperti Starbucks dan McCafe.

BESARKAN TEKS     A-  A+

negara paling gila minum kopi

Menariknya, walaupun budaya meminum kopi ini begitu sinonim dengan penduduk Amerika Syarikat, sebenarnya banyak lagi negara lain dimana lebih ramai penduduknya meminum kopi. Kali ini, Iluminasi ingin berkongsi 5 negara yang mempunyai ramai peminat kopi. Senarai ini disusun berdasarkan jumlah kopi yang diminum secara purata oleh setiap penduduk dalam unit kg per kapita.

5. Belanda - 8.4 kg per kapita

kopi dutch

Pada 1616, orang Belanda adalah orang Eropah pertama yang memperoleh pokok kopi hidup yang dibawa masuk dari Yaman oleh Pieter van der Broecke. Daripada pokok inilah, lama kelamaan industri penanaman kopi mula berkembang di Belanda sehinggakan Belanda berjaya menjadi pengeluar terbesar biji kopi ke Eropah terutamanya biji kopi jenis Suriname dan Java.

Pada masa kini, budaya meminum kopi masih kuat disini dan biasanya dihidangkan dengan makanan sampingan. Bagi penduduk di bahagian utara yang majoritinya beragama Krisitian Protestan, kopi biasanya dihidangkan dengan biskut. Bagi penduduk di bahagian utara pula yang majoritinya beragama Kristian Katolik, kopi biasanya dihidangkan dengan pai.

Dari segi statistik pula, secara purata seorang penduduk akan meminum 1.84 cawan kopi setiap hari. 

4. Denmark - 8.7 kg per kapita

kopi di denmark

Sama seperti negara Scandinavia lain, di Denmark kopi biasanya dihidangkan setiap kali anda makan. Pada majlis-majlis keraian pula, kopi biasanya dihidangkan bersama-sama dengan makanan pemanis mulut seperti kek, biskut dan sandwich.

Kopi di Denmark juga terkenal dengan kualiti sangat bagus dan secara purata, harga kopi di Denmark adalah yang ke 6 termahal di dunia. Secara purata, rakyat Denmark meminum 1.46 cawan kopi setiap hari.

3. Iceland -  9 kg per kapita

kedai kopi di iceland

Sesetengah pihak berpendapat terdapat hubungan antara suhu sejuk dan jumlah kopi yang diminum oleh penduduk sesebuah negara. Seperti negara-negara utara Eropah yang lain, secara puratanya penduduk Iceland meminum lebih banyak kopi iaitu 5 cawan sehari. 

Walaupun kopi sudah menjadi budaya, di bandar-bandar besar seperti ibu negara Iceland iaitu Reykjavik, anda tidak akan menemui kedai-kedai kopi popular seperti Starbucks. Sebaliknya, terdapat banyak kedai-kedai kopi kecil yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Setiap tahun, akan diadakan sebuah pertandingan untuk mencari barista terbaik.

2.Norway: 9.9 kg per kapita

kopi di norway

Seperti kebanyakan negara Eropah, kopi dibawa masuk ke Norway pada abad ke 18 sebagai minuman untuk golongan kaya. Pada ketika itu, Norway merupakan sebuah negara miskin yang berada di bawah pemerintahan Denmark. Ini memberikan kelebihan kepada mereka dimana mereka boleh membeli kopi dari Denmark pada harga yang lebih murah.

Kopi hitam biasanya dihidangkan pada waktu makan pagi dan akan dihidangkan bersama hidangan pemanis mulut ketika menikmati hidangan waktu malam. Kopi juga biasanya dihidangkan untuk tetamu bersama-sama dengan kek dan pastri. Secara purata, seorang penduduk di Norway akan meminum 2 cawan kopi setiap hari.

1. Finland - 12 kg per kapita

budaya minum kopi di finland

Di Finland, kopi umpama minuman ruji dimana mereka akan menikmati setiap masa dan setiap hari, termasuklah pada waktu rehat bekerja. Di Finland, mereka lebih gemar menikmati kopi yang tidak begitu pekat.

Selain itu, kebanyakan majikan akan memberikan rehat 10 minit dua kali sehari bagi membolehkan setiap pekerja menikmati minuman kopi. Malah, sekiranya anda membeli set hidangan makan tengahari, kebiasaannya kopi akan turut diberikan secara percuma.

kopi hitam dan goreng pisang

"Amacam? Terasa nak minum kopi hitam bersama goreng pisang tak?"




Hakcipta iluminasi.com (2017)