Iceland yang dikenali sebagai "Land of Fire and Ice", sememangnya lain daripada yang lain. Malah, ada yang menggelarkannyaa sebagai "planet Iceland" merujuk kepada Iceland sebagi sebuah planet berbeza dengan Bumi disebabkan oleh keunikannya.

Terdapat terlalu banyak perkara yang berlaku di negara ini dari segi alam semula jadi dan budaya mereka yang sangat berbeza daripada mana-mana negara di dunia. iluminasi.com ingin kongsikan 10 fakta menakjubkan mengenai Iceland

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Populasi tersangat rendah

populasi yang sangat rendah 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Seluruh Iceland hanya mempunyai penduduk seramai 334,252, iaitu hampir 1 per 5 penduduk Kuala Lumpur. Jumlah penduduk yang kecil ini memenuhi negara pedalaman ini dan membuatkan ibu kotanya yang kecil terasa seperti luas.

2. Kadar jenayah terlalu rendah

kadar jenayah yang rendah 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Di Iceland, kadar jenayah adalah sangat rendah dan hampir tiada jenayah kekerasan. Negara ini tidak mempunyai tentera yang tetap (sepenuh masa) dan anggota polisnya tidak membawa senjata api.

3. Tiada restoran McDonalds

tiada mcdonalds 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Walaupun agak menakjubkan dan seolah-olah ajaib, Iceland adalah antara negara yang tidak mempunyai cawangan rangkaian restoran makanan segera paling popular di dunia iaitu McDonald's.

Anda boleh lihat restoran KFC di ibu kota Reykjavik namun lupakan Ayam Goreng McD atau Spicy Chicken McDeluxe kerana ia tidak wujud di negara ini. 

4. Bahasa Iceland dipelihara

bahasa dipelihara 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Walaupun hampir sama dengan bahasa Denmark dan Norway, namun bahasa Iceland kekal sebagai bahasa yang sangat unik. Perkataan-perkataannya mempunyai terlalu banyak konsonan dan suku kata yang agak kabur.

Tidak seperti bahasa-bahasa lain yang berubah secara drastik setelah beberapa abad berlalu, bahaca Iceland masih kekal dekat dengan asal-usulanya.

Kitab Injil dari awal tahun 1500an (yang pertama dicetak di Iceland dan boleh diteui di muzium rakyat di Skogar) masih boleh dibaca dengan mudah oleh rakyat Iceland pada hari ini.

5. Segalanya berbau seperti belerang

segalanya berbau seperti belerang 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Semua sumber air panas di Iceland datang terus daripada air panas bawah tanah, yang menjadikannya sebagai sumber tenaga yang sangat mampan dan diperbaharui. Namun ia juga bermakna semua air panas berbau seperti sulfur atau belerang yang sangat kuat, menjadikannya berbau seperti telur busuk.

Bagi yang tak biasa, mungkin anda langsung tak dapat mandi disebabkan baunya. Juga, disebabkan semua air panas adalah geoterma, kepanasannya mampu membuatkan kulit anda melecur.

6. Elve dan Troll

elve dan troll 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Majoriti daripada rakyat Iceland, iaitu lebih daripada 50% percaya terhadap kewujudan makhluk khayalan seperti elf dan troll.

Terdapat banyak cerita lucu dan lagenda tentang makhluk-makhluk ini dan mereka sehinggakan sanggup menangguhkan projek pembinaan jika tapak pembinaan tersebut dikatakan adalah tempat tinggal elf.

Batu-batu besar yang jatuh di ladang dikatakan sebagai troll yang beku, dan salah seorang penduduk tempatan memberitahu bau yang terdapat di Iceland bukanlah datang dari sulfur, tetapi bau air mandian troll yang busuk.

7. Gunung berapi yang banyak

gunung berapi 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Disebabkan ia terletak di puncak bukit Mid-Atlantik, Iceland adalah negara yang sangat aktif secar geologi. Di sini, terdapat lebih daripada 125 pergunungan gunung berapi dan sebahagian besar daripadanya masih tersangat aktif.

Sebahagian daripadanya pula mampu "bangkit" dan menjadi aktif semula apabila negara ini semakin berubah dan berkembang. Iceland mengalami letusan gunung berapi kira-kira sekali dalam 4 tahun, namun beberapa tahun lepas berlaku satu letusan atau lebih pada setiap tahun.

Disebabkan oleh aktiviti yang berterusan ini, sebahagian besar Iceland diliputi oleh padang lava.

8. Tiada hutan di Iceland

iceland tidak mempunyai hutan 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Iceland terbentuk oleh beberapa fenomena semulajadi yang sangat keras iaitu gunung berapi dan glasier. Kebanyakan kawasan di negara ini "diukir" oleh glasier yang bergerak perlahan, "mengunyah" tanah dan membina lembah. Malah, 11% daripada Iceland adalah ais.

Glasier bertanggungjawab untuk mengukir setiap yang ada di Iceland yang tidak dibentuk oleh magma dan gempa bumi, menjadikannya sebagai landskap yang lebih unik daripada negara lain.

Namun, bertentangan dengan kepercayaan popular, pokok sebenarnya tumbuh di Iceland. Walaubagaimanapun, apabila Viking tiba di wilayah ini, mereka menebang hampir kesemua pokok-pokok di situ.

Kini, penanaman semula sedang cuba dilakukan namun anda masih akan dapat melihat kekurangan hutan di negara ini apabila berpeluang melawat.

9. Negara yang sangat mesra alam

negara mesra alam 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Iceland mungkin antara negara yang paling mesra alam di dunia. Disebabkan oleh seluruh negara pada dasarnya "hidup" dengan aktiviti gunung berapi, negara ini memanfaatkan tenaga hidro dan geoterma untuk menjana tenaga lebih daripada 80% kawasan di Iceland.

Ini bermakna Iceland menghasilkan tenaga elektrik menggunakan air panas untuk menanam sayuran dan menerangi hampir keseluruhan negara. Tersangat sedikit bahan api folil dibakar di sini dan juga terdapat beberapa hidrogen dipandu di sekitar Reykjavik.

Kebanyakan rumah mempunyai sistem pemanasan menggunakan air geoterma yang dipam daripada bawah tanah.

10. Northern Lights dan Midnight Sun

northern lights 10 fakta pelik dan menakjubkan mengenai iceland

Terletak di Bulatan Arktik, Iceland mengalami musim sejuk dan musim panas yang sangat panjang, dengan hampir 24 jam kegelapan atau senja pada bulan Disember dan hampir 24 jam siang pada bulan Jun.

Ini bermakna pada musim panas, hampir tiada waktu malam dan hampir tiada waktu siang pada musim sejuk.

Disebabkan ini, Iceland adalah tempat yang paling baik untuk melihat kedua-dua fenomena "Northern Lights" dan "Midnight Sun" (matahari pada jam 12 tengah malam). Namun, kedua-dua fenomena ini boleh menjadi sukar untuk dilihat disebabkan oleh cuaca yang sentiasa berubah di negara ini.

Rujukan:

1. Dangerous Business

2. Land Lopers

3. Iceland Monitor




Hakcipta iluminasi.com (2017)