Ketika Perang Dunia Pertama bermula, penggunaan senjata kimia sudah menjadi satu jenayah perang. Semua negara utama telah menandatangani satu perjanjian yang bersetuju untuk tidak menggunakannya.
Namun apabila pertempuran bermula, perjanjian tersebut langsung tidak memberikan apa-apa makna, menjadi mimpi ngeri perang setiap hari.
Penggunaan gas beracun dan boleh membunuh menjadi satu perkara biasa oleh semua pihak dalam mengejar kemenangan. iluminasi.com kongsikan 7 fakta mengerikan tentang perang kimia pada Perang Dunia Pertama.
7. Jerman lancarkan 6,000 silinder gas klorin ke atas tentera Perancis
Serangan gas utama yang pertama berlaku pada 22 April 1915, di luar bandar Ypres di Belgium.
Tentera Jerman ketika itu membawa 6,000 silinder gas klorin yang baru dibangunkan. Mereka menunggu sehingga angin bertiup dengan betul dan kemudian membiarkannya terbebas menghala ke tentera Perancis.
Secara teknikal, Perancis adalah pihak yang telah memulakan perang kimia. Mereka tertawa terhadap serangan kimia pertama pada Ogos 1914 ketika mereka melancarkan bom yang dipenuhi gas pemedih mata ke atas tentera Jerman.
Bom-bom yang dilancarkan Perancis itu tidak memberi kesan kepada tentera Jerman, tetapi ia telah memulakan pertempuran kimia yang akan menjadi semakin buruk apabila peperangan mula membuak.
Ketika gas klorin melanda kawasan dipenuhi tentera Perancis di Ypres, tiada siapa yang bersedia. Tidak pernah ada serangan kimia seperti ini sebelumnya, oleh itu tidak seorang tentera pun memiliki topeng gas.
Dalam masa 10 minit, beribu-ribu tentera mati akibat terhidu gas ini. Selebihnya telah terhuyung-hayang ketika gas beracun ini memakan paru-paru mereka.
Menurut salah seorang yang terselamat, kesakitan itu dirasakan seperti mat lemas, tetapi di atas daratan. Dia merasakan seperti paru-parunya ditikam dengan pisau dan merupakan satu cara yang dahsyat untuk mati.
6. Isteri pencipta gas klorin bunuh diri untuk halang suaminya
Antara tentera Jerman yang melepaskan gas itu adalah Fritz Haber, individu yang bertanggungjawab di atas penciptaannya.
Beliau adalah salah seorang ahli kimia paling hebat dalam sejarah. Selepas perang, dia memenangi Hadiah Nobel untuk kerja pertaniannya.
Tetapi sebelum perang berakhir, dia mendedikasikan dirinya untuk mencari cara baru dan dahsyat bagi membunuh musuh-musuh Jerman.
Isterinya, Clara, yang juga merupakan seorang ilmuan sains, terkejut dengan kerja suaminya. Dia menggelarkannya sebagai "tanda kebodohan, merosakkan disiplin yang patut membawa pandangan baru ke dalam hidup" dan berulang kali memohon agar Fritz berhenti.
Clara bersedia melakukan apa sahaja untuk Fritz. Pada satu hari, apabila Fritz kembali daripada peperangan untuk menghadiri pesta meraikannya, Clara mencuri pistolnya dan masuk ke dalam taman lalu menembak dirinya.
Dia membunuh diri sendiri, dengan harapan bahawa ia akan menghalang Fritz daripada melakukan pembunuhan besar-besaran. Namun, kematiannya adalah sia-sia.
Pada pagi ketika mana mayat Clara ditemui, Fritza Haber pergi ke Eastern Front untuk melancarkan serangan gas yang lain.
5. Saintis Inggeris menguji gas mustard ke atas tentera India
Sebaik sahaja orang Jerman telah menggunakan gas klorin, tiada siapa yang boleh menjangkakan apa seterusnya yang bakal berlaku. British semakin berusaha untuk menggunakan bahan kimia bersama-sama dengan Jerman.
Pertama, mereka perlu mengujinya dan mereka menggunakan tentera mereka sendiri untuk melakukannya. Pada 1916, tentera British mula menguji senjata kimia yang akhirnya menjadikan 20,000 tentera British sebagai mangsa.
Ada yang kemudiannya mengatakan bahawa tentera-tentera tersebut diperdaya sebelum menjalani eksperimen dan tidak tahu apa yang akan berlaku kepada mereka.
Beberapa eksperimen terburuk berlaku di Rawalpindi, di mana saintis tentera British menghantar beratus-ratus tentera India ke dalam bilik gas dan menyemburkannya dengan gas mustard.
Mereka mempunyai dua matlamat iaitu mahu melihat berapa banyak gas yang diperlukan untuk menyeksa mangsa dan mereka mahu melihat jika terdapat sebarang perbezaan bagaimana ia membakar kulit orang India.
Banyak subjek tidak dapat berjalan selama beberapa minggu selepas eksperimen. Mereka terlantar atas katil hospital, merasakan kesakitan memakan daging mereka dan kemudian dibersihkan.
"Para pesakit yang terbakar berada dalam keadaan yang menyedihkan dan tertekan," kata para saintis dalam salah satu laporan mereka.
Menurut mereka, ia adalah satu perasaan yang hanya boleh difahami dengan sebenar-benarnya jika dialami sendiri.
4. Serangan gas phosgene sahaja membunuh hampir 80,000 orang
Pembunuh terbesar di antara semua senjata kimia yang digunakan dalam perang ini adalah gas phosgene.
Daripada 91,000 tentera yang terbunuh terbakar akibat gas beracun sepanjang perang, kira-kira 85% daripadanya mati akibat serangan phosgene.
Ia adalah pembunuh yang perlahan dan tersembunyi. Gas ini tidak membuatkan mangsa tercekik seperti gas klorin, jadi lebih banyak gas ini akan dihirup ke dalam paru-paru.
Ia juga boleh dihasilkan untuk tidak dapat dikesan. Sekiranya dicairkan dengan jumlah yang betul, ia akan menjadi toksik tanpa sebarang bau.
Gas Phosgene digunakan buat kali pertama pada 19 Disember 1915, di sebuah bandar yang dikenali sebagai Wieltje.
Jerman melepaskan 88 tan klorin dan gas phosgene bersama-sama dan membiarkannya hanyut ke tempat di mana tentera musuh sedang tidur.
Gas tesebut menyelinap ketika mereka tidak sedar, meresap ke dalam paru-paru sebelum mereka dapat memahami betapa dahsyat kesan yang akan menyusul.
Serangan ke atas Wieltje sahaja menyebabkan 69 kematian dan 1,069 mangsa. Namun, mereka tidak mati serta-merta.
Ia mengambil masa 24 jam sebelum gejala terburuk bermula. Walaupun begitu, kematian mereka akan diseret selama beberapa hari atau minggu.
3. Gas Mustard sangat menyeksakan
Gas Mustard adalah senjata kimia yang paling ditakuti dalam Perang Dunia I, tetapi ia bukanlah kerana ia boleh membunuh.
Gas Mustard hanya membunuh sekitar 3% daripada mereka yang menyedutnya, tetapi ia membuatkan orang-orang yang terselamat berada dalam kesakitan yang tidak dapat dibayangkan.
Apabila seorang tentera menyedut gas mustard, kulitnya akan mula lepuh, matanya akan mulai membengkak dan penglihatannya akan gagal berfungsi.
Dia akan mula berdarah di dalam tubuhnya dan di luar, di mana gas tersebut akan mengupas dagingnya. Kebanyakannya akan muntah dan jika gas ini membunuh mereka, ia akan mengambil masa beberapa minggu sebelum mereka meninggal dunia.
"Saya berharap orang-orang yang bercakap tentang meneruskan peperangan ini dengan apa jua kosnya dapat melihat tentera yang mengalami keracunan gas mustard. Lecur teruk berwarna kuning, mata buta, semuanya melekit namun masih berjuang untuk bernafas, dengan suara berbisik mengatakan bahawa kerongkong mereka sedang menutup dan mereka tahu mereka akan tercekik," kata seorang jururawat Inggeris.
2. Amerika Syarikat sedang membangunkan senjata kimia super
Pada tahun-tahun akhir perang, tentera Amerika Syarikat sedang membangunkan satu senjata kimia rahsia sebatian organoarsenik, yang dikenali sebagai lewisit.
Ia adalah senjata yang mengerikan di mana satu titisan akan membuatkan kulit seseorang melecur dan dipenuhi nanah dengan begitu besar sementara dos yang lebih besar akan merobek bahagian tubuh mereka sehingga mereka tercekik oleh saluran pernafasan mereka sendiri.
Pada tahun 1918, lebih daripada 10% ahli kimia di AS telah ditugaskan untuk berkhidmat dalam projek senjata kimia rahsia kerajaan.
Malah, sesetengah daripada mereka dipaksa untuk mengujinya ke atas tubuh mereka sendiri untuk melihat kesannya.
Pada Ogos 1918, rakyat Washington menjadi subjek ujian yang tidak disengajakan apabila letupan di makmal telah membuatkan lewisit tersebar ke luar bandar.
Ia telah meracuni orang-orang yang tinggal berhampiran kilang rahsia itu dan membuatkan mereka terbakar teruk dan membunuh sebilangan haiwan.
Perkara mungkin akan menjadi lebih teruk, nasib baik hanya 3.6 kilogram lewisit sahaja yang terbebas semasa kemalangan itu. Di pengakhiran perang, AS menghasilkan 10 tan lewisit setiap hari.
1. Kerajaan Amerika Syarikat menguji senjata kimia terahdap 60,000 tentera sendiri
Perang berakhir sebelum Amerika Syarikat sempat menggunakan lewisit. Tetapi mereka terus mengujinya, walaupun selepas perang berakhir.
Dalam beberapa tahun kemudian, kerajaan Amerika Syarikat menguji senjata kimia pada 60,000 tentera mereka sendiri. Tentera berkulit hitam, Jepun dan Puerto Rica merupakan sasaran utama untuk ujian mereka.
Kerajaan mahu mengetahui sama ada terdapat bangsa yang boleh bertahan terhadap bahan kimia.
Jadi, mereka menghantar hampir setiap tentera dengan kewarganegaraan asing ke dalam bilik gas untuk melihat bagaimanar reaksi mereka terhadap gas lewisit dan mustard.
"Rasanya seperti anda sedang terbakar. Semua orang mula berteriak dan cuba untuk keluar. Dan kemudian sebahagian daripadanya pengsan. Akhirnya, mereka membuka pintu dan membiarkan kami keluar," kata salah seorang daripada mangsa ujian ini.
Tentera-tentera tersebut diugut supaya berdiam diri dan jika mereka memberitahu sesiapa tentang kejadian itu, mereka akan dilucutkan dan dihumban ke dalam penjara.
Kesan gas ini berlanjutan sepanjang hayatnya dan mereka tidak dapat memberitahu doktor tentang apa yang telah berlaku.
Apabila kebenaran terbongkar, kebanyakan subjek eksperimen ini berusia 90-an.
Seorang lelaki, berusia 93 tahun, menunjukkan kepada seorang wartawan bagaimana kulit mati masih jatuh dari badannya dalam bentuk serpihan lebih daripada 70 tahun selepas kerajaannya menyiramnya dalam bahan kimia toksik.