Oleh pada 12 Aug 2018 kategori

Baik atau buruk, beretika atau tidak, betul atau salah. Ia membuatkan semuanya menjadi mudah apabila kita boleh mendefinasikan dan menghukum sesuatu perkara atau individu.

Namun, Fritz Haber menjadi peringatan bahawa sesuatu perkara itu tak semestinya "hitam" atau "putih" dan realiti adalah sesuatu yang sangat rumit.

Fritz Haber adalah seorang ahli kimia Jerman, dilahirkan di Breslau, Prussia pada tahun 1868 dalam keluarga Yahudi yang dihormati.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun 1886, beliau mula mempelajari kimia di bawah bimbingan ahli kimia terkenal seperti Robert Bunsen dan Carl Liebermann dan pada tahun 1891, beliau mendapat gelaran doktor falsafah dari Universiti Friedrich Wilhelm.

Penghasilan proses Haber-Bosch

fritz haber di dalam makmal kimia

Pada tahun 1894, Haber menerima jawatan sebagai profesor di Universiti Karlsruhe. Antara tahun 1894 dan 1911, beliau bekerja dengan ahli kimia Carl Bosch dan membangunkan proses Haber-Bosch.

Ia adalah satu ciptaan yang sangat hebat di mana proses Haber-Bosch adalah kaedah di mana ammonia dapat disintesis secara langsung daripada hidrogen dan nitrogen.

Penggunaan utama ammonia adalah sebagai sebatian dalam baja. Sebelum Fritz Haber mengembangkan proses Haber-Bosch, tidak ada cara yang mudah atau murah untuk menghasilkan ammonia.

Proses mereka membuat baja dapat dihasilkan dengan banyak. Kemungkinan hasil pertanian yang besar menghalang berbilion orang daripada mengalami kebuluran.

Pada tahun 1918, Haber telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia demi kejayaan revolusionernya.

Malah, proses Haber-Bosch merupakan proses yang paling biasa digunakan untuk pembuatan ammonia di seluruh dunia pada hari ini.

Separuh daripada pengeluaran makanan dunia bergantung pada proses Haber untuk mendapatkan baja mereka. Dianggarkan bahawa dua daripada lima manusia di planet ini terus hidup disebabkan oleh penemuan Fritz Haber.

Dan jika di sini merupakan pengakhiran kisah Fritz Haber, dunia akan mengenangkan jasanya dengan terang dan jelas. Sebaliknya, kisah Fritz berubah dan beliau menjadi apa yang digelar sebagai "bapa perang kimia".

Berkhidmat untuk Kementerian Perang Jerman

fritz haber dan albert einstein

Selepas Perang Dunia Pertama meletus, Fritz Haber dijadikan ketua Bahagian Kimia untuk Kementerian Perang Jerman. Pada masa ini, beliau juga telah bertukar dari Judaisme ke Lutheranisme.

Alasannya untuk menukar tidak jelas, tetapi anti-Semitisme sudah mulai menyebar dan ada spekulasi bahawa beliau melakukannya untuk mendapatkan kedudukan akademik yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, beliau juga seorang Jerman patriotik.

Semasa perang, Fritz mengetuai pasukan dalam membangunkan gas klorin untuk digunakan dalam perang parit, bersama-sama dengan gas membunuh yang lain.

Ketika beliau mengkaji kesan gas beracun semasa perang, Fritz membuat kesimpulan bahawa terdedah kepada toksin yang sama dalam kepekatan rendah dalam tempoh yang panjang menghasilkan hasil yang sama.

Persamaan ini dikenali sebagai peraturan Haber dan digunakan sebagai satu bentuk peperangan.

Terus berkhidmat untuk Jerman selepas WW1

fritz haber penghasil proses haber bosch

Apabila Perang Dunia Pertama berakhir, Fritz Haber terus membantu perkembangan rahsia senjata kimia Jerman. Beliau juga bekerja sebagai ahli kimia di Institut Kaiser Wilhelm.

Namun pada tahun 1931, nasionalisme Jerman semakin menonjol. Ahli sains Yahudi telah menjadi sasaran dan Persatuan Kaiser Wilhelm diperintahkan untuk memecat semua saintis Yahudi, arahan yang mengejutkan Haber.

Beliau cuba untuk menangguhkan pelarian rakan-rakan Yahudi sehingga mereka dapat mencari pekerjaan di tempat lain.

Pada 30 April 1933, Firtz Haber mengemukakan peletakan jawatannya sebagai pengarah Institut Kaiser Wilhelm.

Ada kemungkinan bahawa beliau dibenarkan secara sah untuk berada di kedudukannya kerana penukarannya agamanya, tetapi beliau tidak lagi mahu.

Fritz meninggalkan Berlin pada tahun 1933 dengan bantuan ahli kimia British dari pihak lawan Perang Dunia Pertama.

fritz haber bapa perang kimia 932

Kesihatannya pada ketika itu sudah merosot dan pada tahun 1934, Fritz Haber meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 65 tahun.

Selepas kematian Fritz, dalam apa yang hanya boleh digambarkan sebagai ironi yang dahsyat, hasil kerja gas kimianya digunakan oleh rejim Nazi.

Penyelidikannya secara khusus digunakan dalam membangunkan Zyklon B, gas yang dikendalikan oleh kem-kem yang membunuh berjuta-juta orang Yahudi, termasuk kawan-kawan dan orang yang beliau kenali.

Jadi, adakah Fritz Haber merupakan seorang genius yang menghentikan kelaparan di seluruh dunia? Atau beliau adalah saintis kejam, yang menghasilkan senjata kimia yang sangat dahsyat?

Berkenaan dengan perang dan kedamaian, Fritz Haber pernah berkata:

"Ketika masa damai, seorang saintis adalah milik dunia, tetapi ketika perang dia milik negaranya,"




Hakcipta iluminasi.com (2017)