Sejarah manusia diselubungi oleh peperangan dan pertumpahan darah. Ia sudah pasti menjadi satu pengajaran yang tidak akan dilupakan.

Dan salah satu hakikat tentang peperangan paling dahsyat adalah kaedah pembunuhan yang telah meningkat dengan begitu mendadak dari segi kecekapan.

Walaupun senjata seperti senapang, meriam, mesingan dan macam-macam lagi dilihatkan sudah kejam, namun ada lagi senjata yang lebih dahsyat dan tidak berperikemanusiaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Salah satu senjata peperangan yang paling menakutkan yang dicipta oleh manusia tak lain dan tak bukan adalah senjata kimia. Dan contoh yang paling terkenal adalah gas mustard.

Penggunaannya telah dilarang oleh Protokol Geneva dan tidak lagi digunakan sejak Perang Dunia Pertama. Akan tetapi, perkataan "gas mustard" masih kedengaran mengerikan selepas seabad kemudian.

Apa sebenarnya gas mustard dan mengapa ia tersangat terkenal?

Kebangkitan perang kimia

kebangkitan perang kimi

Senjata kimia mungkin kelihatan seperti satu ciptaan moden, namun ia sebenarnya telah wujud seawal beribu tahun yang lalu. Ia bermula sejak penduduk bandar Greek saling meracuni bekalan air antara satu sama lain.

Dan dalam peperangan, penggunaan apa sahaja senjata yang boleh menghancurkan pihak musuh adalah sesuatu yang perlu dilakukan, namun peperangan kimia berlaku dengan begitu dahsyat pada awal abad ke-20.

Pemahaman yang lebih luas mengenai sains kimia dan kimia berkala membolehkan pembangunan senjata ini berlaku.

Pelbagai negara dan ahli kimia membangunkan gas mustard pada abad ke-19, tetapi ia tidak digunakan dalam peperangan sehinggalah pada Julai 1917.

Dua tahun sebelum itu, Jerman mula menggunakan gas klorin yang mematikan terhadap musuhnya dan pihak Inggeris pula cuba menggunakan gas pada awal September 1915.

Gas klorin berbau peluntur dan merengsakan mata, hidung, mulut dan tekak, serta boleh melemaskan mangsa jika dikelilingi oleh kepekatan yang cukup tinggi.

perang dunia pertama 442

Walau bagaimanapun, gas klorin menghasilkan bau yang kuat dan awan kehijauan. Ini membuatkannya mudah untuk dikesan dan boleh dielakkan dengan menutup hidung dan mulut.

Kemudian kita ada gas fosgen dan hampir 6 kali ganda lebih dahsyat berbanding gas klorin, sebagai tambahan kepada tidak berwarna dan kurang berbau.

Gas ini boleh mengambil sehingga 24 jam untuk kesannya kelihatan, menjadikannya tidak ideal sebagai senjata di medan perang melainkan ia digabungkan dengan klorin yang telah digunakan buat pertama kalinya oleh Jerman pada Disember 1915.

Dengan setiap pengulangan, gas-gas ini menjadi lebih berkesan dan membunuh, tetapi tiada gas yang boleh mengalahkan kehebatan gas mustard, ejen kimia paling berkesan dalam peperangan.

Gas mustard dalam Perang Dunia Pertama

serangan gas kimia 542

Gas Mustard adalah agen kimia yang menyebabkan pembakaran kulit, mata dan saluran pernafasan teruk. Ia boleh diserap ke dalam badan melalui penyedutan, pemakanan atau dengan bersentuhan dengan kulit atau mata.

Gas mustard menjadi pilihan utama bagi komander perang dalam sesebuah konflik, namun jumlah kematiannya ketika Perang Dunia Pertama tidak diketahui.

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 1.3 juta kematian disebabkan oleh serangan gas. Kebanyakan daripada kematian ini merupakan hasil daripada gas fosgen manakala sementara banyak kematian terburuk dan terdahsyat disebabkan oleh gas mustard.

Gas Mustard juga dikenali sebagai mustard sulfur (Cl-CH2CH2) 2S dan merupakan sejenis gas yang cenderung untuk menyebabkan lepuhan. Ia mampu untuk menyebabkan berlakunya lepuhan besar pada kulit dan dalam paru-paru.

Apabila digunakan dalam peperangan, gas ini mempunyai warna kuning coklat dan mempunyai bau mustard yang samar, namun laporan lain memberitahu bahawa ia hampir sama dengan bawang putih dan horseradish.

Ia disebarkan sebagai satu kabus halus dan biasanya akan berakhir di atas tanah sebagai cecair berminyakmenguap sepenuhnya. Ia juga akan membentuk awan tebal yang bergerak ke parit pihak musuh dan kekal di situ dan memberikan kesan dahsyat kepada mereka yang berada di kawasan sekitar.

mangsa gas mustard dalam ww1

Jika mata, hidung, mulut, kulit atau paru-paru terdedah kepada gas mustard, apa yang berlaku adalah kerengsaan yang melampau, termasuk rasa mual dan muntah, buta sementara / kekal, sesak nafas, batuk dan sakit sinus.

Ia masih boleh dirasai walaupun tekak anda tertutup, membuatkan mustahil untuk bernafas. Dalam sesetengah kes, berminggu-minggu diperlukan untuk mangsa mati, atau mereka selamat dan mengalami kerosakan kekal kerana terdedah kepada gas ini.

Gas mustard juga merupakan bahan mutagen, yang bermaksud bahawa ia boleh menyerang DNA mangsa, menjadikan mereka lebih berisiko untuk kanser di kemudian hari. Itu pun jika mereka terselamat dari ada gas dahsyat ini.

Pendedahan ringan terhadap gas ini boleh menangguhkan permulaan gejala selama 1 hingga 6 jam, tetapi pendedahan yang keterlaluan dapat memberikan kesan serta-merta. Lebih buruk, gas ini tidak hilang dengan begitu sahaja.

Dalam sesetengah kes, adalah lebih selamat untuk naik ke bahagian atas parit, di mana anda terdedah kepada tembakan dan bukannya berdiri di bawah awan yang menyalurkan gas mustard ke bahagian bawah parit yang sempit.

kesan gas mustard 747

Dan dalam situasi lain, penggunaan gas ini membuatkan pihak musuh mustahil untuk maju ke hadapan kerana mengetahui bahawa ia masih ada di sekitar yang akan membahayakan tentera mereka.

Gabungan Kuasa Pusat pada Perang Dunia Pertama yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary, Empayar Uthmaniyyah and Bulgaria bukanlah satu-satunya kuasa yang pernah melakukan serangan gas dalam konflik ini.

Menjelang November 1917, kuasa Allies juga melancarkan serangan gas mustard terhadap Jerman. Sebaik sahaja Amerika Syarikat menyertai WW1, keupayaan pembuatan gas mustard oleh kuasa Allies meningkat dengan begitu ketara dan menjadikan kuasa gas mustard beralih pihak.

Selepas Perang Dunia Pertama

penggunaan gas mustard diharamkan dalam perang

Pada tahun 1925, tujuh tahun selepas perang berakhir, Protokol Geneva telah ditandatangani dan disahkan oleh sebahagian besar dunia dalam tempoh 5 tahun.

Salah satu perkara utama adalah larangan penggunaan senjata kimia seperti gas mustard, kerana negara-negara menandatangani bahawa penggunaan senjata melemaskan dalam peperangan adalah "dikutuk oleh pendapat umum dunia yang bertamadun".

Atas sebab ini, serangan gas yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua adalah tersangat sedikit, namun jumlah kematian dalam WW2 adalah hampir empat kali ganda berbanding WW1.

Selain itu, penggunaan topeng gas yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak dalam WW2 menjadikan serangan gas kurang berkesan, dengan kesan-kesan yang berlaku hanyalah rasa gatal pada kulit.

Dengan ini, gas mustard semakin kurang digunakan sejak WW1, dan yang paling ketara adalah dalam perang Iraq-Iran pada penghujung tahun 1980-an kerana ia masih sangat berkesan terhadap tentera musuh yang tidak dapat mempertahankan diri dari serangan seperti ini.

Penggunaan senjata kimia pada hari ini dianggap sebagai jenayah perang dan ditolak oleh sebahagian besar dunia dalam kejadian yang jarang berlaku, seperti serangan gas sarin di Ghouta ketika Perang Saudara Syria pada tahun 2013.

Rujukan:

1. Rahsia Perang Dunia II

2. Kesan Jangka Masa Panjang Sulfur Mustard

3. Gas Mustard




Hakcipta iluminasi.com (2017)