Mungkin ramai yang tahu tentang bencana nuklear Fukushima yang berlaku pada tahun 2011 namun ramai yang sudah melupakannya dan menganggap ia tak lebih daripada tragedi Chernobyl atau Pulau Three Mile.
Namun, ia masih memberikan impak sehingga hari ini terutamanya melibatkan air di sekitar loji nuklear yang masih sangat radioaktif.
Saintis-saintis Jepun hanya berada pada tahap permulaan untuk memahami masalah sebenar akibat tragedi ini dan perjalanan untuk menyelesaikan masalah ini masih sangat jauh.
BESARKAN TEKS A- A+
Apa yang berlaku di Fukushima ini mungkin lebih buruk berbanding Chernobyl dan kemungkinan mengambil masa berdekad-dekad untuk kita mengisytiharkan situasi ini tidak lagi berada pada tahap bahaya.
iluminasi.com kongsikan 7 fakta mengejutkan tentang kesan tragedi nuklear Fukushima.
1. Sesetengah orang percaya segalanya dirancang oleh Israel
Tak sah jika berlakunya sesuatu bencana itu tanpa melibatkan teori-teori konspirasi yang tak masuk akal namun kedengaran seperti sesuatu yang "cool".
Seorang lelaki bernama Jim Stone yang tidak dapat disahkan kredibilitinya telah mendakwa dirinya sebagai bekas pegawai keselamatan negara dan memberitahu bahawa dia pernah bekerja dalam bidang kejuruteraan, serta percaya dia tahu perkara sebenar di sebalik tragedi ini.
Menurut Jim, Jepun sebenarnya sedang mengusahakan uranium yang diperkaya untuk membantu Iran yang merupakan musuh Israel, dalam mencipta senjata nuklear yang akan menghancurkan mereka.
Sudah tentu orang-orang Yahudi tak akan duduk diam mengenai perkara ini jadi mereka mula memasang bom di fasiliti Fukushima dan juga menanamnya di dasar lautan.
Selepas melakukan helah ini, Jim mendakwa Israel menunggu untuk berlakunya gempa bumi dan menggunakannya untuk menutup niat jahat mereka dalam meletupkan bom-bom tesebut yang kemudiannya mencetuskan tsunami yang sangat dahsyat.
Dan sudah pasti terdapat beberapa sebab mengapa teori ini tak masuk akal. Sebab pertama adalah tsunami tersebut terbukti terjadi secara semulajadi.
Ia juga tak masuk akal untuk mengatakan bahawa Israel mampu meletupkan fasiliti Jepun tanpa dikesan dengan jelas dan tanpa pihak Jepun melaporkan kepada mana-mana komuniti antarabngsa.
Sebenarnya, ia adalah logik untuk mengatakan bahawa ia berlaku secara semulajadi namun orang ramai lebih suka mempercayai teori-teori konspirasi ini kerana ia agak menarik.
2. Pertambahan robot canggih yang tidak membantu
Jepun terkenal dengan kemahiran mereka dalam menghasilkan robot, namun sejak kebelakangan ini mereka jauh lebih tercabar dalam hal ini berbanding sebelum ini.
Mereka telah ditugaskan untuk menghasilkan robot yang boleh melalui kawasan fasiliti yang tercemar dengan sisa nuklear dan melihat keadaan rod bahan api termasuk kerosakan-kerosakan yang lain.
Selepas beberapa tahun dan selepas kehilangan banyak robot yang rosak akibat kesan radiasi yang luar biasa yang mana boleh membunuh manusia dalam masa beberapa minit, akhirnya mereka berjaya membina satu robot yang mampu untuk mendekati rod bahan api di dalam fasiliti tersebut.
Walau bagaimanapun, masalahnya adalah ini hanyalah satu permulaan sahaja. Walaupun mereka berjaya membuat robot dipercayai mampu membantu dalam hal ini, namun ini bermakna mereka masih perlu menyelesaikan masalah itu sendiri.
Sekiranya masa 6 tahun diperlukan untuk menghasilkan sebuah robot yang hanya mampu berfungsi untuk mendapatkan gambaran jelas tentang keadaan rod bahan api di dalam fasiliti itu, kemungkinan besar kita perlu menunggu lebih lama untuk Jepun menghasilkan robot-robot yang mampu berfungsi dengan baik bagi membersihkan apa yang patut.
Jepun mungkin perlu melabur lebih banyak lagi dalam penyelidikan robotik kerana masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya dan teknologi semasa mereka adalah tidak memadai.
3. Pakar anggarkan tempoh berdekad-dekad untuk bersihkan lokasi terlibat
Ramai orang bimbang bahawa pembersihan ini boleh mengambil masa bertahun-tahun namun pakar-pakar telah memberi amaran bahawa ia mungkin lebih buruk daripada yang kita sangkakan.
Anggaran semasa adalah ia boleh mengambil masa kira-kira empat dekad dan ini hanya jika kita tidak berhadapan dengan apa-apa masalah baru serta usaha pembersihan terus berjalan dengan lancar sepanjang masa.
Ini menimbulkan masalah besar bagi Jepun kerana ia merupakan pengalihan jangka panjang ke atas ekonomi mereka yang tidak memberikan mereka sebarang kejuntungan, mewujudkan rasa tidak percaya yang berterusan dan menjadikannya sukar bagi orang untuk mempertimbangkan penggunaan kuasa nuklear di masa hadapan.
Kerajaan Jepun berharap mereka boleh mula menghantar rakyatnya kembali ke sana namun dengan usaha pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa dekad, ia mencetuskan beberapa masalah lain yang menyebabkan lebih banyak pemindahan keluar dilakukan.
Walau bagaimanapun, Jepun adalah sebuah pulau kecil dengan penduduk yang besar dan mereka pasti mahu menggunakan kawasan tersebut semula secepat mungkin.
Mereka yang tinggal di negara lain mula bimbang apabila mendengar tentang perkara ini kerana apa-apa bencana nuklear yang tidak dibendung sepenuhnya dapat memberi kesan nuklear ke seluruh dunia.
4. Air tercemar sampai ke pantai Amerika Utara selepas 2 tahun
Tak lama selepas tragedi Fukushima, satu grafik mula tersebar dengan dakwaan bahawa awan radiasi dari bencana itu sedang bergerak ke seluruh dunia dan sampai ke Amerika Utara, di mana ia akan mencemari segala-galanya.
Kini, terbukti tidak ada awan raksasa atau gelombang radiasi dan zarah radioktif tersebut tidak mampu bergerak dengan pantas.
Walau bagaimanapun, kedua-dua kumpulan penyelidik dan kumpulan warga tempatan yang ingin mengesan radiasi ini telah menghabiskan masa dua tahun mengumpul sampel air dan menguji kesan radiasi secara berterusan.
Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa hanya 2 tahun diperlukan oleh mana-mana radiasi dari Fukushima untuk sampai ke pantai di Amerika Utara.
Walaupun sesetengah orang mungkin menganggap ini sebagai satu sebab untuk berasa cemas, namun jumlah radiasi yang larut dalam air tidak dianggap begitu berbahaya oleh para saintis.
Kini, walaupun ia bukan alasan untuk menggelabah, ia masih membuktikan bahawa bencana ini boleh memberikan kesan global dan jika air buangan nuklear Jepun bergerak lebih pantas serta tidak dirawat, mungkin kita akan melihat lebih banyak kesan yang menakutkan.
5. Lebih banyak nyawa hilang ketika pemindahan
Kebanyakan orang beranggapan bahawa bencana ini sebagai bahagian paling dahsyat dari keseluruhan tragedi apabila ia melibatkan jumlah nyawa yang terbunuh. Namun, ia tidaklah seperti yang disangkakan.
Walaupun tsunami yang berlaku telah mengambil nyawa 1,600 orang mangsa, namun kesan daripada bencana ini telah menyebabkan kesan yang lebih teruk terhadap loji kuasa nuklear dan terhadap mereka yang tidak sempat untuk meninggalkan kediaman di Fukushima.
Kira-kira 300,000 penduduk terpaksa meninggalkan bandar tersebut dan mencari tempat baru untuk dihuni sekurang-kurangnya sehingga bencana ini diselesaikan dengan sepenuhnya.
Tekanan disebabkan pemindahan, kekurangan bantuan perubatan dan makanan serta kes bunuh diri telah melonjakkan angka kematian.
Walaupun ia tidaklah begitu banyak, namun kaji selidik mendapati bahawa lebih daripada 1,600 orang terbunuh hanya disebabkan oleh pemindahan sahaja dan bukannya disebabkan oleh bencana awal.
Lebih malang, ia menunjukkan rancangan kerajaan yang teruk mampu menyebabkan kesan yang lebih buruk berbanding tsunami.
6. Jepun pertimbangkan untuk buang sejuta tan air beradioaktif ke laut
Disebabkan tragedi ini, Jepun mempunyai sedikit masalah berkenaan dengan air bawah tanah yang tercemar. Mereka percaya mereka telah berjaya mengeluarkan kebanyakan elemen radioaktif, tetapi tritium masih kekal dan ia akan terus wujud untuk tempoh beberapa tahun.
Pada masa yang sama, mereka mempunyai kira-kira sejuta tan bahan ini di kawasan sekitar dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengannya.
Sesetengah orang telah mencadangkan supaya ia dibuang ke dalam lautan begitu sahaja. Bagaimanapun, pengkritik dari dalam dan luar Jepun menganggap itu adalah idea yang sangat tak masuk akal.
Kesan terhadap pembuangan jumlah radioaktif yang sangat banyak ke dalam laut tidak diketahui dan kita tak boleh ambil risiko hanya sebab ingin menguji kesannya.
Mereka yang mencadangkannya berkata mereka perlu melakukannya sekiranya sesuatu akan berlaku yang menyebabkan tangki air meletup, seperti bencana alam seterusnya.
Buat masa ini, Jepun masih menangguh rancangan ini mungkin kerana melepaskan banyak air yang tercemar dengan bahan radioaktif secara sekaligus dianggap melanggar perjanjian antarabangsa malah merupakan satu tindakan yang boleh menyebabkan tercetusnya perang.
7. Gempa bumi cetuskan tsunami keempat terdahsyat pernah direkodkan
Apabila bencana Fukushima berlaku, ramai orang merasakan bahawa Jepun benar-benar tidak bertanggungjawab kerana memiliki fasiliti nuklear di lokasi yang sangat bahaya dan terdedah.
Perspektif kebanyakan orang adalah Jepun sepatutnya lebih tahu bahawa bencana seperti ini mungkin boleh terjadi dan perlu lebih bersedia.
Malah, negara ini sangat biasa dengan kejadian gempa bumi dan tsunami. Walau bagaimanapun, kebiasaan mengalami tragedi seperti ini mungkin tak cukup bagi mereka kerana gempa bumi dan tsunami sekuat ini tidak pernah berlaku dalam sejarah mereka.
Jepun mempunyai rekod hampir 200 gempa bumi yang mencapai lebih dari 7.0 magnitud. Malangnya, gempa bumi yang mencetuskan tsunami yang mengerikan itu berskala 9.0, sekaligus menjadikannya gempa bumi terkuat yang pernah dialami Jepun dan gempa bumi keempat terkuat dalam sejarah dunia yang direkodkan.
Ini tidak bermakna orang Jepun bertanggungjawab sepenuhnya namun ia memberi penjelasan tertentu tentang mengapa budaya yang sangat biasa dengan gempa bumi dan tsunami ini terkesima apabila dilanda dengan sesuatu yang tak pernah mereka alami.