Sejak Perang Dunia ke 2, tenaga nuklear telah diperluaskan penggunaannya dimana ianya dipercayai bakal menjadi sumber utama tenaga dunia pada masa hadapan. Walaupun tenaga nuklear seringkali dikaitkan dengan peperangan, sekiranya dikawal dengan rapi dan digunakan sebaiknya mampu membekalkan tenaga kepada juta manusia seluruh dunia.

Lumrah di dunia tiada yang sempurna. Sejak berpuluh tahun dahulu, sudah terdapat banyak kes leputan nuklear yang berlaku dan telah meragut banyak nyawa. Kebanyakan kemalangan ini berpunca daripada kesilapan manusia dan kesilapan teknikal yang adakalanya tidak boleh dielakkan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl

Kes letupan reaktor nuklear ini yang berlaku pada APril 1986 dipercayai antara yang paling teruk pernah direkodkan. Reaktor nuklear Chernobyl ini adalah kepunyaaan pihak tentera Soviet Union dan letupan ini dipercayai berpunca daripada kecuaian manusia.

Seperti biasa, apabila para pekerja akan membuat ujian rutin tersebut reaktor tersebut, mereka akan diberikan arahan yang perlu dipatuhi sebagai langkah-langkah keselamatan. Malangnya pada hari kejadian, salah seorang supervisor bertugas telah bertindak membuat kerja tanpa mengikut garis panduan dan protokol yang telah disediakan. Akibatnya, telah terhasil haba panas yang menghasilkan letupan dan melepaskan bahan radioaktif ke udara. Sehingga kini, kandungan radioaktif dipercayai masih tinggi di kawasan sekitaranya dan pihak bomba yang bertugas pada waktu itu ramai yang mati akibat radiasi.

Selain itu, dipercayai 1 per 3 daripada 500 000 orang pasukan keselamatan yang dihantar kerajaan seramai mati. Kebanyakan yang terlibat dalam kejadian tersebut kini menghidap penyakit kanser dan kecacatan kelahiran bayi. Bandar Pripyat kini sunyi sepi tanpa penduduk dan mereka yang ingin kesana perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Russia.

2. Three Mile Island 

three mile island

Pada Mac 1979, kejadian letupan nuklear telah berlaku di reaktor nuklear Three Mile Island. Kes ini menjadi kes letupan nuklear yang terbesar dalam sejarah negara Amerika Syarikat. Pada hari kejadian, pekerja yang bertugas tidak perasan bahawa terdapat masalah mekanikal pada sistem penyejukan yang menyebabkan peningkatan suhu reaktor.

Malanganya pada ketika itu tiada lagi sistem dan teknologi amaran untuk memaklumkan perkara. Akibat daripada peningkata suhu dalam sistem, bahan uranium yang terdapat dalam reaktor tersebut telah cair dan dipercayai terbebas. Walau bagaimanapun, ianya dipercayai tidak akan memberi apa-apa kesan buruk kepada penduduk sekitarnya. Akibat daripada kerisauan perkara sama akan berulang, penduduk setempat telah melakukan protes supaya reaktor tersebut ditutup. Reaktor Three Miles Island masih beroperasi 40 tahun kemudiannya dan ianya dijanka akan ditutup pada tahun 2019 akibat daripada saingan daripada sumber gas asli.

3. Reaktor Nuklear Fukushima

reaktor nuklear fukushima

Kes ini antara yang popular dan biasa kita dengar kerana ianya meruapkan kejadian terbaru. Berbanding kes lain yang kebanyakannya berpunca daripada kesilapan manusia atau sistem, kes letupan nuklear di Fukushima ini berpunca daripada kejadian alam sekitar. Pada Mac 2011, gegaran gempa bumi yang berlaku telah menyebabkan pergerakan tektonik dan menghasilkan tsunami yang menghala ke nuklear Fukushima.

Kejadian ombak besar yang menghala ke reaktor ini telah menyebabkan kerosakan pada sistem penyejukan reaktor ini yang berfungsi mengawal suhu pada reaktor ini. Hal ini telah menyebabkan suhu meningkat naik dan berlaku letupan yang membebaskan bahan radioaktif ke udara dan kawasan penempatan berdekatan. Selepas membuat kajian, pihak kerajaan telah mengisyhtiharkan kawasan beradius 20km daripada reaktor tersebut sebagai kawasan larangan. Kesemua penduduk telah dipindahkan.

Selain itu, kerajaan telah mengarahkan kesemua 6 reaktor ditutup. Sehingga ini, kawasan tersebut masih mengandungi penceramaran radioaktif pada kadar yang tinggi. Pihak kerajaan masih lagi mencari solusi mengenai perkara ini.

4. Insiden Nuklear Kyshtym

insiden nuklear kyshtym

Insiden di kawasan nuklear Kyshtym ini berlaku pada September 1957 dan membebaskan bahan radioaktif kepada kawasan berdekatan yang mempunyai populasi seramai 300 000 orang penduduk. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi sistem penyejukan pada reaktor tersebut.

Pihak Soviet hanya memindahkan 10 000 orang Russia daripada kawasan tersebut manakal selebihnya dibiarkan. Penduduk yang dibiarkan itu sebenarnya menjadi bahan ujikaji eksperimen rahsian pihak Soviet yang dikenali sebagai 'Eksperimen Muslumov'. Pihak Soviet ingin melihat kesan pencemaran radioaktif tersebut kepada manusia dalam jangka masa panjang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)