Pernah tak anda berhadapan dengan haiwan liar yang berbahaya? Kebanyakan daripada kita pernah melalui situasi ini dan perkara pertama yang biasanya dilakukan selain daripada tercengang adalah melarikan diri.
Kenapa kita melarikan diri? Ia merupakan satu tindakbalas semulajadi manusia apabila berhadapan dengan sesuatu yang menakutkan.
Namun, dalam situasi-situasi tertentu, melarikan diri bukanlah satu tindakan yang terbaik untuk menyelamatkan diri. Malah, lebih merumitkan keadaan.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 ancaman yang anda tak patut larikan diri.
1. Tips berhadapan dengan anjing liar
Walaupun ramai orang berpendapat bahawa baka anjing tertentu lebih agresif daripada yang lain, namun semua jenis anjing akan menjadi marah jika terkejut dan berasa terancam.
Satu kajian statistik gigitan anjing dari tahun 1980-an hingga 2000 tidak menunjukkan baka mana-mana yang lebih berbahaya daripada yang lain.
Apa yang dipersetujui oleh semua orang adalah seseorang yang berhadapan dengan anjing yang mengancam tidak seharusnya melarikan diri.
Melakukan hal ini hanya akan mendorong haiwan itu untuk menyerang. Dan secara logiknya, anjing lebih pantas berbanding manusia.
Apa yang perlu dilakukan adalah menutup mata dengan tangan dan berdiri diam. Ini kerana anjing menganggap renungan mata sebagai satu cabaran.
Anda juga tidak boleh membuat sebarang bunyi. Terdapat kemungkinan anjing tersebut akan beredar selepas melihat anda berdiam diri dengan mata tertutup.
2. Tips selamatkan diri dari serangan beruang
Melarikan diri adalah tindakan yang tidak bijak jika anda berhadapan dengan seekor beruang dari apa spesis sekalipun.
Walaupun beruang jarang menyerang, haiwan liar ini sangat sukar untuk diramal. Malah, beruang boleh berlari sepantas 48 kilometer sejam. Namun, ia biasanya hanya mahu dibiarkan bersendirian.
Jika anda terserempak dengan haiwan ini di mana-mana, cara terbaik untuk dilakukan adalah berundur ke belakang perlahan-lahan sambil muka bertentang dengan beruang tersebut.
Sama seperti anjing, anda perlu menghindarkan diri daripada memandang mata beruang. Jika beruang tersebut tetap mengikuti anda, anda mungkin perlu bertindak dengan lebih agresif.
Berpura-pura mati tidak berfungsi dalam semua situasi dan hanya akan membantu jika beruang tersebut sedang memeriksa anda yang dilihatkan sebagai ancaman kepada anaknya.
Tak kira lah dalam apa situasi sekalipun, tindakan yang terbaik boleh dilakukan adalah dengan bertindak agresif.
Walaupun saiz beruang tersebut besar dan sangat kuat, semua jenis beruang akan takut dengan bunyi kuat dan objek berbahaya.
Mula dengan membuatkan diri anda sebesar yang boleh sebagai contoh dengan pergi ke tempat yang lebih tinggi. Jerit ke arah beruang tersebut, halakan kayu dan juga baling batu ke arahnya.
3. Tips selamatkan diri dari arus deras lautan
Arus yang tidak disangka-sangka yang terbentuk di tempat yang rendah boleh bergerak pada kelajuan hingga 2.4 meter sesaat.
Berenang ke arah pantai mungkin adalah langkah pertama yang akan dilakukan seseorang jika berasa terancam oleh arus semasa yang kuat
Pakar mengatakan bahawa arus kuat sukar untuk diatasi dan mereka yang cuba melakukannya mungkin akan keletihan serta berisiko lemas sebelum sampai ke tepi pantai.
Sebaliknya, apa yang harus dilakukan adalah berenang selari dengan arus semasa. Jika itu tidak berhasil, baring di atas air dan biarkan arus membawa anda.
Kemudian, cuba berenang ke pantai.
4. Tips kurangkan risiko kecederaan bencana gempa bumi
Seperti dalam semua senario kecemasan lain, adalah menjadi satu perkara penting untuk kekal tenang apabila Bumi mula bergoncang.
Sekiranya anda berada di dalam rumah, anda perlu jauhi tingkap. Tindakan yang baik adalah dengan masuk ke bawah meja yang kukuh atau kawasan perlindungan lain dan tutup kepala dengan bantal.
Jika ia tidak boleh dilakukan, pergi ke bahagian dinding dalaman rumah dan lindungi kepala anda dengan bantal.
Sekiranya anda berada di luar, pergi ke kawasan terbuka yang jauh dari bangunan, menara pencawang dan potensi bahaya lain yang boleh tumbang semasa gempa bumi.
Sekiranya anda memandu, pandu kenderaan anda keluar dari lalu lintas dan letakkan di tempat yang tiada pokok, papan tanda, isyarat lalu lintas dan tiang lampu.
Apa pun yang anda lakukan, jangan lari. Kebanyakan kecederaan gempa bumi berlaku apabila mereka yang lari untuk cuba masuk atau keluar bangunan.
5. Tips berhadapan dengan kumpulan serigala
Apa yang membuatkan ia berbahaya adalah serigala gemar bergerak dalam kumpulan ketika mencari memburu.
Sekiranya anda terserempak dengan sekumpulan serigala, melarikan diri akan membuatkan anda kelihatan seperti mangsa yang berpotensi bagi haiwan ini.
Akan tetapi, kebarangkalian untuk berhadapan dengan serigala adalah agak tipis dan walaupun ia mungkin berlaku, serigala biasanya tidak menerkam.
Serigala adalah pemburu secara semulajadi dan adalah pemangsa yang lebih suka menangkap mangsanya yang melarikan diri.
Walau bagaimanapun, tindakan terbaik adalah mengelak daripada menguji haiwan ini.
Ini bermakna anda perlu bergerak perlahan-lahan tanpa melihat tepat ke arah mata haiwan ini.
Walaupun serigala bergerak dalam kumpulan, namun ia tidak suka diganggu oleh manusia dan agak mudah untuk menakutkannya jika dilakukan dengan betul.
Jika serigala mara ke arah anda, buatkan anda kelihatan sebesar yang mungkin dan jerit ke arahnya, sama seperti beruang.
Jika semuanya gagal, gulungkan badan anda menjadi "bola", tutup muka dengan tangan dan tunggu hingga serigala tersebut bereder. tersebut berakhir.
6. Tips sekiranya terserempak dengan buaya
Tahu atau tidak, buaya mempunyai kepantasan yang hampir sama dengan manusia. Jika terserempak dengan buaya, melarikan diri hanya akan membuatkan haiwan ini lebih agresif.
Tindakan terbaik yang boleh diambil adalah berundur perlahan-lahan dan cuba untuk tidak menarik perhatian.
Jika ini tidak berhasil, serang mata buaya tersebut dengan mencucuknya menggunakan jari.
Pada tahun 2011, seorang pelombong Australia bernama Eddie Sigai berjaya mematahkan serangan seekor buaya selepas diheret ke dalam air.
Apakah yang dilakukan oleh Eddie adalah dengan bertarung seperti seorang ahli gusti profesional dan mencucuk mata buaya tersebut.
Pakar mengatakan bahawa mencucuk mata buaya adalah salah satu daripada beberapa pilihan yang boleh dipercayai.
Ini adalah kerana bahagian lain sangat kuat seperti rahang buaya sukar untuk dilawan bagi melepaskan apa yang digigit terutamanya jika anda cuba melakukannya dengan satu tangan.
Kulitnya cukup tebal untuk menangkis segala tusukan atau tikaman menggunakan apa-apa senjata tajam.
Rujukan: