fakta pelik finland

Apabila membicarakan mengenai negara Finland, kita pastinya akan mengaitkannya dengan status negara paling bahagia di dunia dan sistem pendidikannya. Malah di Malaysia kita sering membanding-bandingkan sistem pendidikan di negara kita dengan Finland walhal sistem pendidikan di sana tidaklah sebagus yang dicanang-canangkan.

Finland ialah sebuah negara Nordik dan negara anggota Kesatuan Eropah di Eropah Utara. Ia berkongsi sempadan darat dengan Sweden di barat, Rusia di timur dan Norway di utara. Finland meliputi kawasan seluas 338,455 kilometer persegi  dengan populasi 5.5 juta dimana Helsinki ialah ibu negara dan bandar terbesar di negara ini.

Kali ini, mari lihat beberapa fakta menarik mengenai negara ini.

1. Eukonkanto

lari bawak bini finland

Kredit foto : Guardian

Anda mungkin pernah menonton video di Youtube mengenai satu pertandingan unik dimana lelaki akan mendukung isteri mereka sambil berlari dan merentasi pelbagai halangan. Nama sukan tersebut adalah eukonkanto dan merupakan sukan tradisi disini.

Pasangan yang menamatkan saingan pertama diisytiharkan sebagai pemenang. Sukan ini mula diperkenalkan di Sonkajärvi, Finland. Hari ini, Sonkajärvi berfungsi sebagai venue untuk Kejohanan Dunia Pembawa Isteri. Pemenang menerima hadiah bir senilai berat isterinya.

2. Lagu metal di arus perdana

band metal

Lagu berunsurkan metal mempunyai peminatnya yang tersendiri namun di kebanyakan negara termasuk Malaysia lagu sebegini kebanyakannya bergerak secara underground dan sukar menembusi pasaran arus perdana. Namun di Finland lagu berentak metal boleh dikatakan diterima di perinngkat arus perdana. 

Secara puratanya, terdapat 53.2 band metal bagi setiap 100,000 orang. Ini bermakna setiap band metal di negara mempunyai sebanyak 1,879.6 peminat headbanging. Jumlah ini boleh dikatakan cukup banyak. Apakah band metal di Malaysia yang masih anda ingati?

3. Setiap bayi diberi barangan keperluan hidup

kotak bayi

Sejak tahun 1930-an, negara Finland telah menyediakan kotak hadiah kepada ibu yang baru mendapat bayi. Kotak itu seperti yang dapat dilihat pada hari ini diperbuat daripada kadbod dan dilengkapi dengan barangan berguna seperti pakaian musim sejuk dan sebagainya.

Matlamat pada masa itu adalah untuk menurunkan kadar kematian bayi dan ternyata matlamat tersebut telah berjaya dicapai.

4. Terowong kedua terpanjang di dunia

terowong kedua terpanjang dunia 435

Terowong Air Päijänne ialah sebuah terowong air yang terletak di Finland Selatan. Dengan panjang 120 kilometer ia adalah terowong kedua terpanjang di dunia, terletak  pada kedalaman 30–100 meter. di batuan dasar.

Terowong ini membekalkan air tawar kepada berjuta-juta orang Finland yang tinggal di kawasan sekitar ini. Pembinaan terowong ini bermula pada tahun 1972 dan telah siap pada tahun 1982 dengan kos kira-kira €200 juta (dilaraskan untuk inflasi). 

5. Sambutan Hari Kegagalan Kebangsaan

hari kegagalan kebangsaan

Setiap dari kita pastinya pernah gagal dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup. Rakyatt Finland meraikan "kegagalan" pada 13 Oktober setiap tahun. Hari pertama seumpama itu diadakan pada tahun 2010 oleh pelajar universiti Finland. Ia tidak lama kemudian menjadi sangat popular dan menarik nama-nama besar dalam masyarakat Finland.

Hari ini, ramai ahli politik, artis, personaliti media terkenal dan lain-lain menyokong Hari Kegagalan Kebangsan dan berkongsi kisah kegagalan mereka sendiri dan cara mereka mengatasi masalah tersebut. Hari ini disambut untuk membolehkan orang ramai berkongsi tentang masalah mereka dalam hidup dan mendapatkan sokongan daripada masyarakat mengenai cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka.

6. Mempunyai passport kedua paling berkuasa di dunia

passport finland

Rakyat negara ini sangat beruntung kerana passport yang dimiliki mereka berada di tangga kedua passport paling berkuasa di dunia, berkongsi kedudukan bersama dua buah negara iaitu Luxembourg dan Spain. 

Dengan kelebihan ini, rakyat dari negara Finland boleh melancong ke 168 buah negara di dunia dengan mudah tanpa perlu melalui pelbagai proses yang rumit dan karenah birokrasi yang memenatkan. 

7. Paling banyak minum kopi

kopi finland

Jangan terkejut, negara ini menduduki tempat pertama negara paling banyak minum kopi. Secara puratanya rakyat di negara ini meminum 12kg kopi per kapita. Jumlah ini menjadi lebih besar jika ditolak bilangan kanak-kanak. 

Kopi biasanya dinikmati sepanjang hari, setiap hari dan ketika waktu rehat semasa bekerja. Kopi juga merupakan hidangan wajib bagi  majlis-majlis khas dan jamuan tengah hari selepas gereja yang turut dlengkapi dengan bufet sandwic sejuk, kepingan roti, biskut dan kek dan sudah tentu, "khavi".

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. World Atlas
  3. BBC News
  4. Slate
  5. The Culture Trip


Hakcipta iluminasi.com (2017)