Sempadan negara-negara yang dilukis, kadangkala menyebabkan kawasan sesebuah negara itu jatuh ke dalam dua benua berbeza.

Keunikan ini ada kalanya memberikan faedah besar pada negara yang memerintah, berikutan wujudnya keistimewaan yang boleh mereka dapati daripada garis sempadan yang berbeza ini.

Tahukah anda beberapa buah negara yang jatuh di bawah dua benua berbeza?

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Indonesia

papua dan papua new guinea indonesia

Kita semua tahu Indonesia merupakan sebuah negara yang diletakkan di dalam kelompok benua Asia. Bagaimanapun, wujud banyak pulau-pulau kecil yang terletak agak jauh daripada ibu negara Indonesia sendiri, Jakarta. Pulau yang kini digelarkan Papua atau nama lamanya, Irian Jaya sebenarnya terletak dalam kawasan benua Oceania.

2. Kazakhstan

laut caspian terletak di benua eropah

Kazakhstan terletak dalam benua Asia, namun sebahagian besar tanahnya sebenarnya masuk ke dalam benua Eropah. Bahagian paling barat Kazakhstan yang terletak di bahagian pantai Laut Caspian sebenarnya berada dalam kelompok benua Eropah.

3. Azerbaijan

papan tanda sempadan benua azerbaijan

Azerbaijan juga mempunyai kawasan yang masuk ke dalam benua Eropah, di bahagian pergunungan Caucasus. Majoriti kawasan Azerbaijan berada di dalam benua Asia namun budaya serta ekonomi mereka sangat bergantung dengan benua Eropah. 70% jumlah eksport Azerbaijan dipasarkan ke Eropah menunjukkan berlakunya perkongsian budaya yang kuat dalam masyarakat Azerbaijan, sehinggakan mereka lebih selesa digelarkan Eurasia.

4. Russia

papan tanda sempadan benua russia

Negara yang memiliki keluasan tanah terbesar di dunia, Russia berkongsi kawasan dengan dua benua iaitu Eropah dan Asia. Bagaimanapun Russia memilih untuk memasuki benua Eropah walaupun sebahagian besar tanahnya iaitu 77 peratus sebenarnya terletak di benua Asia.

5. Panama

terusan panama

Kedudukan yang strategik menjadikan Panama tumpuan ramai dengan terusan Panama menjadi salah satu laluan air terpenting dunia. Terusan Panama yang ada sebenarnya telah pun membahagikan Panama kepada dua benua, Amerika utara dan Amerika selatan. Panama secara rasmi diletakkan ke dalam benua Amerika utara namun ibu negaranya pula terletak di Amerika selatan.

6. Mesir

firaun di mesir

Secara rasminya, Mesir diletakkan di dalam benua Afrika. Bagaimanapun Semenanjung Sinai yang terletak di bahagian timur Mesir dan menjadi salah satu laluan laut terpenting dunia melalui pembukaan terusan Suez, adalah satu-satunya bahagian negara Mesir yang terletak dalam benua Asia.

7. Turki

papan tanda dua benua di turki

Berdasarkan keluasan kawasan, Turki sebenarnya 95% Asia dan 5% Eropah. Walaupun begitu Turki memilih untuk menyertai kesatuan negara-negara Eropah dalam hal ehwal antarabangsa. Dua bandar di Turki sebenarnya turut terletak di dua benua berbeza. Istanbul terletak betul-betul di atas sempadan Eropah dan Asia, sementara Ankara pula terletak sepenuhnya dalam benua Asia.

Istanbul adalah satu-satu bandar dalam dunia yang merentasi dua benua berbeza.




Hakcipta iluminasi.com (2017)