Ethiopia adalah sebuah negara yang indah yang mempunyai sejarah yang menarik, keunikan hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Memandangkan negara ini tidak pernah dijajah, sehingga kini identiti budaya etnik masih dikekalkan oleh rakyatnya.

Kebanyakan orang hanya mengenali Ethiopia sebagai sebuah negara yang paling cantik di Afrika, tetapi terdapat banyak lagi fakta menarik mengenai negara ini. Kali ini, mari lihat beberapa fakta menarik dan keunikan yang ada di negara ini yang mungkin tidak didapati di mana-mana negara lain di dunia. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Sistem kalendar yang berlainan

kalenda ethiopia

Kalendar Ethiopia mempunyai 12 bulan dan 30 hari sebulan yang hampir serupa dengan kalendar Gregorian yang kita gunakan. Tetapi terdapat sedikit perbezaan di mana bulan ke-13 wujud yang terdiri daripada lima hingga enam hari. Hari tambahan ini dikenali sebagai hari "egomenal" yang, pada asasnya, hari lompat.

Hari tambahan ini memastikan kalendar Ethiopia mengikut musim dan fasa Bulan. Penambahan ini telah membawa kepada perbezaan yang besar selama tujuh tahun dalam kalendar Ethiopia dari biasa. Untuk bacaan lanjut, boleh baca artikel kami 5 negara yang tidak menyambut tahun baru pada 1 Januari

2. Mempunyai tasik paling masin di dunia

kolam gaet ale

Apabila bercakap tentang tarik air masin, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita tentunya ialah Laut Mati, tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Tetapi terdapat tasik yang lebih masin daripada Laut Mati. Malah, Laut Mati sebenarnya berada di tempat ketujuh!

Kawasan laut atau kolam yang menduduki tempat pertama ialah Kolam Gaet’ale yang terletak di Afar, Ethiopia. Pembentukan kolam ini juga boleh dianggap baru kerana hanya wujud pada tahun 2005, terbentuk selepas gempa bumi yang membuka mata air terma bawah tanah. Air di dalam kolam ini terdiri daripada 43.3% garam. 

3. Negara paling pantas membangun, tetapi 1/3 rakyatnya masih miskin

ekonomi ethiopia

Menurut statistik Prospek Ekonomi Global oleh Bank Dunia, Ethiopia adalah negara yang mempuyai ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia pada 2017. Walaupun pertumbuhan global diunjurkan 2.7%, Ethiopia diunjurkan menjadi 8.3%. Walaupun angka-angka ini kedengaran menakjubkan, tetapi realitinya cukup menyedihkan.

Walaupun kadar pertumbuhan yang tinggi, Ethiopia terperangkap dalam hutang awam yang sangat tinggi. Terdapat pertumbuhan yang agresif dalam infrastruktur awam yang merangkumi lebih daripada 50% daripada KDNK.

4. Diet makanan rendah kalori

diet makanan rendah kalori

Daripada 172 negara, Ethiopia menduduki kedudukan ke-167 dalam pengambilan kalori makanan. Orang Ethiopia secara purata mengambil 1,950 kalori setiap hari. Ini adalah kurang daripada jumlah penggunaan kalori minimum setiap hari seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2.200 kalori).

Pengambilan kalori rendah ini turut mempunyai kaitan dengan taraf hidup mereka yang miskin. Menurut kajian 2008, 16% daripada penduduk Ethiopia memperoleh kurang daripada $1 sehari. Hanya 65% isi rumah luar bandar memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi pengambilan makanan minimum harian sebanyak 2,200 kalori.

5. Sejarah penemuan kopi

sejarah kopi

Terdapat kepercayaan yang meluas bahawa Ethiopia mungkin merupakan tempat kelahiran kopi. Diceritakan seorang pengembala kambing bernama "Kaldi" ketika itu sedang membawa kambingnya meragut rumput sebelum merasa hairan apabila mendapati kambingnya tiba-tiba menjadi menjadi sangat bertenaga.

Kemudian, Kaldi menyedari bahawa kambing itu telah memakan beberapa buah beri merah dari pokok renek kecil. Kerana ingin tahu, dia mencubanya dan terkejut apabila ia membuatkan dia bertenaga. Dia membawa biji tersebut kepada para sami di sebuah biara berhampiran yang mencubanya dan mereka turut kagum akan kesannya..

6. Banyak pusat keagamaan melarang kemasukan wanita    

mount athos 557

Dikenali sebagai "Gunung Athos", institusi monastik ini mempunyai peraturan pelik yang telah digubal sejak tahun 800-an C.E. Terdapat sekitar 20 biara di dalam kawasan ini dan ia menempatkan 2,000 sami. Sami-sami ini menjalani kehidupan yang terasing sepenuhnya dari seluruh dunia.

Kehidupan mereka sangat terasing sehinggaka sesiapa yang ingin melawat tapak suci ini perlu memanjat tembok besar, dan itu juga hanya setelah mendapat kebenaran daripada para sami. Wanita, tidak kira manusia atau haiwan, dilarang memasuki tapak suci ini.

7. Keharmonian hidup antara dubuk dan manusia

dubuk 855

Dubuk secara umumnya dikenali sebagai binatang buas yang tidak mesra dengan manusia. Walau bagaimanapun, ianya adalah satu pemandangan biasa dalam bandar berdinding Harar di Ethiopia apabila haiwan ini biasa dilihat berkeliaran di jalanan untuk mencari makanan.

Di sini, dubuk tidak membahayakan manusia dan penduduk tempata tidak takut kepada haiwan itu. Dubuk tinggal di dalam gua di luar bandar dan apabila mereka memerlukan makanan, mereka datang mencarinya di dalam bandar. Haiwan ini dilihat sebagai ejen alam semula jadi yang dihantar untuk membersihkan sampah makanan di bandar.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. World Economic Forum
  3. Atlas Obscura
  4. Reuters



Hakcipta iluminasi.com (2017)