Dalam dunia animasi, nama Walter Disney tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebagai seorang pengeluar filem, Disney memegang rekod untuk Anugerah Akademi yang paling banyak diperoleh oleh seorang individu setelah memenangi 22 Anugerah Oscars daripada 59 pencalonan.

Dilahirkan di Chicago pada tahun 1901, Walt Disney mengembangkan minat awal dalam lukisan. Beliau mengambil kelas seni dan mendapat pekerjaan sebagai ilustrator komersial pada usia 18 tahun. Beliau berpindah ke California pada awal 1920-an dan menubuhkan Studio Disney Brothers bersama abangnya, Roy.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan bantuan Ub Iwerks, Walt membangunkan watak Mickey Mouse pada tahun 1928 dan ianya kejayaan pertamanya yang menjadi sangat popular. Selain itu, beliau juga menyumbangkan suaranya untuk ciptaan animasinya pada tahun-tahun awalnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, selain popular sebagai seorang kartunis, beliau juga telah banyak merevolusi dunia animasinya. Daripada sebuah taman tema sehinggalah penciptaan konsep masa hadapan yang dikenali sebagai EPCOT(Experimental Prototype Community of Tomorrow), hari ini kami akan berkongsi 7 ciptaan hasil ideanya.

1. Pusat membeli-belah

pusat beli belah

Kewujudan pusat membeli-belah yang menempatkan banyak kedai dalam sebuah bangunan besar sebenarnya amat memudahkan orang ramai untuk membeli-belah. Hanya parking sahaja kereta di tempat meletak kenderaan dan luangkan sebanyak mungkin masa mencari barangan diperlukan tanpa perlu berjalan jauh.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pihak Disney lah yang mencetuskan idea ini melalui Disneyland, pusat membeli-belah indoor pertama dunia. Mungkin rekabentuknya tidak seperti konsep pusat beli-belah pada masa kini, tapi ideanya telah dikembangkan menjadi pusat membeli-belah yang wujud merata-rata pada masa kini.

2. Barangan cenderahati

plush toys

Jika anda perasan, kebanyakan syarikat animasi pada masa kini akan turut menjual plush toys watak animasi mereka. Ini juga merupakan idea pihak Disney malah sebahagian besar keuntungan yang dijana oleh mereka turut disumbangkan oleh penjualan cenderahati watak-watak di bawah jenama Disney.

Pihak Disney sedar bahawa penjualan cenderahati watak-watak kartun Disney boleh menjadi alat yang efektif dalam mempromosikan filem dan tayangan Disney. Malah, cenderahati-cenderahati ini biasanya menjadi pilihan bagi ibu bapa yang yang mahu memberikan hadiah pada anak mereka.

3. Pemasaran melalui Televisyen

siri animasi disney

Lama sebelum televisyen menjadi popular, Disney dapat menjangkakan impak televisyen terhadap kejayaan syarikatnya. Semasa peringkat awal merancang Disneyland menggunakan televisyen sebagai alat promosi, Walt dan Roy tahu bahawa mereka memerlukan wang untuk membantu membiayai projek yang bercita-cita tinggi itu.

Roy telah pergi ke New York untuk bertemu dengan eksekutif rangkaian untuk membincangkan sekiranya ada syarikat yang mahu TV mempromosikan Disneyland melalui siaran TV. Syarikat ABC bersetuju untuk menyiarkan siri Disney secara mingguan. Siri ini mula ditayangkan pada tahun 1954 dan telah memberikan kejayaan besar kepada Disneyland.

4. Taman tema hiburan sekeluarga

taman hiburan keluarga 456

Walt Disney mempunyai impian untuk mewujudkan taman tema hiburan pertama di mana kanak-kanak dan ibu bapa dapat berseronok bersama. Walaupun taman tema sudah wujud di seluruh dunia, idea tersebut belum wujud pada pertengahan abad ke-20.

Secara tradisinya, taman-taman hiburan hanya disediakan untuk kanak-kanak dimana tiada kemudahan yang disediakan untuk ibu bapa. Walt membayangkan tempat di mana ibu bapa dan anak-anak dapat berkongsi pengalaman yang menyeronokkan antara satu sama lain. Daripada idea ini, Disneyland akhirnya dibuka pada 17 Julai 1955.

5. Konsep bandar masa hadapan

bandar futuristik 184

EPCOT (Experimental Prototype Community of Tomorrow) merupakan idea Walt Disney mewujudkan konsep bandar futurustik masa hadapan. EPCOT dibangunakan seawal tahun 1964 tetapi dibangunkan  dengan penuh kerahsiaan.

Disney mula merancang bandar sebenar masa depan, sebuah pembangunan yang menggabungkan teknologi, konsep dan bahan terkini yang mampu didiami oleh manusia. Malangnya, Walt Disney meninggal pada tahun 1966, sebelum Epcot dapat direalisasikan.

6. Monorel

monorel disneyland

Menggerakkan sekumpulan besar manusia dengan cepat dan cekap adalah beberapa prinsip utama Walt Disney dalam membangunkan EPCOT. Disney mempelopori penggunaan sistem PeopleMover yang menggunakan tenaga elektrik. Ianya dirancang untuk memudahkan pergerakan penduduk di EPCOT.

Malah, Disney juga mencetuskan idea penggunaan monorel untuk pengangkutan penduduk di kawasan-kawasan bandar. Idea ini telah digunapakai di banyak negara dan Malaysia juga turut mempunyai sistem monorel tersendiri sebagai pengangkutan awam.

7. Audio-Animatronik

teknologi animatronik 215

Teknologi audio-animatronik atau animatronik menjadi salah satu ciptaan paling penting dalam sejarah hiburan taman tema. Tarika seperti The Carousel of Progress, Ford’s Magic Skyway dan Great Moments with Mr. Lincoln mempunyai keunikan sendiri memaparkan robot yang kelihatan seperti manusia.

Figura audio-animatronik ini mempunyai kemampuan untuk bergerak dan bercakap dan pergerakannya juga seakan-akan manusia sebenar. Ciptaan ini menggambarkan kemajuan teknologi yang dibangunkan Disney, membolehkan mereka memaparkan sesuatu penceritaan dalam cara 3 dimensi.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. History
  3. Business Insider



Hakcipta iluminasi.com (2017)