Syarikat The Walt Disney Company atau ringkasnya Disney sememangnya sebuah syarikat besar dalam bidang penghasilan filem animasi kartun kanak-kanak di seluruh dunia. Antara karakter-karakter popularnya yang menjadi kegilaan kanak-kanak adalah Mickey Mouse, Donald Duck dan banyak lagi.

Walaupun banyak syarikat-syarikat baru yang wujud dalam bidang filem animasi kartun kanak-kanak, animasi-animasi kartun keluaran Disney masih kekal relevan sehingga ke hari ini dengan kemunculan karakter dan jalan cerita baru. Mengikut sejarah, syarikat ini diasaskan Walt Disney dan Roy O. Disney dan berpangkalan di Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1923, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Dengan kekuatan pengaruhnya pada ketika itu, tahukah anda bahawa Disney juga pernah menghasilkan filem-filem propaganda mengenai Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat pernah melantik dan mengupah pihak Disney untuk menghasilkan animasi propaganda anti-Nazi.

Selain itu juga, Disney juga pernah menghasilkan animasi yang menggambarkan akan kesan buruk peperangan. Kali ini, pihak iluminasi ingin berkongsi beberapa animasi propaganda yang pernah dihasilkan Disney. Menariknya, kebanyakan animasi ini telah dimuatnaik di laman Youtube dan masih boleh ditonton sehingga ke hari ini.

1. Der Fuehrer’s Face 

Filem ini bukan calang-calang filem animasi yang pernah dihasilkan. Ianya pernah memenagi anugerah Academy Award dalam kategori Best Animated Short Subject pada tahun 1943. Jalan ceritanya berkisarkan tentang Donald Duck yang hidup dalam dunia di bawah pengaruh Nazi. Kisahnya bermula apabila beliau bangun daripada tidur dan mengenakan pakaian uniform tentera Nazi.

Kehidupannya digambarkan sebagai sukar. Beliau juga dipaksa bekerja sebagai buruh paksa di sebuah kilang dan dikawal rapi bagi memastikan beliau tidak memberontak. Donald Duck juga dipaksa untuk sentiasa menjerit "Heil Hitler" untuk menunjukkan taat setianya kepada Hitler.

Filem ini berakhir apabila beliau terjaga daripada tidur. Rupanya-rupanya perkara yang telah berlaku itu hanyalah sebuah mimpi. Filem ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada penduduk Amerika Syarikat akan kesan buruk sekiranya mereka diperintah oleh pihak Nazi. Ianya juga mendidik penonton (penduduk tempatan) bahawa mereka perlu bersyukur kerana dapat hidup aman sebagai warganegara Amerika Syarikat.

2. All Together

Filem animasi pendek ini adalah usaha untuk menggalakkan rakyat untuk menyokong usaha mengumpul dana peperangan oleh tentera Amerika Syarikat dan Kanada melalui sebuah program dikenali "Canadian War Bond". Antara usaha yang dilakukan adalah penjualan bon pada kadar yang lebih murah. Setiap rakyat boleh membeli bon yang berharga $25 pada harga $18.75 sahaja.

Usaha pengutipan dana melalui jualan bon ini juga merupakan situasi menang-menang di mana selain rakyat dapat menjana keuntungan melalui pelaburan yang dibuat oleh kerajaan, mereka juga secara tidak langsung membantu negara dalam peperangan.

Dalam filem "All Togather" ini, ianya memaparkan pelbagai karakter Disney berarak bersama dalam sebuah perarakan sambil memegang rain rentang yang menggalakkan rakyat untuk membantu pihak tentera memenangi peperangi melalui sumbangan mereka. Pelbagai karakter telah dimuatkan dalam filem ini walaupun mereka berasal dari filem-filem yang berlainan. Antara karakter yang terlibat adalah Snow White, Pinocchio, Mickey dan Goofy.

3. Donald Gets Drafted

Filem ini bermula apabila Donald Duck berjalan melintasi sebuah iklan yang menggalakkan setiap lelaki di Amerika Syarikat untuk menyertai pasukan tentera. Berlatarbelakangkan lagu “The Army’s Not the Army Anymore", kehidupan sebagai seorang tentera digambarkan sebagai seorang elit yang digilai ramai wanita dan sangat dihormati oleh masyarakat sekeliling.

Tanpa berlengah, beliau segera ke pejabat pendaftaran untuk mendaftar sebagai seorang seorang askar tentera udara Amerika Syarikat (US Air Force). Beliau digambarkan terpaksa melalui ujian ketahanan fizikal yang sangat perit dan menyiksakan. Walaupun mempunyai kurang pengalaman kerana masih muda dan ujian kesihatannya yang tidak begitu memberangsangkan, beliau tetap diterima masuk kerana Amerika Syarikat pada ketika itu sangat memerlukan tenaga muda.

Malangnya, Donald bukanlah diterima sebagai seorang askar sebaliknya dikerah membuat kerja-kerja sampingan yang tiada kaitan dengan minatnya untuk menjadi seorang askar tentera udara. Filem ini telah dihasilkan pada tahun 1942, tahun di mana syarat kelayakan untuk menyertai tentera telah diturunkan kepada 18 tahun. Ramai pihak yang mengatakan filem ini merupakan mesej pihak Disney menentang perubahan syarat kelayakan umur untuk menyertai tentera dan memberi gambaran bahawa kehidupan sebagai seorang tentera bukanlah senang seperti yang digambar pada awalnya.

4. Stop That Tank!

Selain filem "All Together", filem "Stop That Tank" juga merupakan satu lagi filem dalam usaha kerajaan mengutip dana bantuan kewangan bagi pihak tentera melalui program "Canadian War Bon". Jalan ceritanya bermula apabila Adolf Hitler mengetuai askar Nazi melakukan serangan ke sebuah perkampungan pada waktu malam ketika mana penduduknya sedang tidur.

Walau bagaimanapun, askar Kanada yang sentiasa bersiap sedia berjaya membunuh Hitler dan mengalahkan pihak Nazi. Dalam serangan ini, askar Nazi digambarkan menggunakan kereta kebal bersaiz kecil, sebagai ejekan bahawa tentera mereka tidaklah begitu kuat. Setalah dibunuh, watak Hitler telah dihidupkan dan berada di dalam neraa dimana beliau telah mengadu kepada syaitan bahawa beliau telah ditindas, ironi sekali kerana itu juga adalah sifatnya sendiri.

Sekiranya pasukan Nazi digambarkan menggunakan kereta kebal bersaiz kecil, pasukan tentera Kanada digambarkan menggunakan kereta kebal bersaiz besar dan sangat kuat. Filem ini dengan jelas sekali ingin memberikan keyakinan kepada rakyat sekiranya mereka membantu daripada segi kewangan, mereka akan diberikan jaminan keselamatan dan dapat membantu pihak tentera mempertahankan negara air.




Hakcipta iluminasi.com (2017)