Seperti yang kita sedia maklum, filem-filem animasi Disney dikenali dengan aksi haiwan comel yang boleh bercakap, runut bunyi yang rancak dan gembira serta kisah percintaan putera dan puteri raja yang hidup bahagia sampai bila-bila.

kisah asal disney princess kisah pari pari cerita dongeng

Namun, ia bukan lagi satu rahsia bahawa kisah pari-pari dan cerita dongeng yang menjadi asas kepada filem-filem Disney sebenarnya mempunyai sisi gelap, ganas dan kejam. Jika anda ingin tahu apa yang berlaku dalam kisah asal, kami akan kongsi dengan anda:

1. Cinderella

kisah asal disney princess kisah pari pari cerita dongeng cinderella

Versi Disney: Disney telah memfilemkan watak Cinderella sebagai seorang gadis cantik yang miskin dan selalu didera oleh ibu tiri dan dua kakak tirinya. Apabila pari-pari membuka peluang kepadanya untuk menghadiri majlis tarian putera raja, Cinderella telah menambat hati putera raja tersebut. Walau bagaimanapun, Cinderella perlu pulang ke rumah menjelang tengah malam dan tertinggal sebelah kasutnya. Putera raja pun menjelajah ke seluruh negeri mencari tuan empunya kasut. Seorang demi seorang wanita mencuba kasut itu sehinggalah mereka akhirnya berjaya menemui Cinderella.

Versi Grimm: Kakak-kakak tiri Cinderella mencuba kasut kaca yang dibawa putera raja itu namun ia tidak muat. Salah seorang daripadanya telah memotong sebahagian tumit kanan manakala yang seorang lagi memotong ibu jari kaki untuk memuatkan kaki ke dalam kasut bersaiz kecil itu. Menurut ibu tiri Cinderella, apabila seseorang menjadi permaisuri, mereka tidak perlu lagi berjalan menggunakan kaki. Apabila putera raja telah berjumpa dengan Cinderella dan mengadakan majlis perkahwinan, burung-burung merpati telah mematuk kedua-dua mata pasangan kakak tiri itu semasa majlis berlangsung sehingga buta sebagai balasan kekejaman mereka. (sumber)

2. Snow White and the Seven Dwarfs

kisah asal disney princess kisah pari pari cerita dongeng snow white

Versi Disney: Snow White melarikan diri daripada ratu merangkap ibu tiri yang jahat dan bersembunyi di rumah milik tujuh lelaki kerdil. Lelaki-lelaki kerdil ini melindungi Snow White sebelum ibu tirinya datang dalam jelmaan wajah lain dan memberikannya sebiji epal beracun. Snow White telah memakan epal tersebut dan akhirnya dia dikejutkan semula oleh seorang putera raja kacak.

Versi Grimm: Pemburu yang sepatutnya membunuh Snow White telah membunuh seekor beruang dan membawa pulang paru-paru dan hatinya untuk dimakan ratu jahat. Ibu tirinya percaya bahawa itu adalah organ dalaman Snow White dan memakannya dengan secubit garam. Selepas mendapat tahu Snow White masih hidup, dia mencarinya di hutan dengan berpakaian seperti seorang penjaja yang menjual kain les. Snow White 'mati' akibat ibu tirinya mengikat kain renda itu terlalu ketat. Setelah diselamatkan lelaki kerdil, ibu tirinya sekali lagi cuba membunuh Snow White dengan sikat beracun. Akhir sekali, barulah ibu tirinya membuat percubaan ketiga membunuh Snow White dengan epal beracun. Lelak-lelaki kerdil menyimpan mayat Snow White dalam keranda lutsinar untuk masa yang lama.

Pada suatu hari datang seorang putera raja yang tumpang bermalam di rumah lelaki kerdil. Baginda telah ternampak keranda Snow White itu dan meminta untuk dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang. Dalam perjalanan pulang, para hulubalang yang mengangkat keranda tersadung kaki dan menyebabkan keranda jatuh tergolek. Gigitan epal beracun dalam mulut Snow White pun terjatuh keluar dan Snow White pun terselamat.

Semasa majlis perkahwinan Snow White dan putera raja, ibu tirinya telah dihukum memakai kasut besi yang panas dan dipaksa menari sehingga mati. (sumber)

3. The Little Mermaid

kisah asal disney princess kisah pari pari cerita dongeng little mermaid duyung

Versi Disney: Ikan duyung bernama Ariel jatuh cinta dengan seorang putera raja dan selepas berpacaran, mereka berjaya mematahkan sumpahan ahli sihir laut iaitu Ursula. Ariel akhirnya hidup bahagia di darat sebagai manusia dan berkahwin dengan putera raja tersebut.

Versi Hans Christian Anderson: Sebagai hukuman atas keinginan menjadi seorang manusia, setiap langkah perjalanan ikan duyung itu seperti berjalan di atas pecahan kaca yang tajam. Pada mulanya, mereka menyangka rancangan mereka berjaya namun putera raja itu berkahwin dengan orang lain kerana menyangka wanita itulah yang menyelamatkannya. Ini disebabkan ikan duyung tidak boleh memberitahu hal yang sebenar kerana tidak boleh berkata-kata.

Ikan duyung itu diberitahu yang jika dia berjaya membunuh putera raja itu, dia boleh bertukar semula menjadi ikan duyung dan tidak perlu dihukum mati. Akhirnya, ikan duyung terjun ke dalam laut dan menjadi "buih laut" dan perlu melakukan kebaikan sehingga dia memperolehi "jiwa" yang akan mengambil masa sekitar 300 tahun. (sumber)

4. Beauty and the Beast

kisah asal disney princess kisah pari pari cerita dongeng beauty and beast

Versi Disney: Seorang gadis yang sangat cantik bernama Belle berusaha menyelamatkan ayahnya dan telah dikurung oleh seekor raksasa hodoh bernama Beast. Selepas menari gembira dan meluangkan masa bersama Beast, Belle telah jatuh cinta. Akhirnya sumpahan ke atas Beast dileraikan dan mendedahkan rupa sebenarnya iaitu seorang putera raja yang sangat kacak.

Versi Gabrielle-Suzanne Barbot de Villeneuve: Belle mempunyai dua orang kakak yang kejam. Beast membenarkan Belle pulang ke rumah asalkan dia hanya pergi selama seminggu. Kedua-dua kakak Belle cemburu dengan kehidupan Belle yang mewah dan cuba memujuk Belle untuk tinggal lebih daripada seminggu dengan harapan Beast akan marah dan memakannya hidup-hidup apabila pulang ke istana. (sumber)

5. Sleeping Beauty

kisah asal disney princess kisah pari pari cerita dongeng sleeping beauty

Versi Giambattista Basile: Seorang raja melalui kawasan istana Sleeping Beauty dan mengetuk pintu. Apabila tiada jawapan, dia memanjat tangga dan melihat ke dalam tingkap. Dia ternampak seorang puteri raja, cuba memanggilnya namun masih tidak sedarkan diri. Raja itu terus masuk dan memperkosa Sleeping Beauty sebelum beredar. Sleeping Beauty hanya terjaga selepas melahirkan sepasang bayi kembar dan apabila salah seorang bayi menghisap selumbar di jarinya.

Raja itu kembali dan mereka jatuh cinta walaupun dia telah memperkosa Sleeping Beauty. Walau bagaimanapun, Raja itu masih mempunyai isteri. Isterinya mendapat tahu dan ingin membalas dendam. Dia cuba membunuh bayi kembar itu untuk dimasak dan diberi makan kepada raja. Selain itu dia juga cuba membakar Sleeping Beauty. Namun kesemua cubaan membunuh itu gagal. Akhirnya Sleeping Beauty dan Raja itu hidup bahagia selamanya. (sumber)

kisah asal cerita original disney 806

Ngeri kan?


tags : , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)