Oleh pada 25 Jul 2018 kategori

Wanita adalah makhluk yang tersangat unik dan rumit. Untuk memahami mengambil masa yang lama dan ia berbeza bagi setiap wanita.

Namun, itu tidak membuatkan golongan lelaki adalah ringkas. Sama seperti wanita, lelaki juga mempunyai aspek-aspek yang perlu difahami tanpa perlu dijelaskan.

iluminasi.com ingin kongsikan 6 rahsia yang lelaki jarang beritahu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. Lelaki perlukan masa untuk tidak berbuat apa-apa

lelaki perlukan masa bersendirian

Mungkin ini kedengaran seperti tidak dijangka, namun lelaki tidak selalu mahu untuk terlibat dalam situasi yang sukar, membuat keputusan dan juga bertanggungjawab terhadap akibatnya.

Kadang-kala, lelaki hanya mahukan masa untuk diri mereka sendiri untuk menikmati saat-saat tenang tanpa berbuat apa-apa. Ya, tanpa berbuat apa-apa.

5. Lelaki tidak endahkan perkara kecil dan remeh

lelaki tak kisah perkara remeh

Lelaki berfikiran secara global dan cenderung untuk tidak mengendahkan perkara remeh.

Wanita sepatutnya memahami dan menerimanya, bukannya memaksa mereka untuk memberi perhatian terhadap semua butiran-butiran kecil.

Mungkin wanita patut mengikut contoh lelaki kerana wanita sering menumpukan perhatian pada perkara yang remeh, yang mana menghilangkan semua kegembiraan yang sepatutnya dinikmati, secara keseluruhan.

4. Lelaki fikirkan perkara tak masuk akal untuk tenangkan fikiran

lelaki fikirkan benda mengarut untuk tenangkan fikiran

Boleh tak anda bayangkan bahawa lelaki tidak menghabiskan setiap minit dalam hidup mereka dengan berfikir mengenai perkara penting seperti ansuran kereta dan rumah dan lain-lain?

Di ketika wanita menyangkakan lelaki sedang berfikir sesuatu yang serius, namun selalunya mereka hanya memikirkan perkara-perkara yang langsung tak masuk akal.

Sebagai contoh, adakah siput dikatakan bogel atau tiada tempat tinggal, jika ia kehilangan cangkerangnya?

3. Lelaki juga mempunyai rasa takut dan bimbang

lelaki juga mempunyai kebimbangan seperti wanita

Sebenarnya, lelaki menjadi mangsa keadaan kepada imej "hero" yang dicipta oleh masyarakat moden dan juga pihak media.

Imej ini telah memaksa mereka untuk sentiasa bertindak seperti mereka mengetahui segalanya bagi melindungi pasangan atau mengelakkan daripada berhadapan dengan rasa malu.

Ini sangat sukar bagi lelaki kerana mereka juga adalah manusia biasa seperti orang lain yang mempunyai rasa takut, bimbang dan sebagainya.

2. Lelaki menilai setiap wanita yang ditemui

lelaki suka menilai wanita lain

Seorang lelaki biasanya akan menatap dan menilai wanita yang mereka terserempak. Namun, ia tidak bermakna lelaki adalah mata keranjang kerana ia berlaku kepada semua jenis wanita.

Dan disebabkan kemampuan lelaki untuk menilai wanita berdasarkan penampilan mereka, mereka dapat memilih wanita yang terbaik untuk menjadi ibu kapada anak-anak mereka.

Ia adalah sifat semulajadi lelaki dan ia tak dapat dielakkan.

1. Lelaki memerlukan sokongan emosi

lelaki juga perlukan sokongan emosi

Ramai wanita yang tersalah anggap bahawa mereka sahaja yang memerlukan sokongan, hanya disebabkan mereka adalah "wanita".

Tanpa disedari, lelaki juga memerlukan sokongan emosi sama seperti wanita. Ia sangat penting bagi setiap lelaki dan di mana-mana sahaja.

Hidup di zaman yang tersangat mencabar membuatkan tekanan emosi kerap berlaku dan ia tidak mengenal jantina.

Jadi, jika anda melihat pasangan anda tertekan, cuba berikan sokongan emosi dan anda akan menyedari bahawa dia akan sangat menghargainya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)