artis kecil molek mira filzah

Kecantikan dan wanita tak sememangnya tidak dapat dipisahkan. Adalah menjadi lumrah bagi semua wanita untuk kelihatan cantik dan mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menghabiskan masa dan wang.

Usaha ini dilakukan sama ada untuk meningkatkan keyakinan diri di khalayak ramai mahupun untuk kelihatan menarik di mata lelaki.

Namun, terdapat beberapa perkara yang diusahakan wanita tidak dihargai oleh lelaki yang mana melihatkannya sebagai faktor yang membuatkan wanita itu tidak menarik atau turn-off.

iluminasi.com kongsikan antara 6 perkara dilakukan wanita membuatkan lelaki turn-off.

1. Terlalu wangi

wangian terlalu kuat buatkan lelaki tak selesa

Satu kaji selidik telah dijalankan terhadap 5,000 individu bujang mengenai perkara yang paling penting tentang pasangan dan berada di kedudukan pertama adalah kebersihan diri.

96% wanita dan 91% lelaki daripada 5,000 melihat kebersihan diri adalah faktor paling penting dan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Walaupun bau badan adalah sangat menjengkelkan, namun memakai wangi-wangian yang keterlaluan juga dilihat sebagai perkara yang sama.

Memang wanita sukakan wangian namun memakai minyak wangi terlalu kuat tidak digemari lelaki.

wangian terlalu kuat buatkan lelaki tak selesa 2

Pakai wangian pada kadar yang cukup untuk membuatkan anda berbau wangi, bukannya boleh disedari beberapa kilometer.

Ia membuatkan mereka berasa tidak selesa dan mencerminkan rasa tidak selamat seseorang wanita tentang bau badannya.

Jadi tak hairanlah jika wanita sukakan lelaki yang wangi kerana mereka sukakan wangian yang kadang-kala berlebihan.

2. Solekan tebal yang menutup wajah sebenar

solekan terlalu tebal buatkan lelaki geli

Kebanyakan lelaki biasa tidak berpengetahuan mengenai solekan wanita. Bagi mereka adalah mudah iaitu terlalu banyak solekan boleh membuatkan wanita kurang menarik dan kadang-kala tidak cukup solekan juga buatkan wanita tidak menarik.

Kajian-kajian menunjukkan lelaki lebih cenderung terhadap kecantikan semulajadi pada wajah seseorang wanita namun ia adalah lebih mudah untuk mengucapkan daripada melakukannya.

Ini kerana wanita tidak benar-benar tahu apa yang dimaksudkan dengan "natural beauty" oleh lelaki.

solekan nipis menyerlahkan natural beauty

Tetapi apa yang pasti adalah solekan yang keterlaluan boleh membuatkan lelaki menjauhi anda.

Dan pastinya disebabkan oleh video-video yang tular melihatkan wajah-wajah wanita kelihatan tersangat berbeza dengan wajah sebenar selepas solekan dicuci membuatkan lelaki bertambah fobia.

3. Solekan kening terlalu tebal

bulu kening terlalu tebal

Sama ada ia adalah kesan pengaruh Instagram atau bekalan yang tidak berkesudahan oleh pengeluar terhadap produk bulu kening, ramai wanita pada hari yang mempunyai bulu kening yang boleh dilihat dari jauh, berbanding wajah mereka.

Trend popular ini telah melanda dan mempengaruhi sebahagian besar golongan wanita, namun apabila ditanya, lelaki tidak takut untuk memberitahu bahawa mereka tidak menggemari rupa seperti itu. 

Kening terlalu tebal membuatkannya kelihatan palsu dan apa-apa yang tidak semulajadi bagi lelaki dilihatkan sebagai tidak menarik.

4. Gincu yang tebal dan melekit

memakai gincu terlalu tebal atau melekit

Ini adalah trend kecantikan yang paling digemari oleh wanita namun lelaki seolah-oleh membencinya.

Warna yang terang membuatkan seseorang wanita itu menonjol dan menarik perhatian namun kaum Adam membayangkan wanita dengan bibir seperti badut ini akan mengotorkan wajah atau pakaian mereka dengan gincu yang tebal.

Malah, ia juga membuatkan wanita mengambil yang lama untuk bersiap dan kelihatan seperti "high maintenance".

gincu melekit

Kajian oleh Beauty Boulevard, pencipta Glitter Lips, mendapati bahawa daripada 1,000 wanita UK berusia antara 18 hingga 45 tahun, 70% daripadanya memakai gincu.

Apa yang menariknya adalah keputusan itu menunjukkan bahawa ia kurang berkaitan untuk kelihatan lebih menarik tetapi dipakai kerana ingin meningkatkan keyakinan diri.

5. Memakai solekan ketika bersenam 

memakai solekan ke gym sangat pelik

Kadang-kala wanita tidak sempat untuk mencuci solekan selepas waktu bekerja dan terus ke gimnasium. Juga, ada yang memang sengaja memakai solekan untuk bersenam sama ada bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri atau untuk mengambil selfie yang sempurna.

Namun, lelaki tidak memahami perkara ini dan mereka sangat tertanya-tanya apakah yang membuatkan wanita mengenakan solekan hanya untuk bersenam?

Ia bukan sahaja kelihatan sangat pelik malah juga tidak selesa disebabkan peluh di seluruh badan.

Penyelidik pasaran, Mintel, melaporkan bahawa 39% daripada wanita kecewa kerana solekan mereka tidak tahan disebabkan oleh peluh.

memakai solekan ketika bersenam

Sudah tentu rasa tidak senang oleh lelaki tidak seharusnya membuatkan wanita berhenti memakai solekan ke gym namun wanita perlu tahu ianya adalah tidak baik untuk kulit apabila berpeluh dalam keadaan bersolehk.

Ia menghalang pembebasan toksin semulajadi dan menyumbat liang-liang pada wajah, yang merupakan punca utama bintik-bintik.

6. Dandanan rambut yang keterlaluan

dandanan rambut wanita cantik

Kadang-kala dandanan rambut boleh membuatkan wanita berasa luar biasa. Namun segala jenis dandanan yang terdapat dalam majalah kelihatan agak pelik dan tak berhasil apabila dilakukan tanpa bantuan profesional.

Dan adalah selamat untuk mengatakan bahawa lelaki tidak terlalu menghargai usaha wanita yang terlalu bersusah payah mendandan rambut untuk kelihatan berbeza.

Kaji selidik oleh Pantene melaporkan bahawa 80% daripada lelaki berasakan rambut yang terlalu didandan membuatkan mereka turn-off. Tak kisahlah apa yang lelaki fikirkan tetapi jika anda ingin menjimatkan masa, biarkan rambut kelihatan "simple".

dandanan rambut semulajadi lebih menarik

Pada tahun 2018, carian terhadap gaya rambut semulajadi menjadi trending. Dan seperti yang digemari lelaki, rambut yang tidak terlalu didandan membuatkan wanita kelihatan lebih "natural".

Melainkan anda ingin hadir ke mana-mana acara, biarkan rambut anda secara semula jadi adalah yang terbaik di mata lelaki.


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)