Oleh pada 25 Aug 2017 kategori

Orang lelaki ni ego dia tinggi. Susah nak beralah dan selalu nak menang saja. Walau bagaimanapun, kalau ikut statistik perceraian, majoriti kes perceraian di mahkamah selalunya berpunca daripada sikap lelaki.

Tetapi persoalannya, lelaki yang bagaimana? Adakah cukup untuk seorang lelaki bagi nafkah semata pada keluarga untuk gelarkan diri dia bapa yang baik?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 tanda yang berkemungkinan besar menunjukkan anda bukanlah suami yang baik dan banyak perkara perlu anda perbaiki.

1. Anda hanya tahu nak seks, makan dan kerja

iluminasi tanda suami2

Ramai lelaki masih lagi mengamalkan amalan yang sudah tidak terpakai ini. Dia tau bila di rumah, dia nak makan, dia nak tidur, dia nak seks dan dia boleh pergi kerja dengan tenang. Segala benda lain seperti kemas rumah, sapu rumah, basuh pinggan, sidai kain, lipat kain, semuanya diserahkan pada isteri. Macam lah isteri dia tak kerja dan dialah satu-satunya penyumbang pendapatan pada keluarga.

2. Anda lebih kerap lap kereta berbanding main dengan anak-anak

iluminasi tanda suami2

Bila dapat suami kaki kereta, memang ada habuk sikit pun dia terus keluar penyedut hampagas. Sikit-sikit bawak cuci dan polish sedangkan masa yang ada lebih baik diluangkan dengan anak-anak. Anak tertumpah makanan dalam kereta, dia punya mengamuk, singa pun kalah. Kalau isteri boleh mengandungkan kereta sebijik sebagai anak, mungkin hidup dia akan jadi lebih bahagia.

3. Anda merokok depan keluarga

iluminasi tanda suami3

Sukar nak dipastikan bagaimana spesis-spesis ini berfikir. Bagaimana mereka boleh merokok depan anak-anak dan isteri sendiri? Yang peliknya, bila anak dia hisap rokok, dia akan mengamuk sebab merokok itu tidak baik untuk kesihatan. Jika tak sayang diri sendiri, pastikanlah sekurang-kurangnya merokok jauh daripada sebarang kelompok manusia.

4. Anda selalu ugut cerai dekat isteri

iluminasi tanda suami4

Ramai juga golongan ni sebenarnya cuma kita saja tak tahu. Sikit-sikit ugut cerai. Isteri masak garam lebih pun, dia boleh kata kalau jadi lagi dia nak ceraikan. Baru ada kuasa cerai sikit pun dah gila kuasa. Isteri pula hari-hari duk kena ugut dengan cerai sampaikan dia sendiri rasa dah muak dengan perkataan cerai. Kena cerai pun tak apalah, dia boleh hidup.

5. Anda lebih gemar menghabiskan masa dengan kawan-kawan

iluminasi tanda suami5

Tidak ramai yang menyedari perkara ini adalah satu masalah besar pada isteri. Isteri ditinggalkan di rumah keseorangan menjaga keluarga sementara si suami pula lepak di kedai mamak bergelak ketawa dengan jenaka. Pada ramai suami, mereka merasakan perkara itu seolah perkara biasa, rutin lelaki yang perlu dibuat tetapi seorang isteri sebenarnya cukup letih jika dia perlu menjaga rumah tangga seorang diri. Apatah lagi bila anak-anak pun kecil-kecil lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)