Perempuan adalah satu makhluk yang cukup kompleks untuk diperkatakan. Dengan perwatakan lembut di luar tetapi bagi mereka yang sudah berkahwin, akan tahu perempuan sebenarnya makhluk yang cukup keras hati dan tidak mudah mengalah.
Walaupun begitu, sejak wujudnya zaman media sosial ini, semakin ramai pula kaum wanita yang secara terbuka berkongsi pengalaman mereka berumah tangga dan ini seolah-olah membuatkan masyarakat tergila-gila untuk membaca apa pula kisah terbaru berkenaan suami durjana yang akan dikongsikan.
BESARKAN TEKS A- A+
Adakah semua isteri itu baik? Mari kita lihat jika anda ada tanda-tanda berikut dalam diri anda.
1. Anda selalu meminta-minta yang memaksa
Bukan semua orang berkemampuan dan tiap-tiap orang kemampuannya berbeza. Jika dah ditakdirkan suami anda hanya mampu membawa anda menaiki motosikal, naik saja bersama dia kerana itu yang dia mampu.
Masalahnya, bila isteri meminta-minta sesuatu yang di luar kemampuan suami sehinggakan suami terasa kecil hati kerana tak mampu menyediakan permintaan isteri.
2. Anda gemar kongsi hal rumahtangga pada kawan-kawan atau media sosial
Zaman sekarang ni entah kenapalah hal-hal rumahtangga pun nak dikongsikan supaya semua orang dapat baca. Apabila ada masalah dengan suami, jika dirasakan tidak dapat berkomunikasi dengan suami terus, orang yang paling layak didekati adalah ibu suami atau jika dah tak ada, adik beradik suami.
Terus mendedahkan kepincangan keluarga sendiri dalam media sosial merupakan satu perbuatan tidak bermaruah.
3. Anda selalu rasa apa yang suami berikan tak cukup
Sekarang ini, budaya membeza-bezakan apa yang kita dapat kerap berlaku. Jika kawan dapat makan dinner dengan lilin sempena ulang tahun ke 5 perkahwinan, isteri ramai yang mahukan sesuatu yang lebih kurang sama.
Rumah pula mulut selalu berkumat kamit kecil, tak cukup ruang, tak selesa dan bermacam lagilah komen-komen yang sebenarnya menghiris hati suami.
4. Anda selalu membayangkan hidup tanpa suami akan lebih baik
Semakin lama semakin ramai wanita berstatus janda yang mengaku hidup tanpa suami lebih indah dan wanita-wanita di luar sana pun terikut, menyimpan hasrat sama.
Mungkin kerana merasakan kecewa terhadap perangai lelaki atau mungkin juga merasakan suami adalah pengacau kepada kebahagiaan dia, menyimpan hasrat untuk bebas daripada suami lama kelamaan akan membuatkan isteri memberontak dan akhirnya meninggalkan tanggungjawab.
5. Anda rimas terkongkong dengan status isteri
Lantaran globalisasi, usahawan wanita yang berjaya diangkat tinggi dan dijulang sebagai ikon masyarakat sehinggakan ada wanita yang melihat balik apa yang dia ada, hanyalah sumbangan dia pada keluarga sebagai isteri dan mungkin juga ibu, tak bersamaan dengan mereka yang berjaya dalam bidang yang diceburi.
Golongan wanita ini akan sentiasa rasa tertekan kerana meletakkan satu beban pada diri mereka untuk bersaing dalam perlumbaan yang tak sepatutnya dia sertai.
Akhirnya, dia sendiri benci menjadi seorang isteri dan ibu kerana dua status itu seolah mengunci dirinya daripada memenuhi potensi diri sendiri yang dia rasakan, mampu pergi lagi jauh.