Setiap negara di atas muka bumi ini mempunyai kebarangkalian untuk terlibat dalam peperangan, maka persediaan adalah sesuatu yang diperlukan.

Dalam perang-perang yang lalu, negara atau kumpulan yang terlibat mempunyai strategi dan taktik masing-masing dalam usaha mengalahkan pihak musuh. Tak kiralah sama ada taktik tersebut kotor atau tidak, yang penting adalah kemenangan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, dalam banyak-banyak taktik, terdapat beberapa daripadanya dilakukan dengan cara yang tersangat pelik dan aneh.

Walaupun begitu, taktik-taktik tersebut tetap membuahkan hasil dengan memberikan kemenangan, ataupun memberikan kelebihan kepada mereka.

iluminasi.com kongsikan 7 taktik perang paling pelik dan aneh tetapi berhasil.

1.  Strategi "tentera kucing" kalahkan tentera Mesir

tentera kucing kalahkan tentera mesir

Sepanjang sejarah peperangan manusia, haiwan telah digunakan dan terlibat dalam peperangan dan pembunuhan beramai-ramai; Cambyses II dari Parsi menggunakan kucing untuk mencapai kemenangannya.

Pada 525 SM, dia terlibat dalam pertempuran melawan Mesir dan dikenali sebagai pertempuran Pelusium.

Ketika itu, orang Mesir telah menganggap kucing sebagai salah satu makhluk paling suci, mempunyai tempat yang tinggi dalam masyarakat mereka. Akibatnya, Cambyses II telah memutuskan untuk menggunakan perkara ini untuk membantu mereka menyerang Mesir.

Atas sebab itu, dia memerintahkan lelaki-lelakinya untuk mendapatkan perisai mereka dicat dengan bentuk kucing dan membawa sejumlah besar kucing sebenar di mana mereka akan diletakkan di barisan hadapan.

Kepercayaan tinggi Mesir terhadap kesucian kucing telah menghalang mereka daripada menembak tentera, bimbang bahawa mereka akan mencederakan kucing, yang merupakan jenayah yang tidak dapat diterima menurut mereka pada waktu itu, sehingga mereka harus menarik diri.

Rancangan ini membantu kaum Parsi di mana mereka dapat menyerang Mesir dan menawan Firaun.

2. Raja Norway memalsukan kematian

raja norway palsukan kematian

Selepas melakukan satu sekatan tetapi tidak berjaya, Raja Norway iaitu Raja Harold Hardrada berpura-pura bahawa dia telah mati.

Bandar yang dibelenggu dengan beritau itu bersetuju untuk membiarkan Viking mengebumikan raja mereka di dalam tembok, jadi mereka meletakkan Harald di dalam keranda dengan perisai penuh.

Setelah mereka masuk ke dalam kota, dia melompat keluar dari kerandanya, bertarung sehingga ke pintu gerbang di mana tempat pasukannya menunggu untuk membalas dendam.

3. Tentera membunuh diri

king goujian

Goujian adalah seorang raja Cina yang menggunakan taktik yang aneh untuk membuktikan kepada musuh-musuhnya bahawa tenteranya sangat berani dan lebih kuat.

Taktik ini termasuklah di mana tentera di bahagian hadapan membunuh diri sendiri di hadapan musuh. Namun apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka yang berada di barisan hadapan itu bukan tentera sebenar, tetapi banduan atau penjenayah yang dijatuhkan hukuman mati.

Dengan ini, Goujian tidak kehilangan seorang pun tenteranya dan berjaya menakutkan musuh dengan memperlihatkan kesanggupan "tenteranya" berkorban untuknya.

4. Helah kotak mancis

taktik kotak mancis perang dunia kedua

Dalam Perang Dunia II, angkatan tentera UK menggunakan helah yang telah menyebarkan penyakit di kalangan tentera Jerman.

Mereka menggunakan pesawat mereka untuk menggugurkan kotak mancis yang mengandungi arahan mengenai bagaimana untuk memalsukan penyakit agar dihantar pulang di kawasan tentera Jerman.

Akan tetapi, para komander Jerman menjumpai kotak-kotak tersebut dan mengandaikan bahawa semua tentera mereka memalsukan penyakit, maka komander-komander tersebut menghalang tentera dari pulang ke Jerman.

Hasilnya, semua tentera Jerman dihantar ke medan perang untuk bertempur termasuklah mereka yang benar-benar sakit, mengakibatkan berlakunya penyebaran penyakit kepada anggota lain yang sihat.

5. Tentera Celtic bogel

taktik tentera celtic bogel

Angkatan Tentera Celtic dianggap sebagai kumpulan paling aneh dalam sejarah kerana teknik-teknik yang paling luar biasa yang mereka gunakan ketika menghadapi pertempuran dengan musuh.

Tak kisahlah betapa tak masuk akalnya bagi anda, ia benar-benar berlaku dan strategi yang aneh yang mereka gunakan telah berhasil. Taktik tersebut adalah dengan berbogel sepenuhnya dan berarak ke medan perang sambil menjerit seperti orang gila, membuatkan pihak musuh berasa pelik dan takut.

Bagi pihak musuh, tak ada perkara yang paling pelik pernah berlaku berbanding sekumpulan tentera lelaki dalam keadaan berbogel dan berlari ke arah mereka sambil menjerit.

6. Genghis Khan, kucing dan burung

taktik perang genghis khan

Strategi ini digunakan oleh Genghis Khan yang terkenal sebagai seorang yang sangat pintar. Beliau ketika itu dalam usaha untuk menawan bandar Volohai dan pencerobohan China adalah salah satu cita-cita terbesarnya.

Aset terbaik yang dimiliki oleh tentera Mongol adalah memiliki tentera berkuda yang sangat cekap, tetapi ia tidak lagi berguna disebabkan kota itu dikawal dengan begitu ketat.

Hal ini menggalakkan Genghis Khan untuk membuat salah satu permintaan yang paling aneh dalam sejarah perang iaitu dia meminta penghormatan yang merangkumi 1000 ekor kucing dan 10,000 ekor burung sebagai pertukaran untuk menyerah dan tidak menyerang kota Volohai.

Berasa keliru, para komander bandar itu mula memenuhi syarat-syarat keadaannya dan mereka menangkap setiap kucing dan burung yang mereka temui di bandar lalu menghantarnya sebagai hadiah.

Sebaik sahaja Genghis menerima hadiahnya, dia mengarahkan tenteranya untuk mengikat segumpal kapas pada ekor semua haiwan tersebut dan dibakar.

Haiwan-haiwan itu kemudiannya dihantar kembali ke kota itu yang menyebabkan kota Volohai menjadi kacau bilau sekaligus memberikan tentera Mongol peluang untuk menaklukinya.

7 Flaming Camels

Ini mungkin strategi paling aneh sekali yang pernah digunakan oleh tentera, dan sekali lagi, ia berhasil. Timur merupakan keturunan Genghis Khan.

Ketika itu, dia sedang berusaha untuk menawan Delhi kembali pada 1398 dan dia berhadapan dengan kira-kira 120 ekor gajah perang Sultan dari India.

Tentera-tenteranya berada dalam ketakutan dan yakin mereka akan kalah, jadi Timur memerintahkan mereka untuk memuatkan unta mereka dengan rumput kering yang sangat banyak.

Apabila tentera musuh mula menyerang dengan gajah, Timur memerintahkan pasukannya membakar rumput kering pada unta-unta tersebut dan menolak ke arah mereka.

Ia mungkin kedengaran seperti kesilapan yang besar, tetapi sebenarnya unta-unta yang berapi-api itu menakutkan gajah membuatkan haiwan itu berpatah balik ke arah tentera India lalu memijak tuan-tuan mereka.

Dengan mudah, Timur memenangi pertempuran ini dan menggantikan unta-untanya dengan gajah Sultan lalu digunakan untuk menyerang India.




Hakcipta iluminasi.com (2017)