Oleh pada 03 Oct 2017 kategori

Florentino Perez adalah diantara presiden kelab bola sepak yang terkenal di dunia. Walaubagaimanapun, ada juga yang mengatakan kemasyhuran Perez adalah disebabkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan sepanjang kariernya itu.

Bekas arkitek yang memegang dasar 'Galactico' ini telah mempelajari banyak perkara dengan cara yang sukar. Berikut adalah enam kesilapan terbesar yang telah dibuatnya semasa menjadi presiden di Real Madrid.

6. Menjual Sneijder dan Robben

BESARKAN TEKS     A-  A+

Wesley Sneijder dan Arjen Robben adalah dua pemain yang paling cemerlang dalam pasukan Real Madrid. Mereka pernah memenangi liga bolasepak sebanyak dua kali selepas perletakan jawatan Perez pada tahun 2006. Sneijder dan Robben sudah bertekad untuk meneruskan karier di Madrid namun, mereka tidak memenuhi status 'Galactico' yang diinginkan oleh Perez.

Mereka masing-masing ke Inter Milan dan Bayern Munich, Perez merasakan bahawa dia telah melakukan perkara yang betul. Bagaimanapun, ia terbukti adalah satu kesilapan. Perkara itu dibuktikan dengan jelas apabila kempen Liga Juara-Juara Madrid terhenti dalam pusingan 16 terbaik, sementara Bayern Munich dan Inter Milan berjaya ke perlawanan akhir.

5. Campur tangan dalam pengurusan pasukan.

carlo ancelotti with perez

Perez sangat gemar untuk campur tangan dalam hal-hal yang sepatutnya terhad kepada kakitangan dan pelatih sahaja. Ada jurulatih yang menceritakan bahawa mereka terpaksa beli pemain yang mereka tidak mahu, dan jual pemain yang mereka sayang atas kehendak Perez. Perez mempunyai idea sendiri mengenai pemilihan pemain dalam pasukan (kononnya).

Jika Perez merasakan bahawa pemain tertentu menentang rancangannya, pemain-pemain itu akan terpaksa berpindah. Legenda dan kapten kelab Fernando Hierro adalah salah satu pemain yang meninggalkan pasukan pada 2003. Walaupun Fernando kembali ke Real Madrid sebagai kapasiti kejurulatihan, ia merupakan keputusan yang amat mengejutkan.

4. Menjual Makelele

makelele

Claude Makelele adalah pemain penting dalam barisan Los Blancos. Sejak berpindah dari Celta Vigo, dia telah menjadi salah seorang pemain tengah terbaik di dunia. Makelele pernah mendekati Perez untuk kenaikan gaji. Perez enggan meluluskannya dan Makelele mengambil keputusan untuk berpindah.

Kami tidak akan rindukan Makelelé. Tekniknya biasa-biasa sahaja, dia tidak mempunyai kelajuan dan kemahiran untuk membawa bola melepasi lawan, dan sembilan puluh peratus dari pergerakannnya sama ada ke belakang atau ke sisi. - Florentino Perez

Sejarah menyaksikan hakikat bahawa untuk 4 tahun selepas itu, Los Galacticos gagal memenangi piala. manakala Makelele pula menjadi pemimpin Chelsea yang mula mengisi kabinet trofi mereka. Pemain muda yang Perez ramalkan akan menggantikan Makalele tidak pernah muncul sehingga sekarang. 

3. Pemecatan Del Bosque

del bosque

Pemecatan jurulatih Vicente Del Bosque pada musim panas tahun 2003 sangat menghampakan pemain, peminat dan penganjur. Pasukan Del Bosque pada masa itu adalah antara pasukan terbaik di dunia dengan kualiti hebat di semua bahagian.

Kemungkinan yang paling hampir, adalah Perez melihat Del Bosque sebagai penghalang kepada rancangan masa depannya. Keseimbangan yang dibina dalam skuad telah dimusnahkan oleh kehadiran beberapa Galacticos dalam posisi yang sama. Ia mengambil masa empat tahun sebelum mereka memenangi liga sekali lagi dan mengambil tempoh satu dekad untuk Real Madrid kembali ke puncak bola sepak Eropah.

2. Polisi Galactico yang 'cacat'.

galacticos

Sebelum ia disebut sebagai dasar 'Galactico', ianya dikenali sebagai dasar 'Zidanes y Pavones'. Ini adalah selepas Perez berjanji untuk mengisi pasukannya dengan bakat penyerang terbaik yang ditawarkan oleh dunia. Namun stategi ini tidak berjaya. Berlaku ketidakseimbangan besar dalam pasukan kerana terlalu banyak pemain penyerang. Pengukuhan di bahagian pertahanan dilupakan dan diabaikan. Perez pernah ditanya oleh seorang wartawan bagaimana dia akan membentuk barisan idealnya, dan dia menamakan satu pasukan yang mempunyai Zidane di tengah-tengah dan David Beckham di pertahanan kanan. 

Di sebalik semua ini, beberapa bintang yang berpotensi melalui akademi kelab, tergelincir di bawah radar kerana mereka tidak dapat menyesuaikan diri di kalangan Galacticos. Perez dan Real Madrid terlepas pandang pemain lain seperti Samuel Eto'o, Juan Mata, Filipe Luis dan Juanfran.

Ada juga tuduhan bahawa Perez membuat beberapa keputusan pemindahan pemain atas alasan 'marketing' dan bukannya kerana mahu majukan bola sepak. Claude Makelele mendakwa bahawa perpindahannya disebabkan Perez percaya bahawa dia tidak akan menguntungkan penjualan jersi. 

1. Polisi perpindahan musim panas 2014

kroos james

Selepas semua yang berlaku semasa pemerintahan Perez, ramai orang dalam dunia bola sepak yang berfikir bahawa ini adalah permulaan era baru yang hebat dalam sejarah Real Madrid. Ramai menyangka Perez sudah belajar dari kesilapan. Namun harapan peminat masih hancur sehingga kini.

Selepas berjaya merombak pasukan yang memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga bersama Vicente Del Bosque sedekad yang lalu, Perez kini bersedia melakukan perkara yang sama kepada pasukan yang memenangi La Decima (sepuluh kali kejuaraan). Beberapa bulan selepas perlawanan akhir, Perez telah menjual dua penyumbang utama pasukan itu - Angel di Maria dan Xabi Alonso. Sama seperti Makelele sebelumnya. Banyak lagi perkara teruk yang dilakukan oleh Perez.

Antara kesilapan paling teruk dilakukan seseorang ialah mengulangi kesilapan sendiri. Jika Perez tidak belajar dari kesilapan dari kejuaraan Eropah kesembilan, maka peminat Madrid hanya boleh 'enjoy' kebimbangan apa yang akan berlaku selepas kejuaraan kesepuluh.

Rujukan: 

1. sportskeeda




Hakcipta iluminasi.com (2017)